Surat Cinta Rasmi

I was cleaning my work PC's Recycle Bin when I came across this deleted letter. It was actually written by one of my staff, about a month before I came to the office, for a girl he fell for. They've already broke up. I also found out that another staff sent the same letter to her now-fiance.

I do not change anything here, only the names, to protect his/her privacy.




XXX


YYY

Saudari,

MEMOHON MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KEKASIH SETIA

Dengan penuh hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah salah seorang peminat saudari yang jelitawan lagi budiman, dan saya sudah sekian lama memendam perasaan kasih dan cinta terhadap saudari.

3. Saya telah mendapat nasihat rakan-rakan sepejabat dan doktor peribadi saya dan disahkan sedang menghidapi penyakit angau yang keterlaluan terhadap saudari.

4. Sehubungan itu saya memohon jasa baik saudari agar menimbang permohonan saya untuk menjawat jawatan sebagai kekasih sejati saudari. Saya berjanji akan menjadi seorang kekasih yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga untuk saudari. Selain itu juga, saya berjanji akan mencintai dan menjaga saudari hingga ke akhir hayat saya di dunia ini.

5. Perhatian saudari berhubung permohonan ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan Aku cinta padamu.

“SAYA SAYANG AWAK”
“BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

Sekian,

Yang Jatuh Cinta Padamu,
(XXX)




P/S: Sekarang ku sudah ada rahsia ntuk ugut beliau, kalau beliau pecahkan rahsia ku! HUAHUAHUA

Comments

nanachan said…
Awwww bestnyaaa surat ni :D
wow! len drpd yg len..
sat g wt letter pe yg saudari 2 bls ek..hehe
nurnuha said…
hahaha..kamu kejam ye...tp surat tu mmg menarik..
anys-ann. said…
sweetnyaaa beliau! nak boipren mcmtuuu :D
another way to express ur love.
quite interesting..
two thumbs up!!
Pingu Toha said…
dengar cerita, gadis itu balas surat beliau.

tapi mungkin gadis itu pakai PC lain. so, tak ada bukti.
peaceMAKER said…
tomeinye menjadi seorang beliau.. mesti die sorang yg pemalu (tak sprti anda..)
adalh kuasam tuk anda mengugut beliau sedemikian rupa... anda mmg kejii.......
Pingu Toha said…
amannnnnnnnnnnnnnnnnnn, beliau tak malu langsung.

ku mangsa keadaan. maka ku perlu menuntut bela dengan mengugut beliau.

HUAHUAHUA
NEA... said…
so cute!!!! best nye klu dpt srt cam ney... huhuhu...
Aradolly said…
swwet sungguh :D
love it...
two thumbs up...
still waiting for someone to write "SURAT RASMI CINTA" to me (adakah????)...
really2 want to know how the reply letter sound.. ekekekekeee...

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
janganlah anda bersikap kejam...

HUAHUAHUAHUA
Ad said…
cooo cweeeettt