Monday, 28 December 2009

Puisi Mati




Bila.
Mana.
Bagaimana.
Aku. Kau. Dia. Setiap kita. Semuanya.
Ketentuan sebuah kepastian.
Sudah tentu.
Memang pasti.
Tak kurang.
Tak lebih.
Mati.
Dan kembali.

Apa yang kau takutkan?

Wednesday, 23 December 2009

My Life So Far....

So, this was the TOP 20 To-do List for my 2009 (in no particular order):

1. finish up 1 4 3 and get it publish.

2. serialise Kiki No.5

3. start work on B

4. DATE SOME(MORE THAN)ONE

5. start saving for my TABUNG KAHWIN

6. get a promotion OR get a better job

7. get my driver's license

8. get a makeover

9. read ONE book a month

10.buy a new bag

11.buy a pair of sunglasses

12.buy more jeans and/or khakis

13.complete my Singer's Advantage programme

14.get L.U.V.E scripted for TV serial

15.gain more weight (at least until I'm 65kg) while exercising regularly

16.write a poem (or monologue) and recite it in front of an audience

17.act in a play

18.improve on my English and polish my Bahasa Melayu

19.jaga solat

20.MEET LISA SURIHANI!

Now, let's see whot I have accomplished throughout 2009, okay?

1. finish up 1 4 3 and get it publish. --> ALHAMDULILLAH. I have managed to submit the manuscript in September (ye ke?). Amidst busy schedule and dillydallying, 1 4 3 berjaya ku habiskan juga! Setahun lebih, beb, nak mengerjakan sekuel ni! All in all, ku rasa penulisan ku semakin baik dan lancar. Banyak yang ku perlu belajar lagi. InsyaALLAH akan ku usahakan juga. Risik-risik dengan JS, khabarnya Februari nanti akan lahirlah 1 4 3 selaku kembar berjarak setahun lebih dengan L.U.V.E. InsyaALLAH.

2. serialise Kiki No.5. --> Hurm. Memang ku dah berjaya bikin beberapa episod untuk Kiki. No.5 ni. Tapi biasalah. Motivasi belum cukup kuat untuk mendorong ku menulis lagi. Mungkin tunggu 1 4 3 siap 100% barulah boleh fokus. Plus, I've been secretly working on a secret project with a secret group of secret friends... so, semuanya SECRET! Tak boleh kasitau anda. SYHHHHHH!

Para pembaca Kiki No.5, MAAF banyak banyak banyak! Ku sangat berterima kasih dengan sokongan anda. Ku perlu masa untuk meneruskannya nanti. Ku perlu semangat! Tiupkan kepada ku. FUH! FUH! FUH!

Plus, yang sama untuk siri Ada & Evan. Tolong!

3. start work on B. --> tak start sepatah haram pun. It's supposed to be my first children's book. Tapi, belum sampai seru lagi. Bayang-bayang dah ada.... InsyaALLAH.

4. DATE SOME(MORE THAN)ONE --> NO. Going out with a girl on a lunch break is NOT considered as a date! Plus, she didn't have mutual feelings for me. She was attached with someone else. Plus, we just had nasi ayam. How romantic can that be? NO. It was not a date.

Well, didn't managed to secure any date throughout 2009. Sad kah? I don't think so. I managed to conpensate the loneliness with numerous outings with my dear friends. THANK GOD I have them! Lepak gilerbabs sampai pagi. Pergi jalan-jalan. Shopping. Main futsal. Trip to Sarawak.

Perlukah ku ada girlfriend dulu untuk nikmati semua tu? TAK!

5. start saving for my TABUNG KAHWIN. --> Er, let's skip this. But anyhow, my wedding date is set to 21st December 2012.

6. get a promotion OR get a better job. --> ALHAMDULILLAH. Masuk 2009 dulu sudah naik pangkat jadi XXX di XXX, walaupun terpaksa pindah ke XXX. Tanggungjawab lebih besar. Amanahnya lebih mencabar. Ku akan terus usaha untuk perbaiki diri. InsyaALLAH.

Ku juga sedang menimbang kemungkinan untuk masa depan yang lebih cerah. A greener pasture, hopefully. DOAKAN.

7. get my driver's license. --> Sudah ada perancangan, belum ada kesempatan.

8. get a makeover. --> Adalah some wardrobe changes. Tak pakai uniform dah. Rambut sentiasa bertukar stail. Kulit ku semakin gelap lantaran berjalan kaki ke tempat kerja. Lain-lain? Kahwin dengan ku baru tau. Huahuahua.

9. read ONE book a month. --> Semakin galak membeli buku. Hampir setiap kali dapat gaji beli buku. Hampir setiap kali itulah, buku yang diibeli tak sempat dibaca. Ceh! InsyaALLAH. Akan diselitkan masa santai untuk membaca selain menulis. Tapi rasanya, memang tiap-tiap hari pun baca buku. Cuma tak habis....

10.buy a new bag. --> Ada beli beg hitam. Bukan. Karung hitam.

11.buy a pair of sunglasses. --> Baru beli minggu lepas semata-mata untuk trip ke Sarawak. Oh, tak. Masa Raya dulu pun ada beli tapi dah pecah! Jadi beli yang baharu. Oh, tak juga. Jeff belanja ku. Spek hitam itu hadiah percuma dengan topi santai bila dibeli bersama satu majalah dari Australia tu. Jadi sebenarnya, ku dibelikan majalah itu oleh Jeff sebelum mendapatkan spek dan topi itu. Apakah?

12.buy more jeans and/or khakis. --> Sudah terlebih jeans pula. Khakis tak beli langsung. Belum ada yang berkenan. Tengoklah kalau dapat bonus nanti. Huahuahuahua.

13.complete my Singer's Advantage programme. --> Menyanyi dalam bilik mandi ajalah.

14.get L.U.V.E scripted for TV serial. --> Sudah siap satu episod. Ku akan ikut kursus penulisan skrip datang Januari nanti. InsyaALLAH. Memang rumit menterjemah isi buku kepada pandangan layar. Tapi ku rasa seronok! Ku akan cuba siapkan untuk satu musim. Plus dicocok-cocok rasa cemburu secara positif terhadap Nazurah Aishah's Rahsia Hati Sofea dan Hlovate's 5T5B (ke aA+bB?) yang sudah dirisik stesen tv.... Ku pun mahu!!!

15.gain more weight (at least until I'm 65kg) while exercising regularly. --> Kali terakhir timbang berat ialah 61.8kg.

16.write a poem (or monologue) and recite it in front of an audience. --> Memang banyak menulis puisi sepanjang 2009. Entahlah. Ku sudah sangap gamaknya. Tapi, Hafiz Hambali telah beri ku peluang untuk perform puisi-puisi ku di khalayak majlis hari lahirnya Oktober lalu.

Cuak!

Berkat sokongan teman-teman dan back-up akustik dari Amerju, ku berjaya melunaskan impian itu. Ku telah persembahkan Gudnite, sweet luv, Hari-hari Cinta dan entah-apa-satu-lagi-puisi-ku-tak-ingat. Ku nyanyikan Gudnite, sweet luv juga. Gila!!! Tak pernah-pernah menyanyi solo!!! Memang sangap!

17.act in a play. --> tak sempat.

18.improve on my English and polish my Bahasa Melayu. --> It's an ongoing process. Always something new to learn.

19.jaga solat. --> ALHAMDULILLAH. Solat ku kian terjaga. Seboleh mungkin ku akan tepati waktu solat. Banyak kali dapat berjemaah. Beberapa kali jadi imam. Ku perlu belajar lagi. Kuatkan semangat untuk terus baiki diri. InsyaALLAH. Nak jadi suami orang, katanya. Huahuahuahua.

20.MEET LISA SURIHANI! --> WAH! Memang tercapai! Masa tu keluar makan. Kebetulan Lisa Surihani shooting satu episod 3 Janda di restoran kegemaran ku. WAH! Pencapaian yang tak disangka-sangka! Tapi, ku lihat dari jauh aja. Pakaian ku pun tak senonoh masa tu. Ada ke patut pakai baju tidur nak jumpa Lisa Surihani! Sungguh ku tak berketrampilan!

Tamau jatuh imej depan Lisa Surihani idamanku, katanya. Huahuahua.

Dapat makan di restoran yang dia shooting pun, jadilah....

Oh, ada beberapa kali juga mimpikan Lisa Surihani. Mimpi biasa aja, okay. Tak ada yang lebih-lebih. Kami masih menjaga tatasusila hubungan lelaki-perempuan dan adat penuh ketimuran, katanya. Huahuahuahua.

Ya. Begitulah 2009 ku. Ku sedang mengatur TOP2O untuk 2010. Jadinya nanti TOP2010, boleh?

Overall, ku ingin tahun 2010 yang lebih baik lagi. InsyaALLAH.

Thursday, 26 November 2009

Rumah No. 54


Ini projek kawan ku di UK, Lutfi Amri of the I'm Yours (Malay version)'s fame. Ku tolong hebahkan untuk promo. Kepada anda, silalah sokong dengan melawat sini.

Macam menarik, kan?

Owh, boleh juga ikut perkembangannya di senarai link E-Novel. Thanks very much!

Wednesday, 25 November 2009

Me: Autobiography Of a Penguin



Bila korang kena tagged, isi dan post balik dlm new notes korang sebagai "my autobiography" dan sile guna korang pnye jawapan sendirik, bukan tiru eh. kemudian tag 21 kawan korang termasuk saye ye. kalo takda 21 kawan..? hmm sian korang. ;p


1. Where did you take your profile pic?
Photoshopped by a friend of a friend

2. What exactly are you wearing right now?
Seluar pendek warna jingga

3. What is your current problem?
Terlebih jiwang

4. What makes you happy most?
Being in love? No, money! Loads of 'em!

5. What's the name of the song that you're listening to?
Ehsas Gedid by Nancy Ajram, pengaruh rakan tak sebaya AJ

6. Any celeb you would marry?
Lisa Surihani. Seleb sangat kew dia?

7. Name someone with the same birthday as you?
Will Chalker, international model

8. Ever sang in front of a large audience? s
huahuahua. Pengalaman yang sangat menyentapkan

9. Has anyone ever said you look like a celebrity?
Macam YBhg Dato’ Sri Farid Ridzuan... macam haram!

10. Do you still watch kiddie movies or kiddie TV shows?
Don't watch tv that much nowadays

11. Do you speak any languages?
Malay, English, a lil bit of French, Urbanese, bahasa jiwa bangsa...

12.Do you ever watch MTV?
Tak

Chapter 1:
=====================

1. Middle name:
Halim

2. Nickname(s) (for friends)
Pingu, Lem

3. Current location
in bed

4. Eye color:
hitam tak berapa nak jadi


Chapter 2:
=====================

Do you get along well with your parents?
Love them!


Chapter 3: Favorites
==========================

1. Ice cream
Peppermint & chocolate chips

2. Shampoo/conditioner:
Clear for men. Walaupun nama saya bukan Rain

Chapter 4: Do You...
===========================

1. Dance in the shower?
Yep. Ikut mood

2. Do you write on your hand?
Tak

3. Call people back?
If pompuan yang tak dikenali, yes.

4. Believe in love?
Apa iteww?

5. Any mental health issues?
Sedikit tak betul di beberapa ketika. Like, now. Ya, memang aku gila! Aku gilakan kau! Mwahahaha!

Chapter 5: Have You..
=============================

1. Broken a bone?
Belum lagi. Jauhkan.

2. Sprained anything?
Celah kangkang masa darjah enam. Tengkuk masa final year.

3. Had physical therapy?
Beberapa kali. Urut kampung.

4. Gotten stitches
Kat dahi, kena zink.

5. Taken painkillers?
Beberapa kali tanpa ku sedari...

HOW I END MY SENTENCES
===============================

1. I love: Lisa Surihani, huahuahua

2. I don't understand: love

3. When I wake up in the morning: I tido balik

4. Life is full of: stories, love stories

5. I get annoyed very quickly when: people asked the same question over and over again

6. Parties are: for beautiful people

7. Dogs are: loyal

8. Cats are: irresponsibly cute

9. Tomorrow is: another day

10. I have a low tolerance for: orang kencing tak basuh & kencing bersepah

11. If I had a million dollars I would: quit work and write, write, write.

12. I'm totally terrified of: LOVE! Er, commitment?

Tuesday, 24 November 2009

Love, never-told


It is a secret
but everybody knows
never uttered
but oh, how it shows!
it is felt
without touch
but it aches so much
it is kept
without cage
never surrendering to age
forever yours
but can never be mine
like a body without soul
love, never-told

Sunday, 22 November 2009

Surat Cinta Ku (Love Letter to Self)



Dearest kau,
Jangan terkejut
Yang ku beritahu ini sudah kau tahu
Sejak dulu lagi
Setiap detik dan minit dan jam dan hari dan bulan dan tahun
Dan kini
Sampai bila-bila
Jangan lupa
Ku selalu ingat
Ku jatuh, kau sambut
Kau menangis, ku tenangkan
Ku ketawa, kau juga
Kau menyanyi, ku menari
Ku gembira, kau bahagia
Ku lalai, kau kejutkan
Kau ingat
Ku tak lupa
Kita selalu
Kau tahu, kau mesti tahu
Tiada yang lain lagi
I love you
Sampai kau jumpa dia....
I love you too.
Yang benar,
Ku

Wednesday, 4 November 2009

Ku VS. Uth


Ku
Nama – Pingu Toha
Umur 19
Cute
Sawo matang
Rambut pendek, lurus
62kg, 168sm
Pakai spek
Preppy
Suka warna pink, putih, coklat
Ulat buku
Kerja di kedai buku
Family kat Kuala Lipis, with three other siblings
Boleh menyanyi sikit-sikit
Can’t drive
Can’t swim
Sangat-sangat suka kucing
Suka cerita hantu
Kuat makan
Gila french fries!
Living alone in an apartment
Doesn’t smoke
Femes
Stammer
Talented

Single
Uth
Nama – RAHSIA, by blood oath
Umur 25
Above average handsome
Fair
Rambut loose curl, panjang
65kg, 175sm
Tak pakai spek
Stylo
Alah dengan warna pink, suka warna merah
Tak minat sangat membaca
Tidak bekerja di kedai buku
Family kat Ipoh, anak tunggal
Sangat boleh menyanyi banyak-banyak
Speed demon
Can’t swim
Allergic to cats
Tak suka cerita hantu
Kuat makan
Biasa-biasa aja....
Living together with his housemates, in a condo
Doesn’t smoke
Low profile
Smooth talker
Talentederest

Taken

Thursday, 22 October 2009

Poems for my friends

Got these old poems from my old blog.

This one's for Via [4.45AM, 4 Mei 2006]

[Kita Sama Manusia]

Saat kacau
yang terpendam jadi rahsia
meletuskan imaji yang bermacam
kalau kau mahu…menangislah
lepaskan semua
jangan sembunyi lagi
kerna mereka tak akan mengerti
sama juga aku
tapi aku hulurkan sapu tangan
dan keringkan air matamu
menunggu kau tenang
ceritakan…
betapa yang kau lalui
kau rasai
kau tanggungi
aku mengerti
kerna bahasanya emosi
dan kita sama manusia
punya hati
yang bisa berkongsi


This was dedicated to Una.... [6.02PM, 24 April 2006]

[Adanya kamu...]

Kita kan saling meninggalkan
kisah kita nanti pasti berbeda
ikut jalanan takdirnya
yang menyatukan
cuma kita adalah teman
kau tak bisa menyusuliku
aku tak tahu mengatur langkah ke depan
lalu kita jalan berganding
sama berpimpin tangan
kita tersenyum, tertawa
pernah kita menangis, kecewa
tapi di sisiku ada kamu
dan kau menompang di bahuku

aku mengenalmu
seperti melihat diriku dalam cermin
tapi senyummu lebih manis
kalau takdir kita tak bersua lagi
berjauh sekadar di mata
dalam hatiku tetap kamu

aku ingat akan senyummu.


Yang ni untuk Ririn, [2.02AM, 25 April 2006]

[Warna Pelangi]

Hari mendung
rintik hujan terbit di kaca
kita di jendela
kau bertanya sendiri: di mana matahari ?
cahaya di balik awan
pecah jadi pelangi tujuh warna
kau bertanya lagi: di mana hujungnya ?
dari hatiku ke hatimu, jawabku
tapi warnanya...
...dari matamu
...bicaramu
...senyummu
...tawamu
...sedihmu
...harapanmu
...cintamu
tersimpul satu
jadi dirimu.


Yang ni untuk Nia, kot? [3.43AM, 4 Mei 2006]

[Projeksi Memori Silih Berganti]

Memandang ke langit
di sana hamparan bintang
mengisi vakum
aku seorang
mengira detik, saat, minit, jam yang berlalu
dan terus bertanya:
apa yang patut aku buat ?
detik
saat
minit
jam
terus berlalu
projeksi memori silih berganti
terpampang hidupku
aku tak biasa menghakimi
apakah hidupku boleh diertikan
sebagai sebuah kehidupan yang biasa ?
kesilapan
peluang
harapan
takdir
jadi simpang-simpang jalan
yang mana harus kupilih ?
berpatah balik ?
terus ke depan ?
ke jalan berliku ?
atau terus menunggu ?
projeksi memori silih berganti
detik
saat
minit
jam
terus berlalu
di mana aku ?

Thursday, 15 October 2009

Ke bintang (untuk Alcyone)



Mengapa kau tinggi di langit?
Hanya di malam yang mengulit
Kau biar ku senyum pahit
Di bumi dengan harap yang secubit
Siang yang mencuit
Kau hilang dari terbit
Aku sakit.

Thursday, 8 October 2009

Aku takut....

Aku rasa aku bodoh
(dan orang akan kata, kau memang bodoh)
Tapi aku tak tahu
(dan orang akan kata, kau memang bodoh)
Aku tak faham pun
(dan orang akan kata, kau yang tak mahu faham)
Aku tanya,
Patutkah
Perlukah
Haruskah
Betulkah
Tak
Tak
Tak
Tak
Atau aku tipu diri sendiri?
Aku takut....
(dan orang akan kata, kau memang pengecut)

Aku takut....

Wednesday, 7 October 2009

Dua



Biar...
Aku berkata-kata sendiri
Aku lepaskan segala memori
Tapi,
Kau tak akan terbang pergi
Aku sayapmu yang satu lagi.

Sunday, 4 October 2009

A lullaby (to a certain someone)




Where did it hurt?
Tell me, it’s okay, I’ll keep it a secret
When did you last cry?
Tell me and let me hush the nightmare good-bye
Lull in the goodnight
Don’t be scared, I’m right here by your side
Sleep
The dreams are yours to keep.

Thursday, 1 October 2009

Untuk Perpisahan

pic from http://ricardovillagran.com



Selamat tinggal....

Jangan ucapkan itu
Kalau esok belum datang

Bila kan kita berjumpa lagi?

Jangan tanya itu
Kalau hatimu tak berjanji

Sayang....

Jangan pandang aku begitu
Kalau nanti kau berpaling pergi

Sabarlah....

Jangan menangis
Kalau kau biarkan aku jua

Maafkan....

Jangan salahkan aku
Kalau aku tak sanggup lagi

Tunggu....

Jangan pernah kau kembali
Kalau nanti kau tinggalkan aku lagi

Aku lepaskan kau, supaya aku bebas
Goodbye.

Monday, 28 September 2009

Ada & Evan

Ada & Evan. Siri baru e-novel ku. It's just something that I need to get out from my head. Just for the fun of it. InsyaALLAH akan ada susulan. Ku sedang usahakan bersama Kiki No. 5. And L.U.V.E the TV series as well. 2-3 projek sekali harung... boleh ke? Ku dah berjaya dengan 1 4 3, guna kaedah ni juga. 3 cerita diselang-seli. InsyaALLAH tak kan dapat writer's block. Kalau stuck dengan Ada & Evan, ada Kiki No.5 yang back up. Kalau Kiki No. 5 tak jalan, ada L.U.V.E the TV series.

Banyak penulis yang menulis cara begini. Ku cuba.

Plus, I'm freaking nervous about 1 4 3!

Let's just see how it goes.
Kalau nak baca Ada & Evan, klik sini. Terima kasih.

Friday, 18 September 2009

Dari buai di laman kampung...

Petang tadi sudah beli the last piece to complete my raya wardrobe - capal ASADI! Bentuknya unik macam capal asli tapi diperbuat dari phylon yang sebangsa dengan bahan mentah jenama CROCS kot? Harga pun murah... tak sampai RM15. Yang penting, buatan Malaysia!

Raya ni, pakai baju melayu teluk belanga dari dua tahun lepas, warna emas. Yang baru just songkok tinggi 14 inci dengan kain pelikat that can double as kain sampin. Okaylah tu...

Yang lain, beli untuk mama - tudung, papa - kain pelikat and Uwoy - selendang.

Dan pakaian biasa yang akan dipakai menjelang 1 Oktober as required by the HQ. Casual wear until further notice.

Sekarang tengah hujan renyai-renyai. Ku duduk atas buai di laman rumah Opah. Tunggu relatives lain yang masih on the way.

Esok hari last puasa....

Tak sabar nak raya!

Tapi ku kembali ke opis Rabu ni!!!!

But at least, dapat juga beraya dengan famili on the first day, kan? Alhamdulillah.

InsyaALLAH, tahun depan kita berpuasa dan beraya lagi. Ku mau tingkatkan kualiti puasa ku! Tambah lagi ibadat ku! Meriahkan lagi raya ku!

Until next year, EID MUBARAK!

Maaf setulus zahir & seikhlas batin.

Wednesday, 16 September 2009

Setahun selepas L.U.V.E




8 September dulu dah genap L.U.V.E setahun di pasaran. Alhamdulillah, Kaksu & Kakyah cakap L.U.V.E dah masuk cetakan kedua. Kiranya, terjual juga L.U.V.E. Alhamdulillah.

Apa agaknya perasaan ku?

Ku teruja!

Ada orang sudi baca L.U.V.E. Ada orang sudi beli L.U.V.E. Ada orang sudi kasi review untuk L.U.V.E. Ada yang sokong. Ada yang buat dono aja. Tipulah kalau ku cakap ku tak kisah. Tapi yang penting, ku tahu apa yang ku tulis tu, itulah seadanya ku.

Ku seorang realist.

Apa yang ku tulis adalah apa yang ku lihat, dengar, rasa, cakap, buat sehari-hari. Semuanya cerita tentang orang betul yang ada di sekeliling ku. Ku pun masih belajar tentang hidup. Umur pun baru 19, kan?

Kalau orang nak kata ku tersasar ke, tak matang ke, dua bintang ke... tak apa. Yang penting, ku ambil kata-kata tu buat pengeras semangat dan peringatan yang banyak lagi perlu ku belajar dan kenali.

Kalau orang nak kata ku bagus, unik, lima bintang pun... tak apa. Ku ambil semua tu sebagai azimat untuk terus berusaha. Ku mungkin tak dapat jadi yang terbaik, tapi ku akan cuba lakukan dengan lebih baik.

Ku orang biasa.

Ku tulis pun benda-benda biasa aja.

Anyways, ku akan terus menulis. I don't care whot people say about me so long as it isn't true.

Dan setahun selepas L.U.V.E., tunggulah 1 4 3. InsyaALLAH.

Wednesday, 9 September 2009

Akhirnya.... sambung lagi.


from Emerald Treasures


Salam,

Memang dah lama ku nak menulis di blog ni. Sibuk dengan kerja. Hidup sedang lintang-pukang. Tak ada mood. Fesbuk. Tak tahu apa nak tulis. Sibuk baca buku orang lain. Tak ada apa nak update. Tengok wayang. Sibuk dengan 1 4 3. Sakit. Writer's block. Dan paling utama - MALAS.

But anyways, hidup mesti jalan!

1 4 3 dah submit pada Kaksu dan Kakyah untuk penilaian.

Kiki No. 5 Bab 4 baru publish kat http://kikinombor5.blogspot.com/ Insya-ALLAH, nanti ku akan sambung menulis Kiki No. 5 sebab 1 4 3 dah siap. Perancangannya nak publish satu bab setiap satu minggu. Yang ku tulis tu bukan final version tapi draf mentah yang nanti akan diuli bila dah siap semuanya. Kalau nak publish ke print version, tunggulah!

Dah masuk 10 hari terakhir Ramadan, kan? Semoga makin bertambah amal kita dan melimpah rahmat-NYA untuk kita. Sama-samalah kita, okey!

Insya-ALLAH, ku akan terus menulis dan update blog ni, bila-bila yang patut.

P/S: Ku dah jumpa seorang perempuan baju ungu. Suzanna. Orang panggil dia Sue. Ada juga panggil dia Ana. Dia part-time model.

Haha!

Friday, 17 April 2009

Kiki No. 5, Bab 3

Hi people!

Kiki No. 5, Bab 3 dah saya publish. Alhamdulillah. Ilham datang dengan agak lancar. Syukur kepada-Nya.

Anda boleh baca di sini.

Esok saya akan berada di KL International Book Fair 2009 di PWTC, dari jam 10 pagi sampai 6 petang. InsyaALLAH. Sabtu depan pun begitu juga. Tapi jangan kecewa kalau saya ni indah khabar dari rupa....

Anyways, untuk info lebih lanjut, boleh dapatkan di laman web Jemari Seni.

Wish me luck!

And love you all! :)

Friday, 10 April 2009

Kiki No. 5, Bab 2

Hullo all!

Sorry sebab dah lama dah update this blog. I've been busy with my daytime job. And during the nights, I prefer to work on my current project, 1 4 3. Or most of the time just lazying around and checking my Facebook... hehe!

Anyhow, my writer's block dah semakin terhakis temboknya. I have managed to finish a few chapters for 1 4 3 and revive Kiki No. 5.

The new chapter for Kiki No. 5 has been published here. Happy reading!

P/S: Doakan saya ilham banyak-banyak! Thanks and love you all!!!

Wednesday, 4 March 2009

Open Project Ku: Maroon 5's Sunday Morning

Mengambil inisiatif dari Lutfi Amri's Open Project: I'm Yours, ku nak try my own version of my favourite English songs in Malay.

Well, maybe I won't be singing the Malay version like what Am did... just maybe (I've been practising though... hehe!). But I want to try my best at translating the lyrics first.

Will you people help me?

This is the song:




The English version:

Sunday morning rain is falling
Steal some covers share some skin
Clouds are shrouding us in moments unforgettable
You twist to fit the mold that I am in

But things just get so crazy
Living life gets hard to do
And I would gladly hit the road
Get up and go if I knew
That someday it would lead me back to you
That someday it would lead me back to you

That may be all I need
In darkness she is all I see
Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
And I never want to leave

Fingers trace your every outline
Paint a picture with my hands
And back and forth we sway
Like branches in a storm
Change of weather
Still together when it ends
That may be all I need
In darkness she is all I see
Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
And I never want to leave

But things just get so crazy
Living life gets hard to do
Sunday morning rain is falling
And I'm calling out to you
Singing someday it will bring me back to you
Find a way to bring myself back home to you

You may not know
That may be all I need
In darkness she is all I see
Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
Driving slow, yeah yeah, oh yeah yeah
Oh yeah yeah, oh yeah yeah
Oh yeah yeah, oh yeah yeah
Oh yeah yeah, oh yeah yeah

There's a flower in your hair
I'm a flower in your hair

Oh yeah yeah, oh yeah yeah
Oh yeah yeah, oh yeah yeah
Whoa, yeah


The Malay version (for the first few verses):

Pagi Ahad hujan turun
...
awan jadi selimut untuk ku dan kamu
kita berdua kan selalu bersama

tapi hidup ini gila
banyak yang menduga
ingin sekali ku kembara
jelajah seluruh dunia
moga nanti ku kembali padamu
moga nanti ku kembali padamu

mungkin segala yang ku mahu
hanya engkau di mataku
kembali kau ke dakapanku
aku dan kamu bersama selalu
tak rela jauh darimu


...Tolong sambung, boleh?

Friday, 20 February 2009

I'm Yours (Malay version)



Taken from Lutfi Amri's Pagi Hari di Durham. We collaborated on translating the original English lyrics.

*Lirik versi final dari Open Project : I’m Yours
*Lirik major dari Amri dan Pingu Toha (that's moi!)
*Turut serta: Naz, Ads4Bucks, Kak Dijah, Zeah, Fariz, Awin & the aliens

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta

Monday, 9 February 2009

Dear,



Dear,
The feelings I felt for you
The memories I had with you
It’s all about you

Dear,
My breath, my every heartbeat
My thought, every second of it
My life, for as long as I live
Is with you

But the love that I kept away from you, dear
Is mine and mine only
For you…

The wonderful you

Always

Tuesday, 27 January 2009

Lamun



Aku baring dan pandang ke atas
dan aku lamunkan kau
kau menari atas siling langit
bintang-bintang jadi spotlight
aku lamunkan kau
mengocak air laut
dari bot ombak
kau senyum dengan matamu
aku lamunkan kau
baring mendepa tangan atas padang hijau
ada bunga-bunga dandelion terbang
kau tidur dalam mimpi-mimpi syurga
aku lamunkan kau
untuk meneman aku di sisi
dalam dakapku yang terus memandang ke atas
untuk bulan
untuk bintang
untuk langit
untuk semesta
hadiah buatmu
kalau kau ada untukku… lamunku.

Sunday, 25 January 2009

Hari-hari Cinta




Isnin itu hari baru untuk mengharap
Selasa, letakkan matamu pada pandangan dunia dan lihat
Antara 3.3 bilion perempuan dan 3.4 bilion lelaki
Ada satu untuk seorang
Untuk cinta…
Nanti Rabu, “Hi, can we be friends?”
Khamis boleh pasang angan-angan untuk kata, “I think I love you.”
Jumaat akan dapat jawapannya,
“I love you too.”

Tapi patutkah kita ucap ‘good-bye’ di hari Sabtu?
‘Good-bye’ untuk “I’m with someone.”
‘Good-bye’ untuk “It’s not you, it’s me.”
‘Good-bye’ untuk “I don’t love you.”
‘Good-bye’ untuk “We can still be friends.”

Supaya ada Ahad untuk menangis…

Tolong beri aku satu lagi hari!
Sebab esok akan datang Isnin.
Tolong beri aku satu lagi hari, boleh?

Tapi Isnin itu esok.

Oh, well…

p/s: This is not a Valentine's Day punya poem, okay?

Friday, 2 January 2009

To-do List of 2009

So, here we go. The TOP 20 To-do List for my 2009 (in no particular order):

1. finish up 1 4 3 and get it publish.

2. serialise Kiki No.5

3. start work on B

4. DATE SOME(MORE THAN)ONE

5. start saving for my TABUNG KAHWIN

6. get a promotion OR get a better job

7. get my driver's license

8. get a makeover

9. read ONE book a month

10.buy a new bag

11.buy a pair of sunglasses

12.buy more jeans and/or khakis

13.complete my Singer's Advantage programme

14.get L.U.V.E scripted for TV serial

15.gain more weight (at least until I'm 65kg) while exercising regularly

16.write a poem (or monologue) and recite it in front of an audience

17.act in a play

18.improve on my English and polish my Bahasa Melayu

19.jaga solat

20.MEET LISA SURIHANI!