Lagu2 Enggan Move On (atau Day 3 of 30 to 28)



Day 3: Your first love. 

Enggan membuka kepung di dada tentang first love maka menggunakan kekdah mengeji Lutfi Amri melalui parody sambil cuba menafikan bahwa diri masih enggan move on terhadap cinta(2) terdahulu.

Entri ini ditulis sambil-sambil study dan membaca writing thesis yang lama. sebagai parody kepada Lutfi Amri's Lagu-lagu Move On.

Entri ini juga didedikasikan untuk Pingu Toha yang asyik mendengar lagu Someone Like You Lutfi Amri yang masih enggan share minus one lagu The One That Got Away dengan ucapan, “Sila move on” "Pulang lah~". Dan di sini disenaraikan lagu2 enggan move on yang boleh dipilih bersesuaian dengan sebab dan tujuan.

Playlist telah dibuat di Youtube di sini - tidak pandai buat playlist saperti Lutfi Amri, maka abaikan.

#1
Sebab: Diduakan? Ditigakan? Dicinta tigasegikan? Tertipu? Palsu? Tapi tetap setia pada beliau yang satu2nya.
Sila dengar: Beribu Sesalan – Ning, Jac, Shila
Kaedah pendengaran: Bernyanyi sanbil gigih bertukar2 baju demi melakonkan tiga watak berbeza dan menegaskan part; sia2 ku mencintaimu~ setia padamu~ percayakanmu~

#2
Sebab: Sudah tidak mahu peduli dengan ruang tempat yang pernah disentuh olehnya? Namun masih juga enggan mahu move on sa-penuhnya.
Sila dengar: Pulangkan – Misha Omar
Kaedah pendengaran: Bernyanyi dengan mata merah menyala2. Lebih effective jika dapat bertenggek di atas pokok dan seterusnya terbang sanbil mengilai apabila selesai bernyanyi.

#3
Sebab: Ditipu? Lagi? Haish… Tapi tetap maw percaya beliau seadanya
Sila dengar: Love The Way You Lie – Eminem feat. Rihanna
Kaedah pendengaran: Bernyanyi sanbil bakar2 BBQ instead of bakar rumah.

#4
Sebab: Tidak diberikan secukup appresiasi?
Sila dengar: Decorate – Yuna
Kaedah pendengaran: Dengar lagu ini sambil menbaca mesej-mesej lama, stalk beliau di Facebook (buat account baharu lagi bagus). Kemudian makan aiskrim di hujung lagu sanbil menunggu beliau datang ke rumah saperti dalam lagu. Boleh juga dimash-up dengan lagu I Stalk Your Profile olih Jazz Hayat.

#5
Tujuan: Untuk memandang rendah kerana tidak diberi cukup appresiasi atau ditipu (rujuk #1,3,4) paduhal tak syiapa pun pedulik
Sila dengar: All By Myself – Celine Dion
Kaedah pendengaran: *di satu sudut yang sepi*

#6
Tujuan: Membuakkan kemarahan supaya berasa lebih kuat ntuk mencintai beliau
Sila dengar: And I'm Tellin' You I'm Not Going  – Effie White (from The Dreamgirls)
Kaedah pendengaran: *sanbil menjulang oscar*

#7
Tujuan: Menjadikan masa sebagai satu faktor penting dalam kehidupan seharian kerna setiap masa tetap teringat beliau
Sila dengar: Thinking of You – Katy Perry
Kaedah pendengaran: Ini supaya membuang masa dengan terus mengingati beliau sanbil membanding2kan beliau dengan cinta(2) baharu

#8
Tujuan: Lagi lagu enggan move on
Sila dengar: The One That Got Away – Katy Perry jugak
Kaedah pendengaran: Title say it much already! :P

#9
Tujuan: Menyedari subjek perlu dinyahsubjekkan dari minda pada malam ini tetapi sengaja menggagalkan diri
Sila dengar: Bencinta –Faizal Tahir
Kaedah pendengaran: Menggenggam tangan ketika ku benci padamu~ dan membuka tangan pada ku cinta padamu~

#10
Tujuan: Reserve untuk subjek baharu yang lebih baik iaitu tentang beliau juga
Sila dengar: Dia – Fauziah Latif *ttibe*
Kaedah pendengaran: Fikirkan tentang dia. Jika subjek baharu juga tidak berjaya, sila ulang lagu2 di atas. Jika tidak berjaya juga, fikirkan tentang Dia.

Comments

Am said…
Laughing matter aside, the last sentence are indeed a good one ;)


MOTIP enggan move on???????!!
encik pingu.. boleh layan juga lagu Elliott Yamin - Wait for You.. :)