Wednesday, 30 June 2010

Separuh 2010


Bulan Jun sudah habis. Bermakna separuh tahun 2010 sudah berlalu. Bermakna sebahagian daripada To-Do List ku sepatutnya sudah terlaksana. Ku ambil peluang ini ntuk bikin analisis pencapaian individual ku sepanjang enam bulan 2010 ini.

Awal tahun dulu ku telah tetapkan 20 perkara yang harus ku siapkan atau capai demi hidup ku dalam 2010. These are my Top 2010, again, in no particular order.

1. Finish up Kiki No. 5 and get it published. Sedang diusahakan. My writing have been slow. Those writer's blocks are still clinging onto me. I just can't write properly. My plan is to still get Kiki No. 5 published by the end of this year. InsyaALLAH.

2. Save. At least RM50 a month. Memang ada simpan. Er. Ya. Ada. Er. Hurm. Lalalalalala~

3. Gain more weight. My target - 65kg. Ya, sudah capai 65kg! And more! Perut juga sudah naik. Perlu turunkan ke 64kg. Baru ideal. Harus bersenam juga. Baru cerdas. Akan berusaha ke arah itu.
4. Learn to swim. Belum ada peluang lagi.

5. Get another promotion OR get a BETTER job.
ALHAMDULILLAH. Got myself a BETTER job, with BETTER pay. Sudah masuk bulan ketiga. Masih dalam proses ntuk menyesuaikan diri. Masih perlu banyak belajar. Masih perlu berusaha ntuk baiki diri. InsyaALLAH.

6. Serialised L.U.V.E for TV!
Baru siap satu episod. Ini kerja yang tertangguh. Terpaksa. Atau sebenarnya malas.

7. Start work on Saga Ophir, my very first fantasy novel! Sudah siapkan dua bab awal. Itu sahaja.

8. Learn to play a musical instrument. Gitar kah? Piano kah? Harmonika? Rekoder? Kastanet? Rasa macam nak belajar gamelan. Tapi belum ada kesempatan.

9. Get my driver's license. Dalam proses. Sudah ada kereta. Tapi kasi papa ku pakai dulu di kampung. Myvi SE warna hitam. CCQ 1433. Pendahuluan dengan gaji pertama ku. ALHAMDULILLAH.

Tapi masih perlu dapatkan lesen.

10. Finish up Ada & Evan. Juga dalam proses bersama Kiki No. 5. InsyaALLAH akan menyusul Kiki dalam tahun ini.

11. Buy a camera. Should I?

12. Donate/sedekah more. Sudah ada kemampuan dan rezeki lebih ntuk sedekah. Cuba jadi lebih pemurah.

13. Get published in a magazine/newspaper. Er. Hurm. Lalalalalala~

14. Start my own business. Sedang merancang. Tapi belum ada kelapangan. Nak jual chicken wings. Boleh?

15. Make new friends. Sentiasa cuba menjadi lebih ramah-tamah.

16. Act in a movie/play. Angan-angan ajalah. Muka tak komersial seperti ku tak layak.

17. Buy an electric stove and cook! Nak beli dapur biasa aja. Tapi belum juga beli.

18. Buy/read more books! But first, please finish those piling in your living room, Pingu
. Oh, how I miss reading books! Masih banyak buku sedia ada yang belum sempat dibaca. Mesti baca buku. Paling-paling kurang pun sebuah ntuk sebulan. Mesti cuba.

19. Try to be less annoying/annoyable. Sedang berusaha ke arah itu. Tapi banyak kali juga gagal. huahuahua

20. Fall in love. ERKS? Huahuahuahuahua. And (try to) be in a (serious) relationship. :p Just one word - Anys.

Friday, 18 June 2010

Marah!

It's actually quite easy for me to be angry with people. But I don't really let it out to them. I don't really feel good being angry. I'm uncomfortable with that kind of feeling. It makes me 'jahat'. But it's also not good keeping all rage and frustration inside. It will consume you, eventually.

So when I'm angry at someone, I just play out a scene in my mind. A dramatic one, that is, with me venting all those emotions toward that particular person I'm angry with. Macam dalam filem Hollywood lah! In most of the scenes, someone will end up being all teary, delivering the final line - with the likes of 'I'm leaving' or 'It's all your fault' or 'Are you happy now?' - before slamming the door in the other's face.

Then I feel good. But it doesn't last.

The rage lingers.

And it will be quite some time before I can really get it out of my system.

But the rage lingers. Oftentimes I find myself rewinding back to the scenes. The emotion intensifies.

It's not good. I know.

Many a time, I try not to get angry, not letting the rage gets the best of me. Istighfar banyak-banyak. Cuba faham keadaan orang tu. Try to be positive.

Ku terpaksa pendam. I have to. And the rage lingers. It's not good. I know.

Sunday, 13 June 2010

Pernah Cinta

Kalau ku ucapkan itu...
kan mengertikah engkau?
sanggupkah kau fahami?
bahawa cinta tak semestinya bersatu...
kan terlukakah engkau?
sanggupkah ku menghadapi?
kalau kau bukan untuk ku
kerna ku ucapkan itu...

Seharusnya ku bunuh rasa itu
sebelum pernah kita bertemu
cinta... walaupun pernah
bukan untukmu
bukan juga untuk ku
cinta... walaupun punah.

Saturday, 12 June 2010

Hujan


Hari ini ku mau menulis tentang hujan. Ku suka hujan yang sangat lebat. Lebih bagus yang disertai ribut dan petir. Rasa sangat romantik. Jangan tanya mengapa ku rasa begitu. Ku tak dapat menghuraikan. Memang dari dulu lagi ku rasakan hujan lebat itu romantik.

Mungkinkah sebab rasa sejuk hujan itu sangat-sangat...

Entahlah.

Ku bayangkan ku duduk di atas sofa dekat tingkap kaca, membungkus diri dengan selimut tebal. Di tangan ku ada buku. Ku tak pasang lampu, suram. Hanya ada pancaran kilat. Ada secawan minuman panas. I can't really decide between tea or coffee. Ku baca buku di tangan. Perlahan-lahan, mata ku jadi kuyu. Mengantuk....

Tak boleh! Jangan tidur!

Ku hirup minuman panas. Tea, mildly sweet. Coffee, extra strong. I'll go for tea, in china. Sambil itu ku pandang ke luar, lihat titik-titik hujan di tingkap. Lihat juga yang jauh-jauh dalam kabur - pokok, gunung-ganang. Hujan terus melebat. Ku sentuh tingkap kaca itu. Sejuk.

Oh, asyiknya.

Lalu ku letakkan buku. Ku bongkar diri dari selimut. Ku ke pintu. Lupakan payung atau baju hujan. Ku terus ke laman.

Ku melangkah, bawa diri dalam hujan yang membasah. Kilat memancar macam spotlight. Petir berdentum macam muzik latar.

Ku mandi hujan.

Dan hujan terus turun dengan lebat.

Oh, romantiknya.

Wednesday, 9 June 2010

Pertanyaan serius dari mama


"Lem, mama nak tanya betul-betul ni," kata mama ku waktu ku mengacau inti karipap dalam periuk malam itu. Ku dapat rasakan situasi akan jadi serus dan awkward tak lama lagi. I could sense it. Selalunya macam itulah, bila ku dengan mama.

Saat tu ku sudah boleh agak...

"Lem dah ada girlfriend ke belum?"

Betul kan telahan ku. Tapi aku senyap aja.

"Dah ada ke belum?"

Aku senyap juga. Sah-sah nanti mama ingat ku ni tak lurus. Tapi ku terpaksa senyap, tak jawab. Inti karipap ku terus kacau dengan senduk.

"Kalau belum, nak mama carikan?" tanya mama.

Aku masih senyap. Fokus ku pada inti karipap yang sedang mengewap dalam periuk.

"Ada akak tu, dia ada calon. Cikgu kat Kuantan," kata mama lagi.

"Tak payah lah," jawab ku, begitu saja.

"Dah ada calon sendiri ke? Cantik? Ada agama? Cukup syarat?" Tiga soalan sekali mama tanya.

Ku tak jawab satu pun. Tak terkeluar satu patah kata pun untuk membalas tanya mama tadi. Aku terus senyap. Inti karipap panas ku biar atas dapur. Ku buka langkah ke ruang tamu, mahu tonton Discovery Channel.

Ku tunggu mama goreng karipap.

Mama tak tanya apa-apa lagi.

Dan ku terus senyap.