Hujan


Hari ini ku mau menulis tentang hujan. Ku suka hujan yang sangat lebat. Lebih bagus yang disertai ribut dan petir. Rasa sangat romantik. Jangan tanya mengapa ku rasa begitu. Ku tak dapat menghuraikan. Memang dari dulu lagi ku rasakan hujan lebat itu romantik.

Mungkinkah sebab rasa sejuk hujan itu sangat-sangat...

Entahlah.

Ku bayangkan ku duduk di atas sofa dekat tingkap kaca, membungkus diri dengan selimut tebal. Di tangan ku ada buku. Ku tak pasang lampu, suram. Hanya ada pancaran kilat. Ada secawan minuman panas. I can't really decide between tea or coffee. Ku baca buku di tangan. Perlahan-lahan, mata ku jadi kuyu. Mengantuk....

Tak boleh! Jangan tidur!

Ku hirup minuman panas. Tea, mildly sweet. Coffee, extra strong. I'll go for tea, in china. Sambil itu ku pandang ke luar, lihat titik-titik hujan di tingkap. Lihat juga yang jauh-jauh dalam kabur - pokok, gunung-ganang. Hujan terus melebat. Ku sentuh tingkap kaca itu. Sejuk.

Oh, asyiknya.

Lalu ku letakkan buku. Ku bongkar diri dari selimut. Ku ke pintu. Lupakan payung atau baju hujan. Ku terus ke laman.

Ku melangkah, bawa diri dalam hujan yang membasah. Kilat memancar macam spotlight. Petir berdentum macam muzik latar.

Ku mandi hujan.

Dan hujan terus turun dengan lebat.

Oh, romantiknya.

9 comments:

airayaya said...

Yup! Hujan sangat best! :D

Pingu Toha said...

memang hujan sangat best! teringin mau mandi hujan.

peaceMAKER said...

sedang depang tangan tetiba
BUZZZZZ...
trus keras kene petir.. kihkihkih

Pingu Toha said...

padan muka amannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn huahuahua

peace_bbj88 said...

HUJAN ?
memang best . walaupon zaman kanak2 da berlalu tapi HUJAN zaman kini pon tetap ku rempuhi .
best giler biler dapat main HUJAN ..
tapi , klu de KILAT & berserta GURUH . ku nasihat kan diri ku & semua . lebey baik mandi HUJAN di DALAM bilik air .. SELAMAT ..
>.<

peaceMAKER said...

sy merujuk pada anda..

nurnuha said...

saya sangat suka blog ini!! nk jadi favourite reader.:D

nurnuha said...

oh ye.lupa. saya pun sukakan hujan.:D hujan membuatkan saya rasa...

Sal Sani said...

Tak pernah terfikir situasi hujan boleh jadi romantik sebegini. Thanks sebab membawa imiginasi itu kepada saya.