Tuesday, 27 January 2009

Lamun



Aku baring dan pandang ke atas
dan aku lamunkan kau
kau menari atas siling langit
bintang-bintang jadi spotlight
aku lamunkan kau
mengocak air laut
dari bot ombak
kau senyum dengan matamu
aku lamunkan kau
baring mendepa tangan atas padang hijau
ada bunga-bunga dandelion terbang
kau tidur dalam mimpi-mimpi syurga
aku lamunkan kau
untuk meneman aku di sisi
dalam dakapku yang terus memandang ke atas
untuk bulan
untuk bintang
untuk langit
untuk semesta
hadiah buatmu
kalau kau ada untukku… lamunku.

1 comment:

alia said...

:D

ngelamun ye...

lisa surihani lagi ker???