Review dari sekuntum Sakura

Dan hari ini saya ingin bercerita tentang L.U.V.E. senaskah karya Pingu Toha yang baru selesai saya ‘terokai’. Novel yang sangat menarik. Dan sangat realistik (bagi saya). Watak utamanya, Uth mempunyai sedikit persamaan dengan diri saya (..mungkin…walaupun Uth seorang lelaki) dan sesungguhnya Uth telah membuatkan saya berfikir, mungkin benar cinta bukan untuk difikir kerana cinta untuk dirasa dengan hati…Kita tak boleh bercinta dengan berfikir… kerana cinta itu emosi… harus dirasa dengan hati…Kupasan yang menarik tentang cinta dalam L.U.V.E membuatkan saya memandang cinta dari sudut yang agak berbeza.

# Cinta memang tak boleh dipaksa walau seberapa daya nya kita berusaha untuk membuat ’si dia’ yang kita cintai mencintai kita. Kita tak boleh memaksa kehadiran cinta. Kita boleh saja mencintai tetapi bukan memiliki. Itu yang ingin ditonjolkan dalam watak Vee yang mengejar ‘cinta’ Uth.

# Cinta tidak juga hadir walau seberapa lama kita cuba memahami dan berkorban untuk ’si dia’ yang kita cintai. Dan bercinta itu tidak boleh dicuba-cuba kelak akan melukakan juga. Andai sudah ditakdirkan ’si dia’ bukan untuk kita -teruskan saja hidup ini.. tak usah terus menunggu… Ini pula yang cuba ditonjolkan dalam watak Elina yang tidak dapat melupakan Uth - cinta pertamanya.

* Andai ditakdirkan dia tercipta untuk kita. Seberapa jauh kita cuba lari, hati akan tetap terus mencintai. Jangan cuba lari dari kenyataan. KIta harus berani berhadapan dengan kenyataan. Ini pula untuk Lana - cinta Uth yang abadi.

* Uth - seorang lelaki yang mencari definasi cinta, pernah bercinta, meninggalkan cinta, dan akhirnya menemui cinta sejatinya. Konflik perjalanan Uth dalam mencari cintanya sangat menarik. Uth yang banyak bermonolog dengan diri sendiri. Belajar mengenali sendiri. Uth yang sentiasa mengalah untuk menang (akhirnya…)

# Keri - pujangga cinta yang terkena panahan cinta sejati (kononnya) akhirnya nanar kerana cinta yang tak kesampaian. Bukan semua yang kita hajati mampu kita miliki terutamanya dalam soal hati dan CINTA. Setiap kita ada kekurangan dan ada kelebihannya.. Terimalah dengan rela hatinya… (hehehe..)

Gaya penceritaan Pingu Toha yang bersahaja dan terselit mesej yang tersurat dan tersirat sangat membuat saya teruja. Suatu permulaan yang baik.

Kata hati saya :

L.U.V.E membuat saya mengenali cinta dari mata seorang lelaki. Suatu perspektif yang berbeza tentang cinta daripada hati seorang lelaki dan membuat saya terfikir juga dalam akal nakal saya - wujudkah seorang Uthman Huzir itu dalam realiti ???. Ingin sekali menemui seorang lelaki yang ‘luar biasa’ tetapi tetap menganggap diri mereka biasa-biasa saja.

P/S dari Pingu Toha - boleh baca terus dari blog empunya Sakura di
sini
dan
sini juga. Aku baru tahu cara nak masukkan hyperlink... hehe!

Comments

Naz said…
Bravo!! Another positive review!
Keep up, bro!
stanum_saliva said…
typos r...bukan 'sku' tp 'aku'..hahaha
nzard said…
wowza, NOW i'm getting intrigued...hehehe...
buku hg ada jual kt popular dak? tlupa plak nk check arituh....
hyperlink: bkn time hg nk write ur entry tuh ada simbol/icon kt atas tuh utk insert hyperlink ke? does this mean, u write using typewriter?
Pingu Toha said…
aku tulis atas kulit unta... dan selepas bertapa 7 mlm 6 hr sambil mngamalkn pemakanan seimbang, br la tulisan aku terpindah ke skrin komputer... mmg susah jd pnulis ni...

ko blh cek kt MPH, nzard. ala... buku tu pn murah, cukup ntuk mkn sehari pnya mkn nasi.
nzard said…
ooo...kalo harga rm5 (harga mkn time lunch aku ikut rate penang), mau la aku bli smp seploh buah....hihihi...
eh, smgt je aku nih tnya soklan, tngu jela formal interview aku nnt ye....
ohye, penah baca karya ramlee awang murshid dak? if not, you should!
Pingu Toha said…
aku nk tulis sai fai plak lpas ni...
nzard said…
malay sci-fi? well, i'm sceptical....
Pingu Toha said…
nzard! hang dulu matrix PASUM kn? aku mndpt fakta bercanggah dr shahrill la ahad dlu...
nzard said…
aku matrix penang la, skali dgn shahrill...NUr-ul-Ain yg sama PASUM dgn hg...aparaa...nyanyuk!nmpk sgt walo dimana2, matamu hanya tbayang wajahku...=p

+nzard+
Pingu Toha said…
YA ALLAH! Aku tlupa akn sohabatku yg sorg tu!!! pecer ain skrg?
nzard said…
ain keja kt MIDA la. apa kata hg kontek dia sniri kt frenster dia....no fon dia still yg lama...
mizmia said…
dua minggu lepas dah beli.by pos. dapat jek trus baca xtinggal2.
simple dan best.. untuk penulis yg saya xpernah knal.. mmg puas ati;)
tahniah dan all d best"