An Excerpt from 143: Bahagian 1 dari 3


Lana menunggu. Tiada lagi e-mel dari Uth. Dia baca semua e-mel yang Uth hantar dulu, walaupun dia tak menulis balasannya. Dia masih marahkan Uth. Dan sekarang...
Tiada SMS.
Tiada panggilan.
Tiada missed call.
Tiada khabar langsung dari Uth!
Dan Lana terus menunggu.
Rindu Unlimited sudah dia khatam lebih 60 kali. Setiap adegan dia ulang baca sepuluh kali, paling kurang. Latihan pun sudah selesai. Penggambaran akan mula hujung bulan ini, ikut kata Abang Fikret. Jadi dia menunggu lagi. Bosan!
Tanpa dia sedar, ada air mata yang bertakung di hujung matanya. “Saya dah maafkan awak, Uth. Saya sayang awak. Saya rindu awak. Saya cintakan awak, Uth.” Air mata Lana jatuh. “Saya tak mahu awak pergi, tinggalkan saya...”
Haruskah dia menunggu lagi?
Lalu Lana mendail nombor Uth. Engaged.
Dail lagi. Engaged juga.
Dia cuba sekali lagi. Tak berjawab.

Review from the Other Alia...

Baru-baru ini aku diberitahu oleh seorang teman tentang bukunya yang sudah diterbit dan dijual di gedung buku sekitar Malaysia. Teman yang satu ini ku kenal menerusi alam siber. Lama sudah kami berkenalan dan ID masing2 ade bertapa dalam list YM, tapi aku sendiri tak ingat bila kali terakhir kami berbicara sehinggalah si Pingu itu mem-buzz aku kerana menyangka aku temannya yang satu lagi kerana ID kami hampir serupa.

Aku tak tau kenapa aku tertarik benar nak membaca tulisannya. Barangkali aku nak pastikan sama ada si Pingu ni adalah that someone yang aku anggap a big snob atau aku tersilap orang. Mungkin juga kerana aku telah lama tidak menjengah ke kedai buku dan membeli sebarang bahan bacaan selain dari yang diperlukan untuk tesis.

Aku terpaksa pergi ke dua buah kedai kerana yang pertama tidak menjual buku tersebut (kata jurujual yang macam acuh tak acuh je nak layan aku tu la kan). Kedai kedua terletak di SACC Mall, aku kebetulan berada di situ kerana berbuka puasa di Quality Hotel. Tatkala aku terlihat cover buku yang berjudul L.U.V.E, aku agak skeptikal kerana aku rasa 'penampilan' cover-nya agak hambar. Aku baca blurb yang terdapat di belakang, erm...boleh tahan, hentam jelah beli.

Aku bukan peminat karya cinta. Dulu aku pernah membaca cerita Ahadiat and the gang, tapi hati aku langsung tak berkenan kerana gaya bahasanya dan juga penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Jangan salah faham, aku baca karya yang ditulis dalam bahasa Melayu, aku cuma berpendapat jika seseorang penulis ingin menyelit sebaris dua ayat dalam bahasa asing, dia pertamanya haruslah memastikan ayat itu betul dari segi tatabahasa dan strukturnya.

***

L.U.V.E - cerita cinta Uthman, Lana, Vee, Elina, Keri, Yvonne...orang kebanyakan seperti aku, engkau dan dia. Bila aku baca prolognya, terasa terlalu pantas nada penceritaan si 'narrator', barangkali ayatnya yang pendek2 membuatkan aku terasa begitu. Tapi inikan prolog, bukan badan ceritanya, haruskah aku begitu kritikal?

Aku mulakan review ini dengan analisa karakter Uthman Huzir - to be honest, I think he's a pathetic guy! Ada ke cinta yang jatuh ke riba? Aku percayakan love at first sight, tapi sukar untuk aku faham yang cinta is very easy to get. Uth hanya menyerah pada takdir. Aku tak suka lelaki yang pasif! Jap2 allow me to remind myself - this is not about you, Alia! Bila berdepan dengan cinta, Uth jadi bodoh walaupun he's actually an intelligent guy (I felt that way lah). It's very annoying when you 'give up' on love very easily.

Ok berbalik kepada jalan cerita L.U.V.E - Satu titik pertemuan yang menyatukan dua insan, tetapi terhalang kerana wujudnya seorang sahabat baik yang meminati wanita yang sama seperti Uthman (aku tak tahu kenapa acap kali aku berfikir tentang Uth, aku mesti terfikir ingin memanggil dan menulis namanya sebagai Huzir! tapi aku tak punya teman yang bernama sedemikian, entahlah...). Pada aku cerita cinta ini biasa saja, tapi ianya jadi menarik kerana watak2 sokongan seperti Vee (my favourite), Keri, Elina, Yvonne dan lain2.

Aku amat tertarik dengan idea si penulis ketika menceritakan perihal Uth dan Vee. Uth 'sees' Vee in many colours depending on her mood and depending on the situation. And I think that is very original! Kudos Pingu!

Jalan cerita Uth dan Lana memang menarik kerana cabaran terbesar datang dari komplikasi dalam watak Uth itu sendiri yang sukar untuk menyatakan perasaan cintanya terhadap Lana. Akan tetapi aku rasa ianya agak klise apabila si 'narrator' mendedahkan yang Lana adalah budak perempuan yang Uth 'bantu' dan balutkan lukanya. Terasa seakan pernah aku lihat atau baca babak ini. Tapi dimana ya? (hehehehe)

Satu perkara yang memang sampai hari ini masih lagi aku fikirkan ialah - kenapa semua orang kena mengalah pada Uth? What's so special about him? Keri - yang lebih macho dan lebih jantan dari Uth pun akur dengan 'kehebatan' Uth dan 'tinggalkan' si Lana. Vee - although she tried to win Uth's heart, nothing works! Dan akhirnya dia terpaksa terima yang to love is to let go. Elina - erm, Uth is a very difficult man to love! Dia pun terbang pulang dengan 'kekalahan'. Lana - she can't keep on initiating everything can she?

Jadi betul ke kalau kita hanya menyerah pada takdir, cinta yang kita harapkan, orang yang kita harap akan mencintai kita, akan datang pada kita?

***

Secara keseluruhan, L.U.V.E punyai jalan cerita yang menarik dan seperti yang aku katakan di awal tadi, ianya dikuatkan oleh watak2 sokongan yang punya cerita dan ragam masing2. Salah satu ciri 'modernism' ialah complexity of narration dan dalam cerita ini, the complexity lies in the multiple plots that are tied together under the theme of love.

Satu lagi kelebihan cerita ini adalah ianya diselangi dengan unsur lagu dan juga cerita dalam cerita - kisah cinta Aduka Hadi dan Hasya. I was told that L.U.V.E is going to have a sequel. Jadi adakah kisah cinta Aduka Hadi dan Hasya foreshadows what's coming in the next book? Herm...aku tak fikir Uth romantik orangnya seperti Aduka Hadi, tapi dia boleh jadi jiwang jika diberi peluang. Lagipun, dia kan mengarang lagu buat Lana... Unsur lagu ini mengingatkan aku akan drama2 yang ditulis Shakespeare. Ada 'chorus' yang bisa jadi pencerita dan 'foreshadows' things to come. Kadang2 ia juga digunakan untuk teknik 'flashback' - jadi tak payahlah si pelakon melakonkan apa yang terjadi pada 10 tahun lepas, 10 hari lepas, atau 10 jam yang lepas.

Kesimpulan yang boleh aku buat setelah membaca L.U.V.E - Semua orang mencari cinta dan hanya yang bertuah sahaja akan menemukan ia. Tapi aku percaya semua orang pun bertuah, cuma masanya sahaja bukanlah ketetapan yang kita mampu pegang dan berkuasa atasnya. Bila cinta sudah kita temui, haruslah kita semai supaya ianya berkekalan hingga ke akhir hayat. Pencarian cinta akan mematangkan kita. Cinta adalah satu perkara yang boleh kita 'pelajari' kerana ianya ada dalam diri kita sendiri. Kadang2 orang yang kita cinta itu bukanlah yang terbaik buat kita jadi kita harus belajar untuk melepaskannya. Bila tiba tika dan saatnya, kita pasti akan menemukan cinta yang sebenar...

Topik Dua Minggu - Adakah hantu wujud?



Marcel Dzama's The Saddest Ghost (2004)

Masa darjah 1 dulu (selalunya waktu BM akhir sebelum balik), cikgu akan beri kami waktu untuk ke depan kelas dan bercerita. Aku ingat lagi, satu hari tu cikgu buka topik cerita hantu. Kebetulannya, beberapa hari sebelum tu aku sendiri ternampak hantu masa kat kampung melawat makcik aku. Aku jadi antara yang keluar ke depan dan bercerita - cerita pasal hantu pocong dalam kebun getah waktu senja masa aku tengah main pondok-pondok seorang diri. Aku ingat lagi imej tu. Tapi tak tahu la samada yang aku nampak tu betul hantu atau sekadar mainan mata. Rasanya memang betul aku nampak hantu pocong...

Dua-tiga hari lepas, di National Geographic channel ada satu dokumentari tajuk Is It Real? yang bincangkan pasal hantu. Ada beberapa kes haunting yang mereka siasat dengan setiap kes tu dikaji dari dua sudut berbeza - from the believer's p.o.v (selalunya dari orang biasa ke psikik) and from the sceptic's (yang guna logik untuk debunk semua bukti-bukti sedia ada). Dan kedua-dua p.o.v tu memang bercanggah.

Maka aku sediakan post ini untuk jadi forum bincang topik ni. Inilah TOPIK DUA MINGGU. It's a new feature for my blog, to make it more interactive and informative. Setiap dua minggu aku akan buka topik baru dan harap kalian dapat sumbangkan buah fikiran, pengalaman sebenar, ayat al-Quran, hadis sahih, links, artikel, gambar atau mana-mana yang relevan ikut topik.

So, untuk minggu ni, pada kalian: 'ADAKAH HANTU WUJUD?'

Kompilasi Raya

I've compiled some updates (of yours trully, me) sepanjang musim raya ni:

Spek
Orang lain sibuk shopping raya - beli baju melayu, songkok, kain samping etc. Aku buat cermin mata aka spek, finally. Setelah lama bertangguh, aku ambil pakej dari A-Look berharga RM268. Amino teman aku buat spek tu. Dia bilang aku macam pakai goggle! Rasa semacam bila pakai spek. Mula-mula tu rasa cool and stylo. Tapi lama-lama, makin nerdy aku rasa. Makin bookish. Makin weird. Well, I AM weird to begin with! Tak kisah la semua tu... sebab aku memang rabun. Aku dah lama rabun! Dulu pernah juga aku pakai spek (masa form 4)... tapi sekejap aja. Sebabnya lens selalu berminyak dari hair cream yang aku pakai dan rambut aku panjang and I was sloppy. Sekarang tak lagi sebab rambut aku cropped-style dan tak perlu pakai minyak atau gel. Kalau rambut panjang nanti, aku pakai wax aja. Dan ke-sloppy-an aku pun dah kurang sekarang ni...

Semalam ada awek Starbucks bilang (I was eavesdropping): Handsome gak dia ni pakai spek...

Hehe!

Hadiah Pak Sako 3
Mama beri aku satu borang untuk Pertandingan Hadiah Sako 3 Novel bagi Novel Nasional. Syaratnya - tulis novel Bahasa Melayu 60 000 perkataan, tarikh tutup 31 Disember. Hadiahnya lumayan, sampai RM30 000 untuk Hadiah Pertama.

Mama tanya aku nak cuba atau tak. Aku diam aja.

Prospek hadiah RM30 000 tu memang mengujakan. But being realistic... aku belum boleh menulis sebaik untuk RM 30 000 tu. I mean, my writing is not literature-ish enough to be considered as a Novel Nasional. Kerja-kerja aku bukan sastera, tapi sekadar penulisan yang biasa-biasa aja. Lagi pun naskhahnya perlu ditulis dalam Bahasa Melayu sedang aku hanya guna 70 peratus saja Bahasa Melayu dalam kerja-kerja aku. Tak cukup Melayu la... Dan perlu tulis minimum 60 000 perkataan dalam masa kurang dua bulan ni. Tak mustahil dari segi kuantiti tu, tapi kualitinya? L.U.V.E yang baru 45 000 perkataan tu pun dah makan masa setengah tahun untuk aku siapkan. And I'm not a full time writer. Aku menulis bila ada masa senggang aja. I still have my day job and other pending projects/arrangements - 143, Kiki No.5, nak speed dating, shopping, ikut acting course...

Well, maybe I'm just giving excuses...

Speed date & tourist guide course
Semalam aku jumpa Nawal. Makin sibuk dia - jadi emcee untuk majlis apa entah, ikut dressmaking class, jadi DJ sambilan @ERA, dating dengan her fellow speed daters... Sambil makan di Sweet Chat, she mentioned about the speed dating yang dia dah ikut a couple of months before. Dia ajak aku join untuk the next session. Aku tanya: will there be anyone my age? Eventhough age-wise, yang ikut speed date selalunya between 24-40 somethings. It's okay for her because she's a woman. Aku ni lelaki dan berapa ramai sangat perempuan yang dalam lingkung umur 24 yang join benda alah tu. Nawal kata: with age comes experience. Uuuu... Aku balas: okay la kalau perempuan tu tua sikit dari aku asalkan she's shorter than me. At least I don't feel like I'm dating a kakak!

Nawal berdeham.

Masa tu aku tak faham dehem Nawal. Sekarang baru aku faham mengapa... but I won't write it here.

Nawal juga cakap yang dia nak ikut tourist guide course mula November ni. Prospek pendapatannya lumayan dan masa kerjanya fleksibel. I can just quit my day job now (which I intend to by the end of this year, hopefully) and jadi tourist guide, kerja untuk a few days per week and spend the huge bulk of my free time to write! Anyways, aku kena fikir betul-betul dulu, tanya pendapat mama & papa...

Tapi, being a tour guide tu memang something different. Berapa ramai sangat yang berani buat benda tu? It's challenging. Aku memang suka sejarah, language, culture and arts yang semuanya dirangkum sebagai expertise seorang tourist guide. Boleh juga jumpa orang dari pelbagai negara, I can travel to places, improve my communication skills, bikin networking...

Hmm... menarik, kan?

Pertanyaan-pertanyaan wajib bila balik kampung
Bila nak dapat 'kerja betul'?
Tak nak kerja dengan goverment ke?
Tak ada calon lagi ke?
Ni macam mana nanti bila dah kahwin?

Aku jawab dengan senyum aja...

Raya Special!

Untuk pembaca-pembaca L.U.V.E.,

Ini hadiah hari raya saya untuk kalian. Nak bagi duit raya, tak dapat la...ampun! Lagu-lagu dari L.U.V.E boleh kalian dengar secara eksklusif, hanya di Khutub Pingu. Kat tempat lain tak ada! Kalian boleh lihat ikon untuk Gudnite, sweet luv dan Untuk Melupakanmu di sebelah kanan, atas Cafe Marooned.

Liriknya, saya yang tulis. Melodi yang keren banget tu kawan saya yang bikin. Amerju namanya. Yang menyanyi pun, dia. Harap-harap tak lama lagi dia akan keluar album sendiri, insyaALLAH.

Anyways, ENJOY!