Review from the Other Alia...

Baru-baru ini aku diberitahu oleh seorang teman tentang bukunya yang sudah diterbit dan dijual di gedung buku sekitar Malaysia. Teman yang satu ini ku kenal menerusi alam siber. Lama sudah kami berkenalan dan ID masing2 ade bertapa dalam list YM, tapi aku sendiri tak ingat bila kali terakhir kami berbicara sehinggalah si Pingu itu mem-buzz aku kerana menyangka aku temannya yang satu lagi kerana ID kami hampir serupa.

Aku tak tau kenapa aku tertarik benar nak membaca tulisannya. Barangkali aku nak pastikan sama ada si Pingu ni adalah that someone yang aku anggap a big snob atau aku tersilap orang. Mungkin juga kerana aku telah lama tidak menjengah ke kedai buku dan membeli sebarang bahan bacaan selain dari yang diperlukan untuk tesis.

Aku terpaksa pergi ke dua buah kedai kerana yang pertama tidak menjual buku tersebut (kata jurujual yang macam acuh tak acuh je nak layan aku tu la kan). Kedai kedua terletak di SACC Mall, aku kebetulan berada di situ kerana berbuka puasa di Quality Hotel. Tatkala aku terlihat cover buku yang berjudul L.U.V.E, aku agak skeptikal kerana aku rasa 'penampilan' cover-nya agak hambar. Aku baca blurb yang terdapat di belakang, erm...boleh tahan, hentam jelah beli.

Aku bukan peminat karya cinta. Dulu aku pernah membaca cerita Ahadiat and the gang, tapi hati aku langsung tak berkenan kerana gaya bahasanya dan juga penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Jangan salah faham, aku baca karya yang ditulis dalam bahasa Melayu, aku cuma berpendapat jika seseorang penulis ingin menyelit sebaris dua ayat dalam bahasa asing, dia pertamanya haruslah memastikan ayat itu betul dari segi tatabahasa dan strukturnya.

***

L.U.V.E - cerita cinta Uthman, Lana, Vee, Elina, Keri, Yvonne...orang kebanyakan seperti aku, engkau dan dia. Bila aku baca prolognya, terasa terlalu pantas nada penceritaan si 'narrator', barangkali ayatnya yang pendek2 membuatkan aku terasa begitu. Tapi inikan prolog, bukan badan ceritanya, haruskah aku begitu kritikal?

Aku mulakan review ini dengan analisa karakter Uthman Huzir - to be honest, I think he's a pathetic guy! Ada ke cinta yang jatuh ke riba? Aku percayakan love at first sight, tapi sukar untuk aku faham yang cinta is very easy to get. Uth hanya menyerah pada takdir. Aku tak suka lelaki yang pasif! Jap2 allow me to remind myself - this is not about you, Alia! Bila berdepan dengan cinta, Uth jadi bodoh walaupun he's actually an intelligent guy (I felt that way lah). It's very annoying when you 'give up' on love very easily.

Ok berbalik kepada jalan cerita L.U.V.E - Satu titik pertemuan yang menyatukan dua insan, tetapi terhalang kerana wujudnya seorang sahabat baik yang meminati wanita yang sama seperti Uthman (aku tak tahu kenapa acap kali aku berfikir tentang Uth, aku mesti terfikir ingin memanggil dan menulis namanya sebagai Huzir! tapi aku tak punya teman yang bernama sedemikian, entahlah...). Pada aku cerita cinta ini biasa saja, tapi ianya jadi menarik kerana watak2 sokongan seperti Vee (my favourite), Keri, Elina, Yvonne dan lain2.

Aku amat tertarik dengan idea si penulis ketika menceritakan perihal Uth dan Vee. Uth 'sees' Vee in many colours depending on her mood and depending on the situation. And I think that is very original! Kudos Pingu!

Jalan cerita Uth dan Lana memang menarik kerana cabaran terbesar datang dari komplikasi dalam watak Uth itu sendiri yang sukar untuk menyatakan perasaan cintanya terhadap Lana. Akan tetapi aku rasa ianya agak klise apabila si 'narrator' mendedahkan yang Lana adalah budak perempuan yang Uth 'bantu' dan balutkan lukanya. Terasa seakan pernah aku lihat atau baca babak ini. Tapi dimana ya? (hehehehe)

Satu perkara yang memang sampai hari ini masih lagi aku fikirkan ialah - kenapa semua orang kena mengalah pada Uth? What's so special about him? Keri - yang lebih macho dan lebih jantan dari Uth pun akur dengan 'kehebatan' Uth dan 'tinggalkan' si Lana. Vee - although she tried to win Uth's heart, nothing works! Dan akhirnya dia terpaksa terima yang to love is to let go. Elina - erm, Uth is a very difficult man to love! Dia pun terbang pulang dengan 'kekalahan'. Lana - she can't keep on initiating everything can she?

Jadi betul ke kalau kita hanya menyerah pada takdir, cinta yang kita harapkan, orang yang kita harap akan mencintai kita, akan datang pada kita?

***

Secara keseluruhan, L.U.V.E punyai jalan cerita yang menarik dan seperti yang aku katakan di awal tadi, ianya dikuatkan oleh watak2 sokongan yang punya cerita dan ragam masing2. Salah satu ciri 'modernism' ialah complexity of narration dan dalam cerita ini, the complexity lies in the multiple plots that are tied together under the theme of love.

Satu lagi kelebihan cerita ini adalah ianya diselangi dengan unsur lagu dan juga cerita dalam cerita - kisah cinta Aduka Hadi dan Hasya. I was told that L.U.V.E is going to have a sequel. Jadi adakah kisah cinta Aduka Hadi dan Hasya foreshadows what's coming in the next book? Herm...aku tak fikir Uth romantik orangnya seperti Aduka Hadi, tapi dia boleh jadi jiwang jika diberi peluang. Lagipun, dia kan mengarang lagu buat Lana... Unsur lagu ini mengingatkan aku akan drama2 yang ditulis Shakespeare. Ada 'chorus' yang bisa jadi pencerita dan 'foreshadows' things to come. Kadang2 ia juga digunakan untuk teknik 'flashback' - jadi tak payahlah si pelakon melakonkan apa yang terjadi pada 10 tahun lepas, 10 hari lepas, atau 10 jam yang lepas.

Kesimpulan yang boleh aku buat setelah membaca L.U.V.E - Semua orang mencari cinta dan hanya yang bertuah sahaja akan menemukan ia. Tapi aku percaya semua orang pun bertuah, cuma masanya sahaja bukanlah ketetapan yang kita mampu pegang dan berkuasa atasnya. Bila cinta sudah kita temui, haruslah kita semai supaya ianya berkekalan hingga ke akhir hayat. Pencarian cinta akan mematangkan kita. Cinta adalah satu perkara yang boleh kita 'pelajari' kerana ianya ada dalam diri kita sendiri. Kadang2 orang yang kita cinta itu bukanlah yang terbaik buat kita jadi kita harus belajar untuk melepaskannya. Bila tiba tika dan saatnya, kita pasti akan menemukan cinta yang sebenar...

8 comments:

nzard said...

aloh, x bleh pos FREE edition kt aku ka???? *sambil buat muka x malu* aku nk baca jugak!!!

Pingu Toha said...

ek eleh...sokong la aku ni! bdak2 USM sumer pakat bli...

nzard said...

aku kemut...hahaha!xpe nnt aku pinjam naz pnya...muahahaha!!! *lawak kejam bergema*

Pingu Toha said...

ko mmg kejam! sangat kejam!

Naz said...

erkk... aku tidak ada kena mengena dengan ini cerita...

nzard said...

tula...aku nk baca 3 last page x mau bg....bila aku dh convinced, baru nk bli.....aku support ramlee awang murshid dgn norhayati berahim je...LOL!

Pingu Toha said...

nk bg camne...tu hakcipta terpelihara, dowh! tak blh nk bg camtu je sbb dh jd hakmilik publisher aku... (alasan konkrit utk soh ko bli gk)

nzard said...

nice argument! I'll think about it *wink*