Tuesday, 23 December 2008

To-Do List 2009 aka AZAM 09 part 2

I've figured out a few more things to be added into my to-do list for 2009. They are:

9. to start my own Tabung Kahwin. Each month I'll have to save at least RM100 untuk belanja kahwin nanti. Walaupun umur baru 19++, tapi perancangan mesti ada...hehe!

10. get a makeover

11. get a promotion or get a new job

12. buy more shoes

13. buy a new bag

14. buy more jeans and khakis

15. buy a pair of sunglasses

16. ...

yet to be continued...

Wednesday, 17 December 2008

AZAM 09 part 1



Aku tengah sibuk dengan kerja, kena outstation sampai awal Januari. So susah sikit nak dapat masa untuk update blog.

(Selalunya kalau tak sibuk pun aku tak update juga, kan?)

Memandangkan tahun 2009 is just around the corner, aku tengah plan azam-azam yang insyaALLAH aku akan berusaha untuk capai sebelum sampai 2010 pula.

(Imbas kembali) Dalam tahun 2008, aku berazam nak jadi penulis. ALHAMDULILLAH, melalui L.U.V.E., azam aku tu tercapai!

Er, rasanya itu aja la azam aku untuk 2008 kot? Ish ish ish...

Tapi takpe... 2009 masih ada untuk aku dan insyaALLAH, panjang umur akan terlunas azam-azam aku (masih di peringkat pertimbangan) seperti yang berikut:

1. siapkan 1 4 3 and get it published!

2. serialized Kiki No.5

3. siapkan B

4. get my driver's license

5. act in a play

6. recite a poem in front of an audience

7. date some(more than)one... HUH?

8. gain more weight... at least until I'm 65KG.

9. ...

...

- TO BE CONTINUED -

p/s: this is seriously not azam-azam, more like a list-to-do kot? So image ni lebih sesuai...

Sunday, 7 December 2008

Eidul Adha...



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga di kampung dan semua teman-temanku.

Huhu...raya ni cuti aku sehari aja! Yang lain semuanya M.C sebab diarrhea. Tak dapat balik kampung lagi... raya pun seorang aja!

Takbir raya bersahutan dari luar tingkap kamarku... WAAAAAAA!

Anyways, SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN. Semoga jemaah Haji kita di Tanah Suci sana selamat sejahtera dan mendapat haji mabrur. Dan kita yang tertinggal akan sampai seru untuk ke sana nanti. InsyaALLAH.

Saturday, 6 December 2008

Macam mana eja cirit-birit in English?



D.I.A.R.R.H.E.A.

Dari 4.am tadi aku sakit perut. Sebenarnya mula-mula aku mimpi yang aku sakit perut. Lanjut pula ke realiti bila aku terjaga. Aku ingat angin aja. Rupanya memang sakit perut! Memulas-mulas! Entah sebab nasi goreng ayam madu dari pasar malam tu ke? Atau air soya ke? Atau biskut jem ke? Tapi perut aku sakit sangat! Macam kena toreh dari dalam. Dua kali aku ke tandas sebelum dapat sambung tidur semula.

Bangun pagi tu, aku siap-siap pergi kerja. Sempat juga ke tandas satu round lagi.Ingat dah OK. Kalau tak OK pun, nanti sampai opis boleh pergi klinik panel, ambil M.C. Aku memang jarang sakit sampai kena pergi klinik dan ambil M.C. Ini pun kali pertama sejak 6 bulan dulu.

Aku dah naik tren pun bila perut memulas balik. Tak boleh jadi! Aku patah balik ke rumah dan terus ajak housemate teman aku pergi klinik. Aku terpaksa sms manager kata aku nak pergi klinik ambil M.C. Sepatutnya call, lagi senang. Tapi kredit aku insufficient. Dalam sakit-sakit tu, boleh pula aku fikir: macam mana eja cirit-birit in English? D.I.A.R.R...? D.I.A.O.R.H...? Kalau sms cirit-birit tu tak sedap pula bunyinya. Jijik pun ada. Kelakar pun ya... Tanya housemate aku kalau-kalau dia ada kamus dwibahasa. Tapi dia ada kamus Dewan aja. Dalam muka berkerut-kerut tu, aku type ejaan tu dalam Word 2003 pada laptop housemate aku yang sedia terpasang. Betullah ejaannya D.I.A.R.R.H.E.A. Terus aku hantar sms tu. Selamat...

Terus aja aku ke klinik dengan housemate. Tapi klinik pun belum buka lagi! Aduh...

Aku ke 7-E untuk reload dan call manager. Lancar aja cakap, "Saya cirit-birit..." di telefon. Padahal tadi dalam sms beria-ria sangat nak lapik bahasa! Memang tak sedap bunyinya...

Pergi klinik semula, pun belum buka lagi. Tak apa, tahan sikit... dan kemudian aku datang semula ke klinik dalam jam 9.30. Sempat juga aku ke tandas lagi sebelum tu. Di klinik, tunggu punya tunggu, nurse kata doktor lambat masuk sebab doktor tu doktor ganti. Doktor lokum. ALAMAK!

Nurse offer aku ambil ubat dulu. Dia suruh aku datang lagi petang nanti untuk ambil M.C. Sebabnya doktor mesti check dulu sebelum beri M.C. Aku balik, makan ubat dan sempat juga habiskan baca Bila Nystah Kata Tak Mahu. Lepas tu, tidur.

Sebenarnya aku ni sakit ke tak?

Bangun semula around 3p.m dan pergi klinik. TUTUP! Rabu nanti baru buka semula! Balik kampung raya haji pula doktornya... Tunggulah sampai Rabu nanti baru dapat M.C.

Nasib... nasib...

Tak apalah, perut aku pun dah kurang memulas. Tapi sakitnya masih terasa. Tambah lagi dengan migraine dan lemah-lemah badan. Rasa nak demamlah pula...

Aku gagahkan juga diri menghadap laptop. Badan ni tak boleh manja-manja sangat. Lagipun bosan pula sebab housemate aku keluar ke Carrefour masa aku tidur tadi. Aku tinggal seorang. Dah sakit, takkan daya nak berjalan jauh-jauh! Dari laptop, surf internet, layan lagu. Sempat lagi tu aku siapkan satu bab untuk 1 4 3.

Ish... ish... ish... Aku ni sakit ke main-main?