Friday, 29 August 2008

Well...

Auguste Rodin's The Thinker (1902)

It ALMOST happened TWICE yesterday. Pertamanya, sampai di stesen LRT, aku jadi pelik. "Apahal ramai sangat orang nak turun ni?"
Aku jenguk keluar - Masjid Jamek.
"Hmm... bukan ni ke tempat aku kena turun?"
"Eh, ye la!"
Terus aku tersedar. Mengelamun punya pasal, nyaris terlajak stesen! Nasib baik orang lain tak perasan. Aku pun berlagak ala-ala gentleman, beri laluan kepada orang lain dulu. Ai~

Malam pula, dalam perjalanan balik... Di Masjid Jamek juga. Tunggu punya tunggu, sampai juga tren. Sempat aku mengerling ke papan maklumat elektronik - DESTINASI KELANA JAYA.
"Eh, tren ni tukar trek ke?"
Aku tengok sekeliling dan sedar.
"Oh, I'm on the wrong side..."
Terpaksalah aku pura-pura tertinggal barang dan (kononnya) berlari keluar stesen. Padahal aku menyorok belakang tiang aja! Ai~

Teruk juga penyakit 'lupa dunia' aku ni!

Banyak sangat berfikir/mengelamun/angan-angan/what-if!

Pasal kerja - aku dapat offer untuk transfer ke The Gardens, tukar ke department yang lebih corporate.Pasal L.U.V.E - betapa 'cuak'nya aku nak tunggu kelahiran baby sulung aku ni! Entah apalah reaksi pembaca...
Pasal 143 - baby kedua yang baru dalam proses... foreplay?Pasal cermin mata - nak buat ke?
Pasal bulan puasa yang akan datang - rancangan terawih, nak beli sirap buat buka puasa, menu harian...
Pasal gaji - nak tolak duit sewa, duit laptop, PTPTN, nak shopping, nak beli buku...

Pasal cinta - hmmm...
Ai~

No comments: