Sesat Dalam Cahaya

Sesat dalam cahaya bermaksud tersalah jalan di waktu siang sebanyak dua kali dalam dua kejadian berasingan. Well~ itu maksud dalam kamus hidup ku hari ini. pft.

Kejadian pertama berlaku ketika ku dalam perjalanan pulang dari sesi mesyuarat kerja Jabatan di Shah Alam ke Damansara (gigih sangat mesyuarat dari Khamis sanpai Sabtu dan balik Ahad kan?). Salepas bekpes dan check-out, bergerak lah dari Shah Alam jam 10.15 dengan niat balik cepat2 senpat lah nak basuh baju bagai. Ternyata niat suci tersebut tidak kesanpaian lantaran kesilapan dan keegoan ku yang tidak gugel jalan balik terlebih dahulu. Memang begitu lah kesilapan yang ku ulang setiap kali ke tempat2 yang bulum pernah ku jejaki - hanya gugel jalan pergi dan lupa gugel jalan balik. Kununnya nak balik ikut Federal tapi pusing punya pusing tak jumpa susur keluar ke lebuhraya tersebut. Ttibe nampak signboard ke Kota Damansara. So, okokok. Dah dekat tu. Masuk jalan tersebut ttibe redah area perkampungan di Subang. Kejadahnya? Dengan hati nan waja, ku teruskan perjalanan jua. Jumpa signboard ke PJ. Okokok. On the way dah tu. Ttibe keluar celah Jalan Klang Lama. Lagi kejadahnya? Akhirnya masuk juga ke Federal. Okokok boleh ikut Sprint. Ttibe terlajak dari susur masuk ke lebuhraya tersebut. MOTIP??? Terpaksa ku menggagahkan diri mencari jalan menelusuri UM, Bangsar sanpai lah ke Lebuhraya Mahameru. Akhirnya, ku temui jalan yang lurus di sepanjang Jalan Duta sanpai lah ke Penchala Link. Ku sanpai ke rumah hampir ke jam 12. SANGAT LAH KEJADAHNYA! Paduhal satelah gugel, rupa2nya ku sudah pusing-patah balik-pusing-patah balik satu Wilayah Persekutuan kot!

Menurot sumber gugel juga, sepatutnya ku boleh sanpai jam 10.45 lagi dah kalau tak sesat dalam cahaya tersebut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, ku telah menggagahkan diri demi janji ntuk support sa-orang teman penulis dan pergi ke Annexe Gallery di Central Market. Janji jam 4. Ku bertolak jam 3.15 dengan harapan ntuk sanpai ngam2 demi mengelak keadaan awkward terpaksa mingle dengan orang2 lebih femes di tempat kejadian. Ku telah gugel jalan ke tempat kejadian dan mendapati jalannya amat mengelirukan. Ku lalu mengambil keputosan ntuk mencoba kekdah ikut jalan potong sana sini saperti yang selalu ku praktikkan apabila berulang-alik dari opis ke cawangan KL yang kebetulan hampir sangat dengan tempat kejadian. Ttibe, ku dengan yakinnya membelok masuk ke jalan lain. Ternyata percatoran tersebut mengakibatkan ku kerugian banyak masa kerna tersangkut di dalam kesesakan maha dasat di tengah2 KL. Demi janji ku, ku gagahi jua dan ku temui semula jalan yang lurus. Ku telah hampir sangat ke tempat kejadian apabila ku menyedari ku tak tahu di mana kah tempat ntuk parkir. Maka ku terpaksa pusing2 sehingga lah ku temui ruang parkir berbayar. Ku tempuh jalan2 kota dengan langkah kaki. Dan ku sanpai jua ke tempat kejadian sekitar jam 5.

Usai event, ku jejaki semula jalan ke tempat parkir tersebut. Ttibe je ku rasa ku terlupa di mana kah ku parkir kereta ku. OMAIGOTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Walau bagaimanapun, atas inisiatif pakai redah je, maka ku temui semula tempat parkir tersebut setelah hampir 45 menit pusing2 sekitar Jalan Petaling, Jalan Tun. H. S. Lee, Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Lekir, jalan sana, jalan sini dan jalan manentah. Hanpir2 ku sesat dalam cahaya senja tersebut.

Balik pun dah nyaris nak sesat dah tadi. pft.

Begitu lah pengalaman ku sesat dalam cahaya. Kesian, harap maklum. 

Bagaimana Saya Kekal Comel Dan Muda Remaja?

Apakah rahasia saya kekal comel, cute, kacak, hensem, katang, merembeskan dan muda remaja, ageless dan immortal?

Well~ *sanbil tiup kuku*

Sudah tentu lah kerana saya sememangnya comel, cute, kacak, hensem, katang, merembeskan dan muda remaja, ageless dan immortal.

*flip hair*

Di bawah ini, disenaraikan beberapa tips penting ntuk kelihatan kekal comel, cute, kacak, hensem, katang, merembeskan dan muda remaja, ageless dan immortal dan jelitew saperti berikut:

1
Selalu berpakaian warna2 ceria dan berwarna-warni terutamanya motip2 stripes, pink, munge2 floral dan pelangi2. Cara berpakai harus lah secara metrosexual dan bermuskel *sanbil menjeling Lutfi Amri*

2
Selalu shave supaya tampak jambu. Salepas shaved, harus lah memakai pakaian berwarna pink ntuk tanpil lebih jambu. Harus juga memotong ranbut secara pesen terkini yang seswai dengan bentuk wajah muka supaya tidak lah nampak kegugoran ranbut yang semankin ketara.

3
Selalu memakan eskem jenis jilat2 dalam bentuk cones dan/atau magnum almond supaya tanpak comel. Harus memegang eskem tersebut dengan ke2-2 belah tangan sanbil memflex muskel.

4
Selalu menengar lagu2 hits lama yang menentang arus perdana tetapi apabila karok menggunakan cover version supaya ada factor WOW!! dan menonjolkan sisi indie muda belia. Bagus juga kalau boleh translate lagu tersebut ke dalam bahasa malay lengkap dengan vidio clip bersama angin sepoi2 bahasa.

5
Coba penetrate Kumpulan Pengurusan & Profesional di jabatan kerajaan dalam usia paling termuda di antara penjawat2 sedia ada di jabatan tersebut (walaupun teman2 lain dah masuk lebih awal *jeling Naz Azly*). Harus juga mengutarakan pandangan2 bersifat Gen-Y demi menonjolkan kumpulan umor yang setahun jagong dan hingus2an.

6
Tidak mengiktiraf gejala k-pop yang bersifat dunia fizikal semata2 demi mempertahankan nilai2 kecantikan melayu dan ketimuran serta menutup aurat dan tidak bertari2 di khalayak umum dengan lagu lip-synch. *harus lah sanbil menjeling Kak Dijay Lee Chong Wey Park*

7
Sering memflex muskel di hadapan chermin dalam bilek semata2 dan tidak mendedahkan aurat tersebut di fb. *terus menjeling Lutfi Amri*

8
Mengaku umor 19 ntuk semua bestday kelak.

Begitu lah beberapa tips penting ntuk kelihatan kekal comel, cute, kacak, hensem, katang, merembeskan dan muda remaja, ageless dan immortal dan jelitew. Renung2kan dan selamat beramal!

Kisah Cinta Seribu Wajah (feat. Maya Iskandar)


 Akhirnya...


Featuring Maya Iskandar - sebuah karya merepek Pingu Toha.

***
Enam belas penulis ‘Keluarga JS’ (Adiwarna & Jemari Seni) bergabung tenaga untuk berbicara fasal cinta dalam antologi lapan belas cerpen berwarna-warni ini. Koleksi cerpen Kisah Cinta Seribu Wajah ini adalah ‘kisah’ yang belum pernah diterbitkan di mana-mana media cetak.

Dengarlah bagaimana penulis bercerita fasal kisah cinta mereka; fasal cinta mereka yang dekat dengannya; atau cinta mengikut pemerhatian dan pengertian mereka. Penulisan berbagai-bagai gaya, latar dan teknik ini eksklusif dipersembahkan buat pembaca ‘Keluarga JS’ sebagai hadiah daripada kami untuk anda.

Inilah mereka – Aidah Bakri. Dihsar Ludba Haqifa. Fatihah Pauzihal. Hafizah Iszahanid. Hafizul Osman. Haswida Abu Bakar. Ijazati Habib. Ika Madera. Imaen. John Norafizan. Kamalia. Misdhiaz. Nazawati. Noor Suraya. Pingu Toha. Szalies.
***
You'll be spoiled with choices;
1. BERIKAN AKU KEKUATAN ITU... (SZALIES)
2. BUKAN SATU KEBETULAN (KAMALIA)
3. CINTA ITU BAHAGIA (AIDAH BAKRI)
4. YANG TERLEWAT (NAZAWATI)
5. KERETA API & FILOSOF CINTA (JOHN NORAFIZAN)
6. LAKSA KAM (HAFIZAH ISZAHANID)
7. MAYA ISKANDAR (PINGU TOHA)  ---------------------------------> ME!!
8. MENUNGGU SALJI (JOHN NORAFIZAN)
9. ZARA AMANDA (AYU HASWIDA)
10. LEO ITU BINTANG KAMU (MISDHIAZ)
11. INI DOSA SIAPA? (IMAEN)
12. LOLA (IKA MADERA)
13. SEPUCUK SURAT CINTA DARI LEMBAH KUNDASANG (NOOR SURAYA)
14. CERITA CINTA BUKU MERAH JAMBU (HAFIZUL OSMAN)
15. ISTERIKU, SEORANG GEISHA (HAFIZUL OSMAN)
16. MENGENANGMU (FATIHAH PAUZHAL)
17. KERANA AKU BERNAMA TASHA (DIHSAR AQIFAH LUDBA)
18. SUJUD SYUKUR KERANA CINTA (IJAZATI HABIB) 
***
First time tulis cerpen kot.