Monday, 16 January 2012

5 hari 3 buku

So. I've never done this before, not in writing. But today I'm going to write a (actually three) review(s) for the books that I've read last week. Siyesly. I don't do reviews. Why? Sebab I don't like talking about other people's books as much as I don't like other people talking about my books, well, the kelemahan sides of them that is. Bukan lah ku macam bagus sangat tapi tacing dowh. Penat-penat dah tulis tetiba kena kutuk. Tak ke menusuk ke hati ku? So. Kalau ku mengesan terdapatnya kelemahan dalam buku2 yang ku baca, ku jadikan iktibar kepada diri seniri untuk elakkan dan cuba buat yang lebih baik dengan cara ku seniri. Orang pun tak tacing, sakit hati dan ku pun takyah risau kot2 tertacingkan orang lain sebab kritik2 bagai.

Anyways. Terkujut gak sebab tetiba boleh habiskan 3 buku dalam masa 5 hari. Seems like I had too much free time, huh? Tolak tulis 3 bab ntuk Oh!, tolak karok 2 jam, tolak basuh baju, tolak terlebih tidoq, tolak tak keluar (bukan balik, occay) rumah sanpai maghrib, tolak buang sampah, tolak bagi kucin makan, tolak dah sanpai The Curve lepas tu patah balik sebab tinggal wallet, tolak makan garlic bread, tolak minum nescafe sanpai dua gelas sehari, tolak cirit-birit berlarutan, tolak cek opsyen SBPA, tolak semak minit mesyuarat, tolak buat presentation, tolak pi miting tapi miting dah habis, dan etc, ku masih ada masa ntuk baca 3 buku kot! Peh. Memang tak pernah hayat. 

Tapi itu lah yang berlaku. Sejak2 meroyan ni, macam tadak life. Tapi sebelum meroyan pun meman dah tadak life pun.

Anyways.

Dalam minggu lepas, ku beli 3 buku. Dalam minggu lepas gak, ku habis baca ke3-3 sekali. Well, tak lah baca 3 buku serentak, tapi you get the point kan? Dan tetiba gatai plop tangan nak mengreview buku2 tersebut, just to share my thoughts on them. I'm not a critique, jauh sekali Munsyi DBP, tapi sebagai pembaca yang boleh menjelma sebagai penulis di malam hari, ku rasa macam best je nak kongsi2 pandangan pasai buku2 tersebut.

So, here it goes.



Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan oleh Masdalifadzlie M. Saaid. Ku beli buku ni sebab tertarik dengan buku kedua beliau dalam siri Kembara Lang Surya ni, ianya itu Duyung Pulau Kencana. Maka sa-bulum membaca buku 2, harus lah baca buku 1 kan? Ku beli sekali satu pakej. Buku ni jenis2 fantasi. Ku meman suka. Ku meman suka fantasi yang Melayu. Maksud ku, fantasi yang mengambil ilham daripada ruang lingkup Nusantara kita. Rantau kita ni meman dah sedia kaya dengan macam2 legenda, mitos dan pensejarahan. Tinggal lagi, nak kena ada orang yang berani korek2 dan sanpaikan semula dalam acuan moden; buku, adaptasi ke film, etc. J.R.R Tolkien pun buat macam tu kot! Macam tu gak lah yang Tuan Masdalifadzlie M. Saaid ni buat. Beliau mengambil latar sebuah benua di atas angin, mewarnai ianya dengan rempah-ratus Nusantara dan di dalamnya, terperam kisah watak2 yang pelbagai dari sudut perwatakan, psikologi, motivasi dan susur penceritaannya. Paling best pada ku ialah buka2 buku ni, ada peta Indera Wangsa atas angin nun. Kagum dowh! Sambil baca, ku ulang tinguk peta tu dan dapat bayangkan jejak2 watak di bumi tersebut. Dan penerangan pasai kota2 di Indera Wangsa tu sangat suka ntuk ku perhalusi dan imejin. Best gak dok negeri atas angin ni. Watak yang paling ku suka ialah Cempaka Suri. Sorry, ku meman ada hot spot, eh soft spot terhadap gadis jenis2 ulat buku. Rasanya, pada pandangan ku lah, watak beliau lah yang paling berkembang merentasi ke2-2 buku tersebut. But again, sebab meman ku sebagai gentelman, terpaksa lah memenangkan gadis2. Surya, sorry. You just have to work harder for my affection. 

Anyways. Paling patut dipuji juga ialah penggunaan bahasa jenis2 bangsawan dalam buku ni. Rasa macam baca Sejarah Melayu atau Hikayat Malim Deman dalam versi komik lawan2 Hong Kong. Lebih kurang macam tu lah bahasanya tapi dalam buku ni, bahasanya lebih kemas. Banyak perkataan Melayu jenis2 klasik yang ku pelajari daripada buku ni. And thank God for the glossary too! Permainan bahasa antara watak2 pun cantik. Ada feel dowh! Setiap bab akan diwarnai dengan gambaran alam di benua atas angin tersebut. Perincian budayanya pun menambahkan keunikan kepada buku ni. Bayangkan bagaimana kejadahnya kita boleh meredah salji dengan pakai kain batik je? Mungkin tak logik di bumi, tapi dah kebiasaan di Indera Wangsa dan it is quite believable. Syabas. Paling penting dalam penulisan fantasi ialah kebolehan untuk kita meyakinkan pembaca akan hukum-hakam dalam dunia ciptaan tu boleh terpakai dengan sendirinya berlandaskan realiti fantasi tersebut. Ala2 menegakkan benang yang basah gittew. 

Anyways. Dari 5 bintang, ku petikkan 3. Sebab ku tak puas hati pasai buku ni nipis sangat. Mungkin kalau Tuan Masdalifadzlie M. Saaid boleh bercerita lanjut lagi pasai training si Surya tu lagi best kot. Tapi macam klise sangat kot. And mungkin tumpuan ke dalam inner turmoil si Rimau Seru tu. Owh. Suka gak pada nenek kebayan yang ala2 Yoda tu! Dan buku ini agak bersopan-santun sebab suara yang menceritakannya a.k.a narrator siap minta izin bagai. Di situ kita dapat merasakan yang membaca buku ni tak semestinya secara one-way communication. Ada interactions di antara pembaca dengan penulis/pencerita. Tak lah pulak sanpai ku bercakap dengan buku tersebut, tapi ada persetujuan di antara ku dengan si pencerita bilanya dia nak take lead dalam penceritaan dan bilanya ku mesti bersedia ntuk menerima maklumat2 baharu. Ala. Rasa macam pencerita tersebut sangat sweet sebab caring dengan ku. Hikhik. Eh, tak habis lagi review ni rupanya...



...Sebab ku akan lanjutkan kepada buku ke2, ianya itu Duyung Pulau Kencana. Buku ni jenis2 cetakan terhad macam Ahmad Patria Abdullah's Legenda Numerius yang tak dapat ku rampas dari pasaran. Ada 100 copies je kot. Harap2 Masdalifadzlie M. Saaid akan buat cetakan tambahan sebab buku ni meman best! Yang ni lagi tebal dan meman ku puas membaca ianya. Lagi sekali, meman watak yang ku paling suka ialah Cempaka Suri. Dah lah lawa, ada magis bagai lagi. Misteri pasai Suri ni pun dikupas secara beransur2 dan menyentapkan ku. Tak sangka rupanya beliau.... Anyways. Sekali lagi gak, Tuan Masdalifadzlie M. Saaid berjaya menculik ku dengan rela ke Indera Wangsa. Lagi best sebab ada duyung yang best. Harap2 duyung tersebut akan muncul lagi dalam buku ke3. Watak tersebut sangat berpotensi ntuk dikembangkan dan menambah rencah penceritaan. Satu part yang paling ku suka ialah masa si Suri tu nak menghapuskan sumpahan Mak Katak, Pak Kura, Pak Buaya dengan Mak Kaloi. Rasa macam baca Dan Brown kot! Intellectual suspense gittew! Dan watak baharu yang meninggalkan kesan pada ku ialah Ratu Sroja Biru. Tak tau nak kata beliau ni baik ke jahat. Bulum jelas sangat lagi kot. Tapi yang pentim, wataknya manusia, as in ada dimensi sebagai manusia yang bereaksi secara berbeza ikut bagaimana berbezanya situasi yang dihadapi. Anywas. Dari aspek lain2, ku dah sentuh macam dalam buku 1. Tapi buku 2 ni lebih mantap. Dan ku harap buku 3 lebih2 mantap. Daripada 5 bintang, ku petikkan 4.5 bintang.


Ada satu lagi buku yang ku baca. Ianya itu...


Yang ni karya pertama Nadia Khan. Ku sebenarnya nak cari buku len. Tapi nampak buku ni terus je rembat. Cover menarik. Tajuk pun pelik. And, boy, it was one hell of a roller-coaster ride! Penceritaannya simpel. Bahasa orang KL. Bahasa urban. Watak utama, Amir, sangat complex. Sangat2 ku tak menyangka beliau rupanya begitu sedangkan ku ingat beliau begini. Tengah2 cerita baru lah rahsianya terbongkar. Haram tul Nadia Khan ni! Pandai sunggoh beliau menipu ku. Anyways. Buku ni sangat drama, occay! Kalau bikin drama, lagi lah drama. Tapi macam berat sikit lah nak cari pelakonnya. Mencabar dowh watak Amir tersebut. Plus, buku ni sangat emo. In a good way, that is. Ku rasa setiap watak dalam buku ni sangat kuat. Setiap mereka ada cerita seniri yang meman layak dapat warna len ntuk mewarnai dunia kelabu Amir. Dialognya best. Part paling best rasanya part Amir minum ayer berkarbonat tu. Siyes. Debar2 dowh. Rasa macam tamau lah beliau jadi jahat sanpai macam tu! And part toward the ending pun well executed. Rasa macam ending tergantung dalam kekelabuannya tapi bila kaji2 balik, ku rasa ku boleh tahu siapa pileh siapa.

Dan buku ini telah berjaya (sedikit-sebanyak) menjantan ku. Tahniah lah sangat, Nadia Khan! (And I really mean it in a good way) Ku kasi 4.5 bintang gak lah! (Dari 5, occay!)


So. Itu lah ianya. Sekali bagi review panjang berjela2 gamaknya. Novel ku seniri pun tadapat treatment macamni kot! *sambil merenung Bab 12*

Okokok. Ku sambung siapkan buku ku seniri lah!

6 comments:

Yuda Kaizar Areni said...

i love kembara lang surya :) sdang mencari duyung pulau kenchana juga!!!

shandye. said...

ramai yg bg positive review pasal Kelabu. i pun baru je 1/4 baca. blom abes cuz sibuk sket. its the thickest Fixi book thus far kot. huhu...

=)

Pingu Toha said...

khai, DPK tu kena beli online kat http://inderawangsa.blogspot.com/2011/11/dapatkan-edisi-terhad-sang-duyung-100.html

shandye, kasino pun not bad.

Masdalifadzlie M Saaid said...

Tuan Pingu, terima kasih atas ulasan yang membangkitkan selera pembaca lain. Anda adalah pereviu pertama untuk DPK. Saya sudah pun mengongsikannya di dinding FB saya.

Dan saya juga masih ingat, Yuda Kaizar adalah antara pereviu awal PGK. Untuk makluman, kini tempahan DPK hanya boleh di lakukan di www.gapuraloka.com, kerana saya sudah serahkan hal-hal pembelian kepada Gapuraloka Enterprise.

Terima kasih kerana menyokong karya fantasi saya!

nadia khan said...

thanks for your support! =)

Pingu Toha said...

OMAIGOTOMAIGOTOMAIGOT PENULIS COMMENT BALIK!! OMAIGOTMOAIGOTOMAIGOT!! *koma*