Wednesday, 21 April 2010

Sedang


WAH! Dewasa ini ku sungguh rajin ntuk update blog! huahuahua

Sebenarnya, ku sedang melatih diri ntuk mewujudkan satu rutin secara harian. Walaupun sekadar satu jam, ku rasa ku perlu biasakan diri ntuk menulis semula. Jadual kerja rasmi ku pun sudah berubah. Bukan lagi pakai syif seperti sebelumnya. Kini ku masuk kerja jam 8 pagi dan pulang jam 5 petang. Keluar rumah seawal 6.45 pagi dan kembali selewat 7 petang. Lima hari seminggu. Jadi sekarang ku hanya ada waktu malam hingga jam12 ntuk menulis. Kecuali ntuk hari-hari minggu di mana ku boleh menulis seharian jika tidak keluar bersosial.

Jadi, ku menulislah!

Rutin ini sebagai prekursor ntuk penulisan ku yang sedang terbengkalai. Yang selalu terjadi kepada ku ialah, apabila ku sudah lama tak menulis, ku akan ambil masa lebih lama ntuk kembali menulis lagi. But once I started, it will be hard for me to stop. A word can be transformed to a dialogue to a conversation to a drama to a chapter to a full-length novel. A commitment.

Ku akan jadi tak tenang kalau tak menulis. Ku sanggup skip sesi futsal/karaoke/late-night-supper/bowling/shopping etc just so I could work on the next chapter. And in between I would either write, re-write or read.

Dan sekarang juga, ku sedang berusaha ntuk menyambung kerja-kerja bertangguh (bukan TERtangguh sebab memang ku sengaja tangguh!) akibat penyakit writer's block ku.

Langkah pertama - cari sebab ntuk menulis. For the time being, ntuk mengisi masa sebelum ku ditugaskan secara rasmi di bawah bahagian kerja ku yang sebetulnya.

Langkah kedua - menulis. Kini ku menulis di blog.

Langkah ketiga - menulis. Er, boleh tak ku betul-betul menulis selepas study ntuk ujian berkomputer LDL ku nanti? (Ya, ku sedang ikut kelas memandu.)

Dan sebenarnya ku sekadar mahu memberitahu yang ku sedang belajar memandu.

huahuahua

No comments: