Wednesday, 24 September 2008

Kiki No. 5

The first chapter of my new baby is already up at http://kikinombor5.blogspot.com

THANKS!

Monday, 22 September 2008

XNormal...

Banyak perkara pelik/aneh/kurang masuk akal/paranormal/tak berapa biasa/bizzare berlaku pada aku semenjak dua menjak ni... Antaranya (bukan ikut kronologi peristiwa):

~ teringatkan Kak Ira dua-tiga hari lepas, tup-tup tadi dapat mesej dari dia yang nak hantar kad kahwin...
~ mimpi pasal Michael Phelps, tentang yang aku ada YM dengan dia dan aku mimpi dalam English.
~ mimpi pasal seekor anak kucing hitam

~ diajak couple olok-olok oleh seorang teman... Huh?

~ dapat idea cerita pasal dua helai t-shirt dan gambar broken heart.
~ dibabai oleh seseorang (yang aku tak kenal) masa aku balik makan sahur kelmarin... Eh?
~ sebab Am dan Shahrill dah tumbuh gigi geraham bongsu (sampai kena ada operation, masuk wad dan sakit yang berlarutan), aku check bilangan gigi aku. Ada 31 batang aja... Maksudnya ada sebatang lagi yang belum tumbuh! And it's my wisdom tooth! ALAMAK...
~ buka puasa di tempat-tempat mengarut seperti Pizza Hut, Lot 10, ofis...
~ mengidam air tebu
~ asyik tersenyum tak pasal-pasal

~ And oh, writer's block!

Friday, 19 September 2008

Of kemas bilik...

Aku menghadapi bad days beberapa hari ni... Entah la... mungkin sebab aku pun jahat dalam beberapa hari ni. Semua rasa aku negatif dapat - frustrated, marah, bosan, emo, indecisiveness, left-out, useless, overreaction, tak dihargai, demotivated...

I FEEL SICK!

Nak menulis pun tak ada mood sangat... Bahagian Satu 143 dah nak habis, cuma aku belum dapat menganyam naratif yang dapat sambung bab-bab finale tu. Kiki No. 5 aku baru aja mula tulis, but it was a false start.

Mungkin sebab bahan-bahannya belum cukup lagi.

Mungkin juga sebab komen (tak dapat aku nak kelaskan sama ada positif ke negatif) tentang L.U.V.E. Itu yang buat aku tak senang duduk. Agak down juga dengan komen tu. Well, maybe aku ni baru lagi... kurang pula ilmu penulisan dan tak arif dengan kehendak pembaca novel Melayu. Tapi... tak apa. Aku akan tangani komen tu secara bijaksana. Aku pun tak boleh melenting sebab pembaca dah habiskan duit mereka untuk beli L.U.V.E dan pada aku itu dah jadi lesen untuk mereka komen atau beri pendapat ikut kehendak masing-masing. Aku cuma boleh dengar/baca dan ambil ia sebagai panduan untuk baiki diri dan tingkatkan mutu penulisan yang akan datang. InsyaALLAH. (cik hana & hairi, thanks! :))

Atau mungkin juga bilik aku ni terlampau semak. Habis kusut fikiran aku! Agaknya sebab tu la aku tak dapat fokus untuk menulis.

Makanya, tadi siap solat Jumaat aku terus kemas bilik. Siap rearrange semua barang dalam bilik ni. Masuk tiga bulan aku pindah ke sini, dah tiga kali aku buat room improvement. Itupun pindah letak barang-barang asas aja - katil, buku-buku, kotak barang, ruang menulis. Aku ingat nak beli rak khas untuk simpan buku yang bertimbun. Laptop pun kena ada mejanya supaya senang aku nak menulis. And I need a wardrobe to put all my clothes!
Sekarang, dah lapang sikit bilik ni. Lepas ni aku kena lipat kain baju yang menggunung entah berapa minggu dah.
Aku rasa nak decorate bilik ni - pasang tirai kat pintu, gantung poster, cat(?)...
Rasa macam nak raya pula! Memang la dah nak raya pun... tapi nanti aku balik kampung. Bukannya nak beraya kat dalam bilik!

I need a life...

Monday, 15 September 2008

Cerita 35 Dua

C'est bonne! Sebutnya say bong. Maksudnya it's great! Begitu kata Sally si blonde celup yang baru pulang bercuti dari Paris. Coklat oleh-olehnya untuk aku. Harganya RM10 saja. Aku tanya sebab pelik, "France kan pakai Euro?"

Saturday, 13 September 2008

Cerita 35 Satu

Mulai hari (malam) ini aku akan post Cerita 35 - cerita pendek & kontot aka certot. Sufian Abas & Nizam Zakaria sedang gigih bikin koleksi cerita sebegini di Facebook. Ringkas, economical, lucu, stylo dan bukan mainstream - aku suka. Aku pun nak cuba. Versi aku, naratifnya dibina daripada maksimum 35 patah perkataan saja. Aku cabar kreativiti aku untuk berlegar dalam limit 35 patah kata itu.

Dan aku baru mencuba. Aku post Cerita 35 kalau tak sibuk dengan 143 atau Kiki No. 5 atau kerja atau bila-bila yang aku ada idea.

Jadi, ini Cerita 35 yang pertama:


"Dia dah mati," kataku pada housemate. Sakitnya sudah dua minggu. Aku yang doa dia dimudahkan. Lebih baik begitu. Lama dia terseksa - tak makan, minum pun. Dan tadi dia mati. Terus, "Aku tak mahu kucing lagi."

Wednesday, 10 September 2008

Aku?

Tadi aku berbuka puasa ramai-ramai dengan ex-matrix friends masa di Asasi dulu. Ada aku, Danial, Nizam, Usin (and his wife, Alimah) dan Afif. Kami berkumpul di Carls Jr. Mid Valley. Danial yang arranged semuanya.

Dan terbuka la macam-macam cerita dan updates dari kawan-kawan aku:
- Danial dah bertunang dengan Haslina
- Nizam dah bertunang dengan Af
- Usin bakal jadi bapa, Alimah dah mengandung dua bulan kot?

- Aku, single... Well, Afif pun

Kami semua sebaya, umur 24. Sama-sama satu Asasi, sama-sama satu cube di Kolej 11. Tapi tengok la betapa bezanya jalan hidup kami.

- Danial baru habis praktikal, tunggu konvo untuk ijazah Civil Engineering dari Unisel DAN BARU BERTUNANG
- Nizam tinggal satu semester lagi untuk habiskan Master di UM, DAN BARU BERTUNANG
- Usin dah kerja pangkat tinggi kat kilang, Alimah mula housemanship lepas Raya ni - THE NEWLYWED, what more can I say?
- Afif jadi Project Engineer, sibuk dengan contract dekat Pavilion - OK, single macam aku juga. Tapi dia tak kisah pun!

- Aku? Baru publish L.U.V.E., cerita tentang orang bercinta. Tapi entah sampai bila status single tu nak melekat dengan aku... DAN AKU AMBIL KISAH!

Monday, 8 September 2008

L.U.V.E ON SALE NOW!

ALHAMDULILLAH...

That's all I can say right now.

But what say you (of
L.U.V.E), my dear readers?

Tuesday, 2 September 2008

In Alia's words...

A novel review: L.U.V.E. of ... confessions(pingu Toha's L.U.V.E. novel review)Why is it so hard to express your utmost true feelings to another person closest to you (be it your parents, best friend(s), worst enemy or a most loved/adored/admired/respected person)?Why is it much easier to express it to a non-human being, e.g. your pet(s), diary, voice recorder, wall (I'm not talking about facebook's or any social networks' wall), etc.?Feelings and confessions.They are something. Something that is not taught in schools, but is often discussed - a discourse, may it be an open discussion or a closed one; feelings are exchanged from one person to another, or perhaps even to other alternatives such as the aforementioned. L.U.V.E. Confessions of lovers' experiences in love (and out of love). Fictitious or not, it is up to the reader to judge. A good read nonetheless. Comical and it is surprisingly ironic that there are people like the characters in the novel - reaching out and trying out to reach each other's love, in many ways.
nhams