Monday, 22 September 2008

XNormal...

Banyak perkara pelik/aneh/kurang masuk akal/paranormal/tak berapa biasa/bizzare berlaku pada aku semenjak dua menjak ni... Antaranya (bukan ikut kronologi peristiwa):

~ teringatkan Kak Ira dua-tiga hari lepas, tup-tup tadi dapat mesej dari dia yang nak hantar kad kahwin...
~ mimpi pasal Michael Phelps, tentang yang aku ada YM dengan dia dan aku mimpi dalam English.
~ mimpi pasal seekor anak kucing hitam

~ diajak couple olok-olok oleh seorang teman... Huh?

~ dapat idea cerita pasal dua helai t-shirt dan gambar broken heart.
~ dibabai oleh seseorang (yang aku tak kenal) masa aku balik makan sahur kelmarin... Eh?
~ sebab Am dan Shahrill dah tumbuh gigi geraham bongsu (sampai kena ada operation, masuk wad dan sakit yang berlarutan), aku check bilangan gigi aku. Ada 31 batang aja... Maksudnya ada sebatang lagi yang belum tumbuh! And it's my wisdom tooth! ALAMAK...
~ buka puasa di tempat-tempat mengarut seperti Pizza Hut, Lot 10, ofis...
~ mengidam air tebu
~ asyik tersenyum tak pasal-pasal

~ And oh, writer's block!

2 comments:

stanum_saliva said...

aku mcm seronok bc L.U.V.E pd mulanya....tibe2 kisah Uth & Lana m'jadi sdikit tipikal....aku xdpt tuk terus m'bc....last2 mber aku tlg ceritakn....agaknya sbb aku sllu b'sama karya faisal tehrani(x pernah tipikal)....kau penah b'buka kt rumah ibu mertua????(lg pelik n mengerikan)...ahaks

Pingu Toha said...

blum ada jodoh lg nk buka kt umah ibu mertua... tunggu la 2-3 thn lg, kalau ada sape2 yg sudi jemput...hehe!