Wednesday, 8 October 2008

Topik Dua Minggu - Adakah hantu wujud?



Marcel Dzama's The Saddest Ghost (2004)

Masa darjah 1 dulu (selalunya waktu BM akhir sebelum balik), cikgu akan beri kami waktu untuk ke depan kelas dan bercerita. Aku ingat lagi, satu hari tu cikgu buka topik cerita hantu. Kebetulannya, beberapa hari sebelum tu aku sendiri ternampak hantu masa kat kampung melawat makcik aku. Aku jadi antara yang keluar ke depan dan bercerita - cerita pasal hantu pocong dalam kebun getah waktu senja masa aku tengah main pondok-pondok seorang diri. Aku ingat lagi imej tu. Tapi tak tahu la samada yang aku nampak tu betul hantu atau sekadar mainan mata. Rasanya memang betul aku nampak hantu pocong...

Dua-tiga hari lepas, di National Geographic channel ada satu dokumentari tajuk Is It Real? yang bincangkan pasal hantu. Ada beberapa kes haunting yang mereka siasat dengan setiap kes tu dikaji dari dua sudut berbeza - from the believer's p.o.v (selalunya dari orang biasa ke psikik) and from the sceptic's (yang guna logik untuk debunk semua bukti-bukti sedia ada). Dan kedua-dua p.o.v tu memang bercanggah.

Maka aku sediakan post ini untuk jadi forum bincang topik ni. Inilah TOPIK DUA MINGGU. It's a new feature for my blog, to make it more interactive and informative. Setiap dua minggu aku akan buka topik baru dan harap kalian dapat sumbangkan buah fikiran, pengalaman sebenar, ayat al-Quran, hadis sahih, links, artikel, gambar atau mana-mana yang relevan ikut topik.

So, untuk minggu ni, pada kalian: 'ADAKAH HANTU WUJUD?'

6 comments:

Adeline Ong said...

Of course they do exist. Come on la, remember the crazy rituals I had to do for Infiniti project.

Pingu Toha said...

oh, THAT! Yeah, I know that they exist...BUT WHAT ARE THEY ACTUALLY? And WHY ARE THEY HERE?

stanum_saliva said...

hurmmm...dunia paranormal..supernatural kan??mereka b'jirim tp tak b'jisim..mcm tuh?ms darjah6,ustaz aku suruh t'balikkn suku kata 'hantu' menjadi 'tuhan'..then set in mind.gunanya bila t'bayang hantu(slps tgk horror movie).rupanya ustaz aku peminat cerita hantu...nanti xde lar nightmare,pesannya...ahaks

nzard said...

my fav ghost story books are from mr. tamar jalis...owh, i wish i could read all of his books in the 'bercakap dgn jin' series!

van daras said...

I am Andreas from Darit-Landak Regency, Pontianak, West Kalimantan. I am the son of Panglima Dayak Kanayatn. In the etnic war between us (Dayak) and Madura (people from East Java) in 1997, we have collected more than 1,700 heads of human. My father collected more than 250 heads of human. I am living in the house where the heads of human exist. I have been living in the house for more than 12 years. I know "HANTU" is exist, but if we believe that "TUHAN" more powerfull, so "HANTU" is nothing. If we believe in "HANTU", our life will be conquered by HANTU. If we believe in GOD/ Allah (we call them JUBATA), so we will become the conqueror of HANTU. Greetings, Andreas.

nzard said...

i'm just disturbed by your photo heading kt atas tuh. too.wide.