Wednesday, 28 April 2010

Mari Menulis Novel Cinta

[Entri ini adalah kontra kepada Lutfi Amri's Mari Membuang Masa]



Prolog

Mula-mula duduk depan komputer.

Bab 1

Fikirkan tajuk novel anda. Kalau boleh jangan babitkan perkataan cinta, sayang, rindu, hati, asmara, kasih dan sebagainya.

Contoh yang ku gunakan: CUTE!

Bab 2

Wujudkan nama watak-watak utama anda - seorang lelaki dan seorang perempuan. Nama-nama itu hendaklah mudah disebut, memorable dan bermakna. Nama itu sendiri akan menjadi kekuatan watak anda. Nama itu sendiri akan menjadi cerita kepada cerita anda.

Amat penting juga ntuk memastikan bahawa kedua-dua watak ini adalah lelaki DAN perempuan, bukan lelaki DENGAN lelaki atau perempuan SAMA perempuan. Jika tidak, penceritaan anda akan jadi songsang pada skala bumi diterbalikkan 180 darjah.

Contoh: Lelaki - Zakhir, nama panggilan; Jack. Perempuan - Julia, nama panggilan; Yaya.

Ciptakan perwatakan watak-watak anda. Contoh:

Zakhir/Jack - 25 tahun, tak kacak tapi cute, kerja di kedai jual bunga/bridal, rambut pacak-pacak, suka makan nasi lemak tanpa sambal.

Julia/Yaya - 25 tahun, tak cantik tapi comel, jurulatih taekwando, rambut panjang-nak-mampos, suka makan cupcake pink.

Bab 3

Fikirkan jalan cerita secara kasar. Contoh:

- Jack selamatkan Yaya dari diganggu dato' gatal.
- Yaya selamatkan Jack dari dibuli mat rempit.
- Jack dan Yaya saling membenci, tak tahu lah sebab apa - will figure this out later.
- Jack nak belajar taekwando, kena buli dengan Yaya.
- Adik Yaya nak kahwin guna khidmat bridal Jack, Jack buli Yaya balik.
- Seorang gadis minat Jack.
- Yaya jeles.
- Ex Yaya nak baik-baik semula.
- Jack jeles.
- Yaya selamatkan Jack dari disabotaj dato' gatal.
- Jack selamatkan Yaya dari diculik mat rempit.
- Jack dan Yaya jatuh cinta pulak....

Bab 4

Mula tulis. Pasang angan-angan tentang rupa cover novel anda.

Bab 5

Tulis. Rangkakan blurp yang catchy. Contoh:

Jack VS. Yaya. Nasi lemak VS. cupcake. Seni susun bunga VS. Seni lipat orang. Cute VS. comel. Cinta VS. benci. Apakah?

Bab 6

Tulis lagi. Siapkan sinopsis yang enigmatik. Give out everything but reveal nothing. (Or should it be the other way around?)

Contoh: Er, sila fikir sendiri sebagai latihan.

Bab 7

Tulis sampai lebam. Boleh lah mula berangan fasal royalti.

Bab 8

Tulis 'and they live happily ever after. The End.' Sila berlatih ntuk sesi autograf/bertemu peminat-yang-sudi di pesta buku akan datang.

Bab 9

Peram. Paling sekejap pun dalam sebulan. Sambil itu, sila banyakkan membaca. Baca lah apa-apa pun - novel cinta orang lain, books on the craft of writing, on editing, majalah, etc. Boleh juga menonton filem atau drama atau pementasan. Kaedah ini dapat membantu anda ntuk melihat hasil penulisan anda (yang sedang diperam) dalam perspektif yang lebih kreatif dan kritis.

Juga paling penting, to take your mind off the work for a little while. Relax! Anda sudah hampir menyiapkan sebuah novel cinta.

Relax. Boleh?

Bab 10

Review hasil peraman anda. Edit. Re-write. Paling kurang, gunakan tempoh satu bulan untuk kerja-kerja edit dan re-writing.

Bab 11

Peram lagi, minimum sebulan. Baca buku banyak-banyak lagi.

Bab 12


Edit. Re-write. Sampai lebam. Sampai boleh tulis 'The End' balik.

Epilog


Jangan ingat kerja anda sudah siap. Hantar manuskrip kepada editor ntuk proses cantas dan/atau penambahbaikan. Bersedialah ntuk menerima kritikan/komen/pandangan ntuk memastikan manuskrip anda mencapai kualiti terbaik.

Think positive. Be positive. Work smart. Write (or re-write) hard.

SIAP!!!

Re-submit to editor. Tunggu novel anda diterbitkan. Teruskan latihan ntuk sesi autograf.

Sudah boleh fikir novel cinta yang baharu.

Setelah novel cinta anda diterbitkan, sila google 'tajuk novel cinta + nama pena anda' ntuk maklumbalas selanjutnya. Anda boleh juga update Facebook dan tunggu Friend Request dari gadis-gadis... ooppss!

Huahuahua

Terima kasih.

9 comments:

Am said...

Ceh, sempat mengeji aku tuh

Pingu Toha said...

HARUS! HUAHUAHUA

airayaya said...

huahh~~ cool ayat terakhir tu! ^^

nanachan said...

THE BEST! ;-))

peace_bbj88 said...

saya serah kan kepada en pingu sahaje menulisnyer ..
saya hanya pandai membace , tidak pandai menulis novel cinta ;D

nufab said...

nice one.. especially part practice sign tu kan... pastu nak kena berangan2 plak... HEBAT!

tukang cop setem said...

terbaik.....!!!

nurnuha said...

waa..saye suka.ini tips yang paling membrangsangkan.

NEA... said...

sye riso klu sye da mle mnulis, en.pingu ta bole cri mkn pas ney... hehehehe... kidding...tade bkat nk mnulis la...bkat mmbce novel en.pingu ad la..hehehe.. nway, pingu toha terbaek!!!!