Friday, 27 January 2012

Whot to do in case of a secret

Entry kali ini agak scandalous. Terlebih dahulu, izinkan ku tanya; apa yang anda akan buat sekiranya anda chanced upon a piece of information that you're not supposed to know, be it baik/buruk, a secret? In your heart, you know that it is something that you cannot share with others, for the best or evilest of purpose but you can't help but to wonder; ku je ke yang tahu pasai mende ni atau sebenarnya I'm (like, always) the last one to know? Would you still keep it a secret? Is it actually a secret? Would you tell the whole world? How would it affect the person(s) involved? Whot would you do?

Whot would I do?

Every now and then, I would, on mere twists of fate or kadang2 meman saje2 getek pi menyiasat, discover some very enlightening/disturbing information on individu tertentu or of strangers yang menyebabkan ku berfikir; kejadahnya ku mendapat maklumat sebegini? 

Selalunya, yang ku dapat tahu itu ianya secret. Tak sepatutnya ku tahu. Tak boleh ku tahu pun. Sebab selalunya, maklumat2 tersebut bersifat terlalu peribadi (bergantung kepada situasi dan individu terlibat) dan boleh mendatangkan haru-biru jika salah cara sanpai dan salah pula cara tafsiran (dalam situasi dan individu berbeza). More often than not, I discovered such 'secrets' on my own, terjumpa celah2 situ, terdengar celah2 sana, ternampak celah2 sinun, tanpa orang lain tahu yang ku tahu. Selalu pun, ku akan sekedar berdiam diri. There are reasons why they are called secrets pun kan? 

So. Whot would I do then? Here are the tips on whot to do in case of a secret, saperti berikut:-

APABILA ANDA MENDAPAT SECRET;

Secara general,

1. comment di laman social (blog, status FB, twit, myspace, friendster) seniri; OMAIGOTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT SIYESLY???

2. pi ke laman social individu terbabit dan comment; hikhik atau hmm..

3. sekiranya secret tersebut tak sepatutnya anda tahu dan anda tahu seniri (secara penyiasatan), sila buat muka saperti di bawah:



4. sekiranya secret tersebut tak sepatutnya anda tahu tapi anda tahu kemudian barulah diberitahu seniri olih penyecret, sila lah buat muka saperti berikut:



5. sekiranya secret tersebut tak sepatutnya anda tahu tapi sebenarnya orang lain dah tahu, sila buat saperti berikut:

*berlari ke satu sudut yang sepi*

atau



6. sekiranya secret tersebut meman sepatutnya anda tahu tapi orang lain pun dah tahu dulu, buat lah saperti berikut:



7. sekiranya secret tersebut hanya anda sa-orang yang tahu, buat lah begini:



8. sekiranya secret tersebut berkaitan dengan anda seniri, begini lah caranya:


atau


9. sekiranya anda ingin memberitahu orang lain akan secret tersebut, diam.

10. sekiranya anda ingin menyebarkan secret tersebut secara semunyi2, tutop mulot.

Wednesday, 25 January 2012

Aftershave: Puan dan Budak Sekolah


So I shaved my goatee and those 3-days stubble. Do I look like a schoolboy to you that you charge me only RM8 for that haircut?

I don't know whether siyesly I do look too young-ish to be taken siyesly.

Anyways, I managed to save RM2 on that haircut.

So I answered the phone on the first ring and dengan sopan santunnya answered you queries. Do I sound like a woman that you asked, 'Dengan siapa saya bercakap ni, puan?'

PUAN???

PUAN?????????

Do I sound like Justin Bieber?

I got that at least once everyday. EVERY. DAY.

And I have to coolly answer, 'Halim. Encik Halim.' EVERY. TIME.

Tuesday, 24 January 2012

Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead~


Ini lah lagu yang menyebabkan ku meroyan di sepanjang perjalanan pergi-balik KL-kg-KL beberapa hari yang lalu. (Tapi degil nak replay2 jugak!)

So....

Love conquers all. Except you.

Wednesday, 18 January 2012

She makes evil look cute

"...and for the next part of my plan I will knock a toy car off the coffee table MUAHAHAHA!"


Tuesday, 17 January 2012

A sneak (bukan sneek, occay) peek (bukan peak) of sebuah roman (cinta) fantasi: Bab 42


Pedang Setia. Bilah kersani yang ditarik keluar dari sarungnya itu membiaskan pandangan mata Alanah. Dia mengecup kristal terani bentuk dua bulan sabit pada pangkal pedang pusaka itu. Hulu Setia digenggam kuat-kuat dengan bilah matanya ke bawah. Alanah merangkul ia, dagunya ditopang ke atas hulu. Dia memejamkan mata. Untuk beberapa ketika dia begitu saja. Alanah sekadar berdiri di tepi peti kayu di hujung kamarnya itu. Yang terdengar hanya senyap dan sunyi. Dan degup hatinya yang sarat. Yang dirasakannya cuma keterpaksaan. Alanah menghirup udara dalam-dalam. Yang diturutkan nanti, perintah. Yang tertanggung ke atasnya, seluruh Ophir. Nafas yang kendur dilepaskan dengan berat.
Lalu Alanah membuka mata. Pedang Setia disimpan kembali ke dalam sarung bertatah bintang bertujuh. Kemudian pedang pusaka Keluarga diRaja Sabak itu dibalut dengan baldu birunya. Alanah meletakkan bungkusan pedang itu ke atas peti kayu. Sekali lagi dia melepaskan nafas yang panjang. Rambut separas pinggang digulung menjadi sanggul. Dia berpaling menghadap isi kamar. Dia bercekak pinggang. Dia mesti bersiap sebelum bertolak ke Seberang Aron. Ke Kota Lestari.
Di pintu, Evene menjengah masuk. Dan tanyanya kepada Alanah, “Ada yang boleh hamba tolong, Engku?”
Alanah membalas itu dengan senyum kecil. Dia tahu banyak lagi hal lain yang harus diberesi Evene. Menterinya itu telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur perjalanan orang-orang Ophir ke Seberang Aron. Begitu juga Adini yang akan membawa perutusan Maharaja Firus ke Kota Nargar di Tanah Merdeheka. Ophir perlu bantuan untuk menghadapi serangan Empayar. Seisi istana punya tugas masing-masing. Alanah tahu itu. Tapi, “Kita boleh buat semuanya sendiri.”
“Dan nanti Engku boleh pergi sendiri, kan?”
“Mengapa Cik Puan tak beriring ikut kita?”
“Orang kita akan ikut Engku,” balas Evene. “Dan Engku akan memimpin mereka.”
“Ke mana? Untuk menunggu khabar... menang atau kalahnya kita, sedang yang lain gugur terkorban? Untuk menunggu tubuh-tubuh tanpa nyawa, berlumur darah itu nanti? Untuk hanya menangisi kepergian mereka?” Jeda. Alanah cuba mengawal emosi. Untuk tenang semula. Dan, “Untuk tak berbuat apa-apa langsung?”
“Engku satu-satunya waris diRaja Sabak yang tinggal. Takkan Engku mahu biar pengorbanan Engku Nenda jadi sia-sia?” Evene mengapungkan senyap. Dia ingin mengertikan semua itu pada Alanah. Dia mahu Alanah sedar dari terus dihanyutkan perasaan. Terus, katanya, “Engku juga nanti yang akan menggantikan Tuanku Firus. Baginda berjuang demi mempertahankan Ophir. Untuk Ophir, Engku mesti selamat. Engku mesti terus hidup.”
“Kita juga boleh pertahankan Ophir.”
Evene menggenggam tangan Alanah. Tangan Puteri Sabak itu terasa dingin. Evene mengeratkan lagi genggamannya. Lalu katanya, “Pertahankan kelangsungan orang kita, Engku. Itu yang mesti Engku lakukan.”
“Kita tak mampu kalau sendiri. Bukan untuk semua ini.” Suara Alanah mencerun bersama pandangan yang ditekur ke lantai kamar. Dia tak pasti apa yang mendatang. Dia tak pasti kalau dia berdaya menghadapinya. Dia tak tahu kalau dia boleh terus hidup sebegitu.
“Engku boleh.”
“Tapi kita tak sanggup.” Untuk pergi begitu saja. Untuk membiarkan segalanya terjadi tanpa dia berbuat apa-apa pun. Untuk terus melalui kehidupan.
“Untuk Ophir, mesti.”
Kata-kata Evene itu memanggil Alanah. Dia mengangkat semua wajahnya. Untuk beberapa ketika, dia sekadar menyambut bicara Evene dengan pandangan. Dia mengejapkan jemarinya dalam genggaman Evene itu. Perlahan-lahan, dia menghimpun keyakinan. Dia boleh. Melaluinya, dia mengumpul kekuatan diri. Dia mesti. Dan dia sedar, dia harus menghadapi perjuangan itu seadanya. Untuk Nenda. Untuk Sabak. Untuk Ophir seluruhnya. Untuk dirinya sendiri. Dia boleh. Dia mesti. Senafas baharu mendegupkan semangatnya semula. Dia akan membawa orang-orang Ophir ke Kota Lestari. “Bagaimana dengan Cik Puan dan yang lainnya?”
“Kami akan menyusul bersama kumpulan yang paling akhir nanti. Tapi Engku mesti sampai ke Kota Lestari dulu. Engku mesti selamat.” Evene meleraikan genggaman tangannya dari Alanah. Dia tersenyum. Kemudian, katanya, “Patik akan menemani Engku kelak. Dan sekarang, biar patik bantu Engku bersiap.”
“Kita dah siap, sebenarnya,” jawab Alanah. Bersama itu ada senyum juga. Dia segera mendapatkan bungkusan baldu biru yang menyimpan Pedang Setia. Pedang itu dikeluarkan semula. Alanah terus mengikat Setia ke pinggangnya.
“Itu saja, Engku?”
Alanah menyeluruhi kamarnya. Tiada lain yang harus dibawa bersama. Tiada lain yang diperlukan. Hanya pedang pusaka itu. Lalu kata Alanah, “Kita perlu Pedang Setia ini saja.”

***

Adini mematikan langkah di ambang laman istana. Mikayla yang ditarik di sisinya ikut berhenti. Barisan penunggang symbrani yang akan mengiringi perjalanan Engku Alanah ke Seberang Aron terus ke hadapan. Ada sepuluh orang semuanya, bersama Tuan Aslan Ezra. Alanah membiarkan mereka mendahuluinya ke gerbang istana. Dia pun sekadar berjalan beriringan dengan Kejora. Tapi nanti dia akan menyusul bersama orang-orang Ophir yang lain untuk ke Kota Lestari. “Jadi kita berpisah di sini, Engku...” tutur Adini bersenggang. Dia langsung melutut dalam sembah hormatnya kepada Puteri Sabak itu. “Izinkan hamba pergi dulu, Engku.”
Alanah mengangkat bahu sahaya pendampingnya supaya Adini berdiri. Dan katanya kepada Adini, “Dini pergi dengan titah tuanku. Alee takkan menghalang. Alee tahu Alee tak boleh ikut.” Di hujung kata itu dia mengulas segaris senyum.
“Dini pergi untuk Ophir.”
“Tapi nanti pulanglah untuk Alee.”
Adini mengangguk. Dia mengemaskan ikatan jubah hitam pemberian Alanah dulu. Kemudian dia naik menunggang Mikayla. Dia menepuk pangkal leher symbrani perang itu. “Sedia, Mikaylaku. Kita lari laju-laju nanti,” bisik Adini. Kepada Alanah, dia menguntum senyum. “Sampai jumpa lagi, Alee,” katanya.
“Kita tunggu.”
Dan Alanah melepaskan Adini pergi dalam pandangannya.

***

Dalam rembang penghujung hari itu, Firus menyeluruhi laman istana dari puncak tangga ke balai penghadapan. Dia lihat barisan penunggang symbrani yang sedang melangkah ke luar kota istana. Itu pengiring Alanah. Mereka menggantung lampu-lampu amra dari tangan mereka untuk menerangi jalannya kelak. Tak lama lagi, Pérmulya yang senja akan menyerah kepada malam dan Alan. Perjalanan itu baru sahaja bermula.
Seorang penunggang berjubah hitam menghambat symbrani perangnya terus ke pintu gerbang. Itu Adini dengan Mikayla. Dia akan ke Kota Nargar, memanggil bantuan orang Nagu di Tanah Merdeheka. Utusan juga telah dihantar untuk bantuan dari kota-kota lain di Tanah Kayang. Mereka akan datang. Untuk Ophir.
Dan kemudian Firus lihat Puteri Sabak itu, Engku Alanah.
Dari atas Kejora tunggangannya, Alanah berpaling ke arah istana. Matanya bersatu dengan pandangan Firus.
Satu.
Dua.
Tiga.
Lalu perlahan-lahan, Alanah memacu symbraninya. Kejora menderap langkah tapak demi tapak. Alanah menetapkan haluannya ke hadapan. Laju dan laju lagi. Perjalanan itu akan diteruskan jua.

Monday, 16 January 2012

5 hari 3 buku

So. I've never done this before, not in writing. But today I'm going to write a (actually three) review(s) for the books that I've read last week. Siyesly. I don't do reviews. Why? Sebab I don't like talking about other people's books as much as I don't like other people talking about my books, well, the kelemahan sides of them that is. Bukan lah ku macam bagus sangat tapi tacing dowh. Penat-penat dah tulis tetiba kena kutuk. Tak ke menusuk ke hati ku? So. Kalau ku mengesan terdapatnya kelemahan dalam buku2 yang ku baca, ku jadikan iktibar kepada diri seniri untuk elakkan dan cuba buat yang lebih baik dengan cara ku seniri. Orang pun tak tacing, sakit hati dan ku pun takyah risau kot2 tertacingkan orang lain sebab kritik2 bagai.

Anyways. Terkujut gak sebab tetiba boleh habiskan 3 buku dalam masa 5 hari. Seems like I had too much free time, huh? Tolak tulis 3 bab ntuk Oh!, tolak karok 2 jam, tolak basuh baju, tolak terlebih tidoq, tolak tak keluar (bukan balik, occay) rumah sanpai maghrib, tolak buang sampah, tolak bagi kucin makan, tolak dah sanpai The Curve lepas tu patah balik sebab tinggal wallet, tolak makan garlic bread, tolak minum nescafe sanpai dua gelas sehari, tolak cirit-birit berlarutan, tolak cek opsyen SBPA, tolak semak minit mesyuarat, tolak buat presentation, tolak pi miting tapi miting dah habis, dan etc, ku masih ada masa ntuk baca 3 buku kot! Peh. Memang tak pernah hayat. 

Tapi itu lah yang berlaku. Sejak2 meroyan ni, macam tadak life. Tapi sebelum meroyan pun meman dah tadak life pun.

Anyways.

Dalam minggu lepas, ku beli 3 buku. Dalam minggu lepas gak, ku habis baca ke3-3 sekali. Well, tak lah baca 3 buku serentak, tapi you get the point kan? Dan tetiba gatai plop tangan nak mengreview buku2 tersebut, just to share my thoughts on them. I'm not a critique, jauh sekali Munsyi DBP, tapi sebagai pembaca yang boleh menjelma sebagai penulis di malam hari, ku rasa macam best je nak kongsi2 pandangan pasai buku2 tersebut.

So, here it goes.



Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan oleh Masdalifadzlie M. Saaid. Ku beli buku ni sebab tertarik dengan buku kedua beliau dalam siri Kembara Lang Surya ni, ianya itu Duyung Pulau Kencana. Maka sa-bulum membaca buku 2, harus lah baca buku 1 kan? Ku beli sekali satu pakej. Buku ni jenis2 fantasi. Ku meman suka. Ku meman suka fantasi yang Melayu. Maksud ku, fantasi yang mengambil ilham daripada ruang lingkup Nusantara kita. Rantau kita ni meman dah sedia kaya dengan macam2 legenda, mitos dan pensejarahan. Tinggal lagi, nak kena ada orang yang berani korek2 dan sanpaikan semula dalam acuan moden; buku, adaptasi ke film, etc. J.R.R Tolkien pun buat macam tu kot! Macam tu gak lah yang Tuan Masdalifadzlie M. Saaid ni buat. Beliau mengambil latar sebuah benua di atas angin, mewarnai ianya dengan rempah-ratus Nusantara dan di dalamnya, terperam kisah watak2 yang pelbagai dari sudut perwatakan, psikologi, motivasi dan susur penceritaannya. Paling best pada ku ialah buka2 buku ni, ada peta Indera Wangsa atas angin nun. Kagum dowh! Sambil baca, ku ulang tinguk peta tu dan dapat bayangkan jejak2 watak di bumi tersebut. Dan penerangan pasai kota2 di Indera Wangsa tu sangat suka ntuk ku perhalusi dan imejin. Best gak dok negeri atas angin ni. Watak yang paling ku suka ialah Cempaka Suri. Sorry, ku meman ada hot spot, eh soft spot terhadap gadis jenis2 ulat buku. Rasanya, pada pandangan ku lah, watak beliau lah yang paling berkembang merentasi ke2-2 buku tersebut. But again, sebab meman ku sebagai gentelman, terpaksa lah memenangkan gadis2. Surya, sorry. You just have to work harder for my affection. 

Anyways. Paling patut dipuji juga ialah penggunaan bahasa jenis2 bangsawan dalam buku ni. Rasa macam baca Sejarah Melayu atau Hikayat Malim Deman dalam versi komik lawan2 Hong Kong. Lebih kurang macam tu lah bahasanya tapi dalam buku ni, bahasanya lebih kemas. Banyak perkataan Melayu jenis2 klasik yang ku pelajari daripada buku ni. And thank God for the glossary too! Permainan bahasa antara watak2 pun cantik. Ada feel dowh! Setiap bab akan diwarnai dengan gambaran alam di benua atas angin tersebut. Perincian budayanya pun menambahkan keunikan kepada buku ni. Bayangkan bagaimana kejadahnya kita boleh meredah salji dengan pakai kain batik je? Mungkin tak logik di bumi, tapi dah kebiasaan di Indera Wangsa dan it is quite believable. Syabas. Paling penting dalam penulisan fantasi ialah kebolehan untuk kita meyakinkan pembaca akan hukum-hakam dalam dunia ciptaan tu boleh terpakai dengan sendirinya berlandaskan realiti fantasi tersebut. Ala2 menegakkan benang yang basah gittew. 

Anyways. Dari 5 bintang, ku petikkan 3. Sebab ku tak puas hati pasai buku ni nipis sangat. Mungkin kalau Tuan Masdalifadzlie M. Saaid boleh bercerita lanjut lagi pasai training si Surya tu lagi best kot. Tapi macam klise sangat kot. And mungkin tumpuan ke dalam inner turmoil si Rimau Seru tu. Owh. Suka gak pada nenek kebayan yang ala2 Yoda tu! Dan buku ini agak bersopan-santun sebab suara yang menceritakannya a.k.a narrator siap minta izin bagai. Di situ kita dapat merasakan yang membaca buku ni tak semestinya secara one-way communication. Ada interactions di antara pembaca dengan penulis/pencerita. Tak lah pulak sanpai ku bercakap dengan buku tersebut, tapi ada persetujuan di antara ku dengan si pencerita bilanya dia nak take lead dalam penceritaan dan bilanya ku mesti bersedia ntuk menerima maklumat2 baharu. Ala. Rasa macam pencerita tersebut sangat sweet sebab caring dengan ku. Hikhik. Eh, tak habis lagi review ni rupanya...



...Sebab ku akan lanjutkan kepada buku ke2, ianya itu Duyung Pulau Kencana. Buku ni jenis2 cetakan terhad macam Ahmad Patria Abdullah's Legenda Numerius yang tak dapat ku rampas dari pasaran. Ada 100 copies je kot. Harap2 Masdalifadzlie M. Saaid akan buat cetakan tambahan sebab buku ni meman best! Yang ni lagi tebal dan meman ku puas membaca ianya. Lagi sekali, meman watak yang ku paling suka ialah Cempaka Suri. Dah lah lawa, ada magis bagai lagi. Misteri pasai Suri ni pun dikupas secara beransur2 dan menyentapkan ku. Tak sangka rupanya beliau.... Anyways. Sekali lagi gak, Tuan Masdalifadzlie M. Saaid berjaya menculik ku dengan rela ke Indera Wangsa. Lagi best sebab ada duyung yang best. Harap2 duyung tersebut akan muncul lagi dalam buku ke3. Watak tersebut sangat berpotensi ntuk dikembangkan dan menambah rencah penceritaan. Satu part yang paling ku suka ialah masa si Suri tu nak menghapuskan sumpahan Mak Katak, Pak Kura, Pak Buaya dengan Mak Kaloi. Rasa macam baca Dan Brown kot! Intellectual suspense gittew! Dan watak baharu yang meninggalkan kesan pada ku ialah Ratu Sroja Biru. Tak tau nak kata beliau ni baik ke jahat. Bulum jelas sangat lagi kot. Tapi yang pentim, wataknya manusia, as in ada dimensi sebagai manusia yang bereaksi secara berbeza ikut bagaimana berbezanya situasi yang dihadapi. Anywas. Dari aspek lain2, ku dah sentuh macam dalam buku 1. Tapi buku 2 ni lebih mantap. Dan ku harap buku 3 lebih2 mantap. Daripada 5 bintang, ku petikkan 4.5 bintang.


Ada satu lagi buku yang ku baca. Ianya itu...


Yang ni karya pertama Nadia Khan. Ku sebenarnya nak cari buku len. Tapi nampak buku ni terus je rembat. Cover menarik. Tajuk pun pelik. And, boy, it was one hell of a roller-coaster ride! Penceritaannya simpel. Bahasa orang KL. Bahasa urban. Watak utama, Amir, sangat complex. Sangat2 ku tak menyangka beliau rupanya begitu sedangkan ku ingat beliau begini. Tengah2 cerita baru lah rahsianya terbongkar. Haram tul Nadia Khan ni! Pandai sunggoh beliau menipu ku. Anyways. Buku ni sangat drama, occay! Kalau bikin drama, lagi lah drama. Tapi macam berat sikit lah nak cari pelakonnya. Mencabar dowh watak Amir tersebut. Plus, buku ni sangat emo. In a good way, that is. Ku rasa setiap watak dalam buku ni sangat kuat. Setiap mereka ada cerita seniri yang meman layak dapat warna len ntuk mewarnai dunia kelabu Amir. Dialognya best. Part paling best rasanya part Amir minum ayer berkarbonat tu. Siyes. Debar2 dowh. Rasa macam tamau lah beliau jadi jahat sanpai macam tu! And part toward the ending pun well executed. Rasa macam ending tergantung dalam kekelabuannya tapi bila kaji2 balik, ku rasa ku boleh tahu siapa pileh siapa.

Dan buku ini telah berjaya (sedikit-sebanyak) menjantan ku. Tahniah lah sangat, Nadia Khan! (And I really mean it in a good way) Ku kasi 4.5 bintang gak lah! (Dari 5, occay!)


So. Itu lah ianya. Sekali bagi review panjang berjela2 gamaknya. Novel ku seniri pun tadapat treatment macamni kot! *sambil merenung Bab 12*

Okokok. Ku sambung siapkan buku ku seniri lah!

Thursday, 12 January 2012

Nyan Cat Galore!

The original Nyan Cat
*nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan nyan~*


A shorter piano cover
*NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN~*


Nyan - The Movie
[for those who dared to dream]

Wednesday, 11 January 2012

FAQ

Ini adalah Amri’s Pingu Toha's Frequently Asked Questions(FAQ) keluaran pertama. FAQ ini ditetapkan sah sehingga 15 Februari 2012.

[Amaran: Ini adalah entry menganjing. Read at your own risk]

1. bila maw kawen?
Entah. Bila dah nikah, kawen lah.

2. bila maw siap novel?
Novel yang manakah?

3. bila maw siap buku baharu?
Lepas siap novel.

4. syiapa L?
Beliau sa-orang gadis.

5. sudah jumpa L?
Bulum. Dan takkan jumpa lagi sebab sudah lupa wajah beliau.

6. Hlovate itu laki2 kah ponpuan kah?
:)

7. syiapa Hlovate?
Kakyah *koma*

8. baju baharu kah?
Tak. Baju lama tapi baru pakai.

9. awak lahir tahun berapa?
1984.

10. SIYES??? - sebab they always thought I'm a bit younger.
*dijawab melalui senyuman kepuasan*

11. mana gepren?
Tanak dah gepren2. Nak kawen terus.

12. Amboi~ pernah dikeciwakan kah?
Amboi~ mulot~

13. awak ni gay kah?
Hikhik *koma*

14. awak pi gym kah?
Tak. Takut.

15. habis. bagaimana kah awak menten?
Menten kah? *sambil merenung pewut*

16. awak dok mana?
Mutiara Damansara je.

17. busy tak sekarang?
Busy. Tapi malas. *habis lah kena kuiri*

18. ko tak join kah?
TAK AJAK. kthnxbai

19. bila nak bertunang?
Kawen pun bulum macamana nak bertunang kot!

20. awak, bila lagi?
RUJUK soalan 1, 2, 3, 11, 19 dan 20.

Ada lagi soalan yang ingin ditanya? Sila tinggalkan di dalam ruangan komen supaya boleh dikompilasikan dalam keluaran kedua kelak.

Tuesday, 10 January 2012

Haiwan Kegemaran Saya

 [Amaran: Ini adalah entry parody. Read at your own risk]

Haiwan kegemaran saya ialah kucin. Kucin ini boleh didapati di mana2 saja di dunia yang fana ini.Bulunya berbulu. Ada juga jenis2 yang tak berbulu saperti contoh spesis sphynx. Muka kucin bermacam2. Kebanyakannya berbentuk saperti kucin.Saya mahu benar memicit-micit perut kucin-kucin ini sambil mengusap-usap ianya. Harap-harap kucin ini tidak akan bermanja balas saperti lembu highland cow dalam blog Lutfi Amri kerana saya takut digeget dan dicakar. 
Badan kucin ini juga tembam dan montel. Tapi saya tidak boleh makan kucin ini kerana dagingnya exotic. Saya hanya mahu jadikan sebagai haiwan peliharaan supaya boleh menenangkan jiwa saya memandang kucin-kucin ini bila saya stress dari kehidupan duniawi ini. 
Kalaulah saya ada banyak duit dan kejiranan saya membenarkan saya membela kucin, saya akan. Saya akan pastikan setiap pagi sebelum saya pergi ke kerja, saya akan memeluk lembu kucin ini terlebih dahulu supaya diberikan kasih sayang sepenuhnya, terutamanya kerana saya ini jauh dari keluarga tersayang.
*tinguk lah dalam HD!!*