How To Get Trapped In Someone Else's Relationship


Tajuk di atas, kalau di US atau UK sudah boleh diangkat sebagai judul sebuah novel chic-lit. Tapi ku bukan lah sa-orang penulis chic-lit! HUAHUAHUA

Tapi ku percaya, ramai di antara kita yang menghadapi situasi tersebut, iaitu menjadi mangsa dalam perhubungan orang lain yang bersegi-segi 2-3-6-7-10. Selalunya kita jadi orang yang menjadi tempat orang lain merujuk hal-hal cinta. Dan tanpa mereka sedari, atau memang-dah-tahu-tapi-peduli-apa-ku, atau sekedar i-just-need-you-at-this-mo, kita yang kununnya pakar cinta ini ialah yang selalunya malang dalam percintaan, atau masih single tanpa sebab munasabah, atau sangat clueless fasal cinta, atau yang dianggap tak punya perasaan, atau dalam erti kata lain, ku-ada-masalah-tapi-anda-saorang-yang-free-dan-orang-lain-tak-mahu-dengar-so-tolong-selesaikan-masalah-ku-so-you'll-also-be-miserable.

Ku juga selalu menjadi mangsa keadaan, diletakkan di tengah-tengah, di antara 2-3-5 orang yang mahu-minta-nasihat-tapi-tak-mahu-nasihat-anda-tak-faham-perasaan-ku.

Ku rasa macam main bola chak di mana kita dikelilingi oleh mereka yang bermain sesama sendiri dan bila tak puas hati terus baling bola tu ke ku. APAKAH?

Jadi ku ingin membedah persoalan 'How To Get Trapped In Someone Else's Relationship' sebagai panduan ntuk kita semua mengelak dari kena baling dengan bola chak walaupun yang bermain bola itu orang lain and we're not even included in the fun. Atau dalam erti kata lain mengelak kemungkinan menjadi a shoulder-to-cry-on-sampai-basah-lepas-tu-anda-lap-seniri.

So, how to get trapped in someone else's relationship? These are the criteria involved;

1. anda musti single, atau status diragui
2. average-looking
3. sa-orang penulis
4. kalau laki2, musti lebih ramai kawan ponpuan dan sebaliknya
5. mempunyai credit yang banyak
6. sentiasa boleh dianggap free tanpa mengambilkira apa jua situasi
7. berkebolehan mendengar dan pura-pura mendengar dengan sangat meyakinkan
8. berkebolehan bermonolog secara dalaman
9. boleh selalu online
10. tidak kenal salah-sa-orang daripada pencinta yang terlibat
11. kenal ke2-2 pencinta yang terlibat
12. tidak kenal ke2-2 pencinta yang terlibat (ini kes cari fasal seniri)
13. suka Like status orang lain di Facebook
14. berupaya memberi kata2 nasihat walaupun anda sebenarnya tak faham apa yang anda ucapkan

dan

15. berkebolehan bergegas ke satu sudut yang sepi selepas berjaya menyelesaikan permasalahan cinta orang lain

Jadi, ntuk mengelak getting trapped in someone else's relationship, kita sepatutnya;

1. jangan jadi single
2. musti kacak atau jelita atau sekurang2nya cute
3. jangan jadi penulis, especially penulis novel cinta. Jadi lah pe-something-else
4. bersosial secara seimbang
5. menghabiskan credit anda secepat mungkin selepas di-reload
6. mewajibkan appointment kepada sesiapa yang ingin anda menengar mereka bercakap
7. pandai kata, like, whatever!
8. meroyan secara siaran langsung, setiap kali ada orang datang untuk berkongsi masalah cinta mereka
9. status: invisible
10. jangan add as friend
11. jangan add as friend
12. jangan accept friend suggestion
13. boleh suka Like status orang lain di Facebook tapi jangan comment
14. hanya jawab, er. hurm. lalalalala~

dan

15. berkebolehan bergegas ke satu sudut yang sepi selepas berjaya menyelesaikan permasalahan cinta orang lain (secara terpaksa)

Semoga analisa ini memberikan manfaat ntuk kita. Kepada teman2 ku yang sering menjadikan ku tempat rujukan cinta mereka, sila jangan baling ku dengan bola chak. Ku ekhlas menengar dan membantu kalian. Ku sememangnya mendoakan kebahgiaan kalian. Tapi...

HUAHUAHUA

(terus ke satu sudut yang sepi)

13 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hahahaaa~

tira azhar said...

haha. sampai sekarang aku macam ni lah. trapped in someone else's relationship. bilakah aku akan trapped dalam relationship aku sendiri?

dhiya said...

saya sangat bersetuju dengan post ini. XD

Am said...

SUKA POST INI SEHINGGA AKU MENGGUNAKAN CAPS LOCK.

Konsep bersosial secara seimbang?????

nurnuha said...

sye suke..kerana anda amat memahami betapa begitulah perasaan saye.dan paling menakjubkan kerana anda telah berjaya membuat satu senarai khusus yang juge tetap melibatkan hidup sayee... interesting! love this quote the best part..
"Ku ekhlas mendengar dan membantu kalian. Ku sememangnya mendoakan kebahgiaan kalian. Tapi...
HUAHUAHUA
(terus ke satu sudut yang sepi)"

Melody said...

ehhehhe...i like this post! ;)

fatihah said...

nice post...
langkah ke 6 tu...hmm...wat appointment khusus..kalo klien kaunseling oklah..kalo kawan?depa da anggap kita konselor tak bergaji yg sedia berkhidmat 24 jam...cmno??huhuhu....

Pingu Toha said...

aisumi - HUAHUAHUA

tira - ku juga mempunyai persoalan yang sama

dhiya - THANKSOVERYMUCH

am - konsep bersosial secara seimbang ialah jika anda mempunyai 3 orang kawan laki2, anda msetilah mempunyai 3 orang kawan ponpuan juga.

nuha - :'(

melody - :)))))

fatihah - itu lah gunanya caller ID.

peaceMAKER said...

HUAHUAHUA

nuyul cikin said...

lol.nape la baru skang aku baca ni.. >,<

nzard said...

THIS DESERVE A RE-PUBLISH IN MY FB NOTES!!!! oh, all your novels are not considered chick lit? what is it then? *in case you're confuse, i genuinely want to know the genre and not being sarcastic here*

nzard said...

CRAP, cannot copy-n-paste????????????????????????

peace_bbj88 said...

xleh copy & paste utk d share en3 yang sgt2 menarik nie .. alamak !