Tak boleh lupa

Sebenarnya tak boleh tidur. Ku menaip entri ini sambil menghabiskan pudding mango yang tak luak kerna picnic ala Ingris yang tak jadi. Oh. Ada & Evan dah siap. Ku akan peram dulu ntuk menyebatikan rempahnya. Idea ntuk Kiki No. 5 sedang beranak-pinak. Ku sudah dapat babak ntuk Bab 18. Kiki No. 5 terpaksa ku organise semula demi memastikan penceritaannya lebih mantap. Alhamdulillah. Ada, Evan, Kiki... mereka sudah mula bercakap dengan ku semula. InsyaALLAH, ku akan siapkan kisah mereka. Ku rindu ntuk lepak di Cafe Marooned dan berjalan-jalan di sekitar Kolej Zulkarnayn. Ku akan sambung kerja ntuk Saga Ophir juga. Rindu sangat pada Alanah dan Firus dan Kama. Ku tak sabar ntuk kembali ke Agia!

Hmm...

Tiba-tiba ku tacing.

Ku tak boleh tidur kerna ku tak boleh lupa, sebenarnya. Entah mengapa ku asyik memikirkan tentang dia. Entah mengapa ku asyik menginginkan dia yang tak mungkin akan jadi milik ku. No. I'm not talking about L.

Dan sebenarnya, ini lah sebab utama ku menulis entri ini. I'm feeling like a loser right now.

Ku memang tak pernah berani ntuk meluahkan perasaan pada sesiapa pun. Ku tak layak. Dan buat masa ini, ku tak bersedia. Ku ingin, tapi ku tak sedia. Ku tak mampu. Ntuk ku bersama dia, itu angan-angan. Itu mimpi yang akan hilang bila ku terjaga dan buat ku tertanya, 'apa mimpi ku tadi?' Ntuk ku bersama dia, ku akan mengorbankan diri ku. Ku harus jadi dewasa. Ku harus jadi lelaki. Ku takkan boleh jadi 19 lagi. Kalau ku bersama dia, pasti ada orang lain yang terluka. Tapi perlukah ku ambil kira bahgia orang lain sehingga terpaksa menidakkan perasaan ku sendiri? Kalau ku bersama dia... pastikah itu?

Apa dia punya perasaan yang sama pada ku?

Apa dia punya cinta ntuk ku?

Apakah ini cinta?

Kalau dia terbaca entri ini, ku tak berharap ntuk dia memahami. Biar lah. Kalau pun dia faham. Entah lah.... Adakah melalui entri ini ku sudah cukup berterus-terang dengannya? Adakah nanti dia akan menerima? Kerna ku tak sanggup ntuk berhadapan dengan kata-kata, 'I'm already with someone... and he's not you.'

ZOMGGGGGGGGGGGGGG KEJADANHYA KU JIWANG TAHAP LOSER NI????

*ke satu sudut yang sepi*

Comments

Am said…
Turut serta di sudut sepi, tapi yang berlainan lah
hanaannais said…
aiyooooooo
just let her know.. atleast dia tau okayyy!
Piah Becok said…
ooo.. kasehan. tapi pendam sorang2 bole jadi gile. baik gitau aje pada si dia, kurang2 dapat jawapan yang pasti walaupon ia menyiat-nyiat hatimu macam daging untuk dibuat serunding.
luahkan dari terus berteka-teki-tekuk dengan diri sendiri. sekurang-kurangnya tau jawapan daripada tertanya-tanya.. good luck =)
Nadewas said…
sighhhhh haihh.
Syaqira K said…
Jiwang ain't a crime Pingu ;)
selipar hijau said…
deyy..bpe byk tye daa..ekekeke
.btwy..mencintai org tnpe org tu get acknwledge,da kira satu pgrbnan yg agak tinggi dalam islam.so,ader jdoh xkemane. tp kena usahala sama..den here goes, the best way of solving probs : TAWAKAL
EttirQ said…
hmm... mengetahui jawapan sebelum terlambat mungkin perit... tapi mengetahui jawapan setelah terlambat lebih tersayat... mgkn dia mmg utk awak... tidak penting dia sudah ada orang lain atau tidak... tapi keberanian anda itu sendiri... tidak salah mencuba.. in case, dye tacing dgn keberanian anda utk merampas... hidup itu satu persaingan... the best will win
hiKaRU said…
knpa aku rasa macam stiap entri ko ni mcm mencerminkan diri aku je..

Yeah..i'm a loser too when it comes bout love..

I hate to love..and love to hate