Of kemas bilik...

Aku menghadapi bad days beberapa hari ni... Entah la... mungkin sebab aku pun jahat dalam beberapa hari ni. Semua rasa aku negatif dapat - frustrated, marah, bosan, emo, indecisiveness, left-out, useless, overreaction, tak dihargai, demotivated...

I FEEL SICK!

Nak menulis pun tak ada mood sangat... Bahagian Satu 143 dah nak habis, cuma aku belum dapat menganyam naratif yang dapat sambung bab-bab finale tu. Kiki No. 5 aku baru aja mula tulis, but it was a false start.

Mungkin sebab bahan-bahannya belum cukup lagi.

Mungkin juga sebab komen (tak dapat aku nak kelaskan sama ada positif ke negatif) tentang L.U.V.E. Itu yang buat aku tak senang duduk. Agak down juga dengan komen tu. Well, maybe aku ni baru lagi... kurang pula ilmu penulisan dan tak arif dengan kehendak pembaca novel Melayu. Tapi... tak apa. Aku akan tangani komen tu secara bijaksana. Aku pun tak boleh melenting sebab pembaca dah habiskan duit mereka untuk beli L.U.V.E dan pada aku itu dah jadi lesen untuk mereka komen atau beri pendapat ikut kehendak masing-masing. Aku cuma boleh dengar/baca dan ambil ia sebagai panduan untuk baiki diri dan tingkatkan mutu penulisan yang akan datang. InsyaALLAH. (cik hana & hairi, thanks! :))

Atau mungkin juga bilik aku ni terlampau semak. Habis kusut fikiran aku! Agaknya sebab tu la aku tak dapat fokus untuk menulis.

Makanya, tadi siap solat Jumaat aku terus kemas bilik. Siap rearrange semua barang dalam bilik ni. Masuk tiga bulan aku pindah ke sini, dah tiga kali aku buat room improvement. Itupun pindah letak barang-barang asas aja - katil, buku-buku, kotak barang, ruang menulis. Aku ingat nak beli rak khas untuk simpan buku yang bertimbun. Laptop pun kena ada mejanya supaya senang aku nak menulis. And I need a wardrobe to put all my clothes!
Sekarang, dah lapang sikit bilik ni. Lepas ni aku kena lipat kain baju yang menggunung entah berapa minggu dah.
Aku rasa nak decorate bilik ni - pasang tirai kat pintu, gantung poster, cat(?)...
Rasa macam nak raya pula! Memang la dah nak raya pun... tapi nanti aku balik kampung. Bukannya nak beraya kat dalam bilik!

I need a life...

Comments

Am said…
well, u got ur own book.thats very impressive. Not very bad life
alia said…
all the best for your new eNovel!

gambate!
Honey Bee said…
I bought your novel already and just finish it. For the new author, you have your own way in writing. You are totally different from other authors. This style with attack all the ‘book worm’. This is your first novel. Nobody can run before they’re expert to walk. Anyway enjoy reading your L.U.V.E.