Saturday, 6 December 2008

Macam mana eja cirit-birit in English?



D.I.A.R.R.H.E.A.

Dari 4.am tadi aku sakit perut. Sebenarnya mula-mula aku mimpi yang aku sakit perut. Lanjut pula ke realiti bila aku terjaga. Aku ingat angin aja. Rupanya memang sakit perut! Memulas-mulas! Entah sebab nasi goreng ayam madu dari pasar malam tu ke? Atau air soya ke? Atau biskut jem ke? Tapi perut aku sakit sangat! Macam kena toreh dari dalam. Dua kali aku ke tandas sebelum dapat sambung tidur semula.

Bangun pagi tu, aku siap-siap pergi kerja. Sempat juga ke tandas satu round lagi.Ingat dah OK. Kalau tak OK pun, nanti sampai opis boleh pergi klinik panel, ambil M.C. Aku memang jarang sakit sampai kena pergi klinik dan ambil M.C. Ini pun kali pertama sejak 6 bulan dulu.

Aku dah naik tren pun bila perut memulas balik. Tak boleh jadi! Aku patah balik ke rumah dan terus ajak housemate teman aku pergi klinik. Aku terpaksa sms manager kata aku nak pergi klinik ambil M.C. Sepatutnya call, lagi senang. Tapi kredit aku insufficient. Dalam sakit-sakit tu, boleh pula aku fikir: macam mana eja cirit-birit in English? D.I.A.R.R...? D.I.A.O.R.H...? Kalau sms cirit-birit tu tak sedap pula bunyinya. Jijik pun ada. Kelakar pun ya... Tanya housemate aku kalau-kalau dia ada kamus dwibahasa. Tapi dia ada kamus Dewan aja. Dalam muka berkerut-kerut tu, aku type ejaan tu dalam Word 2003 pada laptop housemate aku yang sedia terpasang. Betullah ejaannya D.I.A.R.R.H.E.A. Terus aku hantar sms tu. Selamat...

Terus aja aku ke klinik dengan housemate. Tapi klinik pun belum buka lagi! Aduh...

Aku ke 7-E untuk reload dan call manager. Lancar aja cakap, "Saya cirit-birit..." di telefon. Padahal tadi dalam sms beria-ria sangat nak lapik bahasa! Memang tak sedap bunyinya...

Pergi klinik semula, pun belum buka lagi. Tak apa, tahan sikit... dan kemudian aku datang semula ke klinik dalam jam 9.30. Sempat juga aku ke tandas lagi sebelum tu. Di klinik, tunggu punya tunggu, nurse kata doktor lambat masuk sebab doktor tu doktor ganti. Doktor lokum. ALAMAK!

Nurse offer aku ambil ubat dulu. Dia suruh aku datang lagi petang nanti untuk ambil M.C. Sebabnya doktor mesti check dulu sebelum beri M.C. Aku balik, makan ubat dan sempat juga habiskan baca Bila Nystah Kata Tak Mahu. Lepas tu, tidur.

Sebenarnya aku ni sakit ke tak?

Bangun semula around 3p.m dan pergi klinik. TUTUP! Rabu nanti baru buka semula! Balik kampung raya haji pula doktornya... Tunggulah sampai Rabu nanti baru dapat M.C.

Nasib... nasib...

Tak apalah, perut aku pun dah kurang memulas. Tapi sakitnya masih terasa. Tambah lagi dengan migraine dan lemah-lemah badan. Rasa nak demamlah pula...

Aku gagahkan juga diri menghadap laptop. Badan ni tak boleh manja-manja sangat. Lagipun bosan pula sebab housemate aku keluar ke Carrefour masa aku tidur tadi. Aku tinggal seorang. Dah sakit, takkan daya nak berjalan jauh-jauh! Dari laptop, surf internet, layan lagu. Sempat lagi tu aku siapkan satu bab untuk 1 4 3.

Ish... ish... ish... Aku ni sakit ke main-main?

4 comments:

childlike84 said...

hahaha tak sangka hang pun ada maslaah mengeja perkataan ni..aku dr dulu konpius cam nk eja..

nzard said...

diarrhoea is the right clinical term, without O is also usable in English.lenkali sebut je CB....hihihi....

cik saloma said...

inche pingu, panggilan manje dye dlm BM cibi la.ahahah.

haliza hasin said...

sama la macam kisah aku pagi ni. Semalam aku mc pergi klinik gomen Au2...biasalah dorg ni mmg x kan stated kat kertas mc tuh apa skit kita mcm klinik swasta. Dah tuh pgi ni aku kena isi form...kat bhgian remark tuh aku termanggu kjap....nk tulis C.I.R.I.T B.I.R.I.T ke..bos aku cina...mmg x sedap sangat. aku tau nk sebut in english tapi eja mmg x tau...punya la aku taip cari kat google ' cirit birit dalam english'..tup tup kuar blog ni hahahahaha...mmg lawak btol.