Cerita 35 Satu

Mulai hari (malam) ini aku akan post Cerita 35 - cerita pendek & kontot aka certot. Sufian Abas & Nizam Zakaria sedang gigih bikin koleksi cerita sebegini di Facebook. Ringkas, economical, lucu, stylo dan bukan mainstream - aku suka. Aku pun nak cuba. Versi aku, naratifnya dibina daripada maksimum 35 patah perkataan saja. Aku cabar kreativiti aku untuk berlegar dalam limit 35 patah kata itu.

Dan aku baru mencuba. Aku post Cerita 35 kalau tak sibuk dengan 143 atau Kiki No. 5 atau kerja atau bila-bila yang aku ada idea.

Jadi, ini Cerita 35 yang pertama:


"Dia dah mati," kataku pada housemate. Sakitnya sudah dua minggu. Aku yang doa dia dimudahkan. Lebih baik begitu. Lama dia terseksa - tak makan, minum pun. Dan tadi dia mati. Terus, "Aku tak mahu kucing lagi."

Comments

Honey Bee said…
satu permulaan yang baik.. keep it up..
mizmia said…
uh cerita 35.. mcm best jek..