L


Ini lanjutan daripada post status ku di Facebook:

Semalam, waktu ku beli burger-daging-cheese-tamau-sayur, ada sa-orang gadis bertanya kepada teman sembangnya (budak laki-laki tak sebaya); 'Mengapa lelaki suka permainkan perasaan perempuan?' Budak laki-laki belum baligh itu dengan selambanya jawab; 'Sebab perempuan ramai sangat kat dunia ni.'

Boleh?

Ku tak mau mengulas jawapan budak itu. Terpulang kepada beliau yang menjawab. Kalau nak tanya dengan lanjut, cari lah beliau.

Kerna, dalam hati ku jawab; 'Kalau tak (lelaki mainkan perasaan perempuan), tak ada lah novel cinta.'

Boleh?

Kemudian pada status itu, ada yang bertanya; 'how about perempuan mainkan perasaan lelaki?'

Bagaimana?

Jarang ada novel cinta Melayu yang ditulis daripada perspektif laki-laki yang dipermainkan perempuan, kan? Atau memang tiada satu pun? Lalu ku dicabar ntuk menulis itu.

Gila!

Ku belum (harap-harap tak akan pernah) dipermain perempuan! Ku tak tahu bagaimanakah rasanya derita itu. Tak akan ku fahami juga.

Jadi ku tanya kalian di luar sana; pernahkah anda (perempuan) permainkan lelaki? Iaitu bila si laki-laki jadi LOSER. Iaitu bila perempuan tak lagi jadi LEMAH semata-mata. Boleh?

P/S: entri ini agak negatif, kan?

Comments

arissa said…
Tak pernah...dan mungkin tak akan pernah...
ayamloveduck said…
pernah cuba memainkan sesorang sebab berulang ulang kali ditipu oleh nya...but half way thru x sampai hati, knowing that bukan dia yang akan terluka but his fiance.
Harith Ali said…
Ku mahu terima cabaran itu, boleh kah?
ku terimalah cabaran tu?? boleh??
barulah thrill...hehehe
Pingu Toha said…
ayamloveduck, sesunggohnya anda maseh punya hati yang suci. :)

harith, erks! watak fiksi mau mencoba??? dengan siapakah?

setem, ku terpaksa geleng kepala. huahuahua
ku , jangan lah nama dengan L lagi ya??
Pingu Toha said…
setem, maksud anda?