BENGKEL PENULISAN: Asas Pembinaan Kreatif 1 (Novel Umum)

Tarikh: 12 Disember 2010
Hari: Ahad

Masa: 9 pagi-5 petang

Tempat: Bandar Baru Bangi

Pengendali Bengkel: Noor Suraya

Jumlah peserta: 20 orang

Bayaran kursus: PERCUMA (dan makanan disediakan)


Penyertaan

Syarat umum

a) Berumur 18 tahun ke atas
b) Berminat dalam penulisan novel dan bersedia untuk menerima pandangan serta kritikan untuk penambahbaikan manuskrip
c) Berminat untuk menulis dan menjadi warga Jemari Seni Publishing
d) Belum pernah ada novel yang diterbitkan atau akan diterbitkan di mana-mana syarikat penerbitan
e) Tidak menunggu mana-mana keputusan penerbitan, daripada mana-mana syarikat penerbitan


Syarat khusus

Memandangkan tempat terhad, sekiranya anda telah memenuhi kriteria a-e, anda perlu menghantar biodata diri (atau resume), sinopsis cerita, dan tiga bab awal untuk dinilai terlebih dahulu ke jemariseni.karya@gmail.com (up: Puan Mariah Mustapha). Pemilihan peserta berdasarkan Jemari Seni Publishing tertarik dengan kebolehan kreatif anda.

Peserta akan mendapat bimbingan bengkel daripada:

Saudara Imaen (Penulis/Editor Kanan)
Saudari Rnysa (Penulis)

Saudara Pingu Toha (Penulis)

Saudari Iman Xara (Penulis)

Puan Mariah Mustapha (Pengurus Penerbitan)



~ Tautan Jemari Sebarkan Seni ~

Comments

.:kiwi:. said…
Salam En. Pingu... krenya sape yg nk join msti dah ada cerita sendiri ke?
err.. tanye je.. tq
Pingu Toha said…
owh. kerna kami akan menggunakan karya anda ntuk dibincangkan dari segi executionnya. maksudnya, kami akan coba membantu anda ntuk menghasilkan karya yang menepati standard Jemari Seni. Boleh?
.:kiwi:. said…
Ohh, gitu. Thanks for the explanation.
nurnuha said…
encik pingu, huwaaa..bukan sudah terlambat ke?sekarang sudah 6hb. tarikh tutup 5/12 kan? :( kenapa post ini bru saya baca pd tarikh tutup penyertaan?
Pingu Toha said…
NUHA, BOLEH COBA. PENYERTAAN MASIH DIBUKA SELAGI BULUM CUKOP PESERTA.

GREAT LUCK!
nurnuha said…
thanks! :D application accepted.yeay~ boley jumpe encik pingu..hahaha