Monday, 28 December 2009

Puisi Mati




Bila.
Mana.
Bagaimana.
Aku. Kau. Dia. Setiap kita. Semuanya.
Ketentuan sebuah kepastian.
Sudah tentu.
Memang pasti.
Tak kurang.
Tak lebih.
Mati.
Dan kembali.

Apa yang kau takutkan?

Wednesday, 23 December 2009

My Life So Far....

So, this was the TOP 20 To-do List for my 2009 (in no particular order):

1. finish up 1 4 3 and get it publish.

2. serialise Kiki No.5

3. start work on B

4. DATE SOME(MORE THAN)ONE

5. start saving for my TABUNG KAHWIN

6. get a promotion OR get a better job

7. get my driver's license

8. get a makeover

9. read ONE book a month

10.buy a new bag

11.buy a pair of sunglasses

12.buy more jeans and/or khakis

13.complete my Singer's Advantage programme

14.get L.U.V.E scripted for TV serial

15.gain more weight (at least until I'm 65kg) while exercising regularly

16.write a poem (or monologue) and recite it in front of an audience

17.act in a play

18.improve on my English and polish my Bahasa Melayu

19.jaga solat

20.MEET LISA SURIHANI!

Now, let's see whot I have accomplished throughout 2009, okay?

1. finish up 1 4 3 and get it publish. --> ALHAMDULILLAH. I have managed to submit the manuscript in September (ye ke?). Amidst busy schedule and dillydallying, 1 4 3 berjaya ku habiskan juga! Setahun lebih, beb, nak mengerjakan sekuel ni! All in all, ku rasa penulisan ku semakin baik dan lancar. Banyak yang ku perlu belajar lagi. InsyaALLAH akan ku usahakan juga. Risik-risik dengan JS, khabarnya Februari nanti akan lahirlah 1 4 3 selaku kembar berjarak setahun lebih dengan L.U.V.E. InsyaALLAH.

2. serialise Kiki No.5. --> Hurm. Memang ku dah berjaya bikin beberapa episod untuk Kiki. No.5 ni. Tapi biasalah. Motivasi belum cukup kuat untuk mendorong ku menulis lagi. Mungkin tunggu 1 4 3 siap 100% barulah boleh fokus. Plus, I've been secretly working on a secret project with a secret group of secret friends... so, semuanya SECRET! Tak boleh kasitau anda. SYHHHHHH!

Para pembaca Kiki No.5, MAAF banyak banyak banyak! Ku sangat berterima kasih dengan sokongan anda. Ku perlu masa untuk meneruskannya nanti. Ku perlu semangat! Tiupkan kepada ku. FUH! FUH! FUH!

Plus, yang sama untuk siri Ada & Evan. Tolong!

3. start work on B. --> tak start sepatah haram pun. It's supposed to be my first children's book. Tapi, belum sampai seru lagi. Bayang-bayang dah ada.... InsyaALLAH.

4. DATE SOME(MORE THAN)ONE --> NO. Going out with a girl on a lunch break is NOT considered as a date! Plus, she didn't have mutual feelings for me. She was attached with someone else. Plus, we just had nasi ayam. How romantic can that be? NO. It was not a date.

Well, didn't managed to secure any date throughout 2009. Sad kah? I don't think so. I managed to conpensate the loneliness with numerous outings with my dear friends. THANK GOD I have them! Lepak gilerbabs sampai pagi. Pergi jalan-jalan. Shopping. Main futsal. Trip to Sarawak.

Perlukah ku ada girlfriend dulu untuk nikmati semua tu? TAK!

5. start saving for my TABUNG KAHWIN. --> Er, let's skip this. But anyhow, my wedding date is set to 21st December 2012.

6. get a promotion OR get a better job. --> ALHAMDULILLAH. Masuk 2009 dulu sudah naik pangkat jadi XXX di XXX, walaupun terpaksa pindah ke XXX. Tanggungjawab lebih besar. Amanahnya lebih mencabar. Ku akan terus usaha untuk perbaiki diri. InsyaALLAH.

Ku juga sedang menimbang kemungkinan untuk masa depan yang lebih cerah. A greener pasture, hopefully. DOAKAN.

7. get my driver's license. --> Sudah ada perancangan, belum ada kesempatan.

8. get a makeover. --> Adalah some wardrobe changes. Tak pakai uniform dah. Rambut sentiasa bertukar stail. Kulit ku semakin gelap lantaran berjalan kaki ke tempat kerja. Lain-lain? Kahwin dengan ku baru tau. Huahuahua.

9. read ONE book a month. --> Semakin galak membeli buku. Hampir setiap kali dapat gaji beli buku. Hampir setiap kali itulah, buku yang diibeli tak sempat dibaca. Ceh! InsyaALLAH. Akan diselitkan masa santai untuk membaca selain menulis. Tapi rasanya, memang tiap-tiap hari pun baca buku. Cuma tak habis....

10.buy a new bag. --> Ada beli beg hitam. Bukan. Karung hitam.

11.buy a pair of sunglasses. --> Baru beli minggu lepas semata-mata untuk trip ke Sarawak. Oh, tak. Masa Raya dulu pun ada beli tapi dah pecah! Jadi beli yang baharu. Oh, tak juga. Jeff belanja ku. Spek hitam itu hadiah percuma dengan topi santai bila dibeli bersama satu majalah dari Australia tu. Jadi sebenarnya, ku dibelikan majalah itu oleh Jeff sebelum mendapatkan spek dan topi itu. Apakah?

12.buy more jeans and/or khakis. --> Sudah terlebih jeans pula. Khakis tak beli langsung. Belum ada yang berkenan. Tengoklah kalau dapat bonus nanti. Huahuahuahua.

13.complete my Singer's Advantage programme. --> Menyanyi dalam bilik mandi ajalah.

14.get L.U.V.E scripted for TV serial. --> Sudah siap satu episod. Ku akan ikut kursus penulisan skrip datang Januari nanti. InsyaALLAH. Memang rumit menterjemah isi buku kepada pandangan layar. Tapi ku rasa seronok! Ku akan cuba siapkan untuk satu musim. Plus dicocok-cocok rasa cemburu secara positif terhadap Nazurah Aishah's Rahsia Hati Sofea dan Hlovate's 5T5B (ke aA+bB?) yang sudah dirisik stesen tv.... Ku pun mahu!!!

15.gain more weight (at least until I'm 65kg) while exercising regularly. --> Kali terakhir timbang berat ialah 61.8kg.

16.write a poem (or monologue) and recite it in front of an audience. --> Memang banyak menulis puisi sepanjang 2009. Entahlah. Ku sudah sangap gamaknya. Tapi, Hafiz Hambali telah beri ku peluang untuk perform puisi-puisi ku di khalayak majlis hari lahirnya Oktober lalu.

Cuak!

Berkat sokongan teman-teman dan back-up akustik dari Amerju, ku berjaya melunaskan impian itu. Ku telah persembahkan Gudnite, sweet luv, Hari-hari Cinta dan entah-apa-satu-lagi-puisi-ku-tak-ingat. Ku nyanyikan Gudnite, sweet luv juga. Gila!!! Tak pernah-pernah menyanyi solo!!! Memang sangap!

17.act in a play. --> tak sempat.

18.improve on my English and polish my Bahasa Melayu. --> It's an ongoing process. Always something new to learn.

19.jaga solat. --> ALHAMDULILLAH. Solat ku kian terjaga. Seboleh mungkin ku akan tepati waktu solat. Banyak kali dapat berjemaah. Beberapa kali jadi imam. Ku perlu belajar lagi. Kuatkan semangat untuk terus baiki diri. InsyaALLAH. Nak jadi suami orang, katanya. Huahuahuahua.

20.MEET LISA SURIHANI! --> WAH! Memang tercapai! Masa tu keluar makan. Kebetulan Lisa Surihani shooting satu episod 3 Janda di restoran kegemaran ku. WAH! Pencapaian yang tak disangka-sangka! Tapi, ku lihat dari jauh aja. Pakaian ku pun tak senonoh masa tu. Ada ke patut pakai baju tidur nak jumpa Lisa Surihani! Sungguh ku tak berketrampilan!

Tamau jatuh imej depan Lisa Surihani idamanku, katanya. Huahuahua.

Dapat makan di restoran yang dia shooting pun, jadilah....

Oh, ada beberapa kali juga mimpikan Lisa Surihani. Mimpi biasa aja, okay. Tak ada yang lebih-lebih. Kami masih menjaga tatasusila hubungan lelaki-perempuan dan adat penuh ketimuran, katanya. Huahuahuahua.

Ya. Begitulah 2009 ku. Ku sedang mengatur TOP2O untuk 2010. Jadinya nanti TOP2010, boleh?

Overall, ku ingin tahun 2010 yang lebih baik lagi. InsyaALLAH.