Sunday, 24 June 2012

Sesat Dalam Cahaya

Sesat dalam cahaya bermaksud tersalah jalan di waktu siang sebanyak dua kali dalam dua kejadian berasingan. Well~ itu maksud dalam kamus hidup ku hari ini. pft.

Kejadian pertama berlaku ketika ku dalam perjalanan pulang dari sesi mesyuarat kerja Jabatan di Shah Alam ke Damansara (gigih sangat mesyuarat dari Khamis sanpai Sabtu dan balik Ahad kan?). Salepas bekpes dan check-out, bergerak lah dari Shah Alam jam 10.15 dengan niat balik cepat2 senpat lah nak basuh baju bagai. Ternyata niat suci tersebut tidak kesanpaian lantaran kesilapan dan keegoan ku yang tidak gugel jalan balik terlebih dahulu. Memang begitu lah kesilapan yang ku ulang setiap kali ke tempat2 yang bulum pernah ku jejaki - hanya gugel jalan pergi dan lupa gugel jalan balik. Kununnya nak balik ikut Federal tapi pusing punya pusing tak jumpa susur keluar ke lebuhraya tersebut. Ttibe nampak signboard ke Kota Damansara. So, okokok. Dah dekat tu. Masuk jalan tersebut ttibe redah area perkampungan di Subang. Kejadahnya? Dengan hati nan waja, ku teruskan perjalanan jua. Jumpa signboard ke PJ. Okokok. On the way dah tu. Ttibe keluar celah Jalan Klang Lama. Lagi kejadahnya? Akhirnya masuk juga ke Federal. Okokok boleh ikut Sprint. Ttibe terlajak dari susur masuk ke lebuhraya tersebut. MOTIP??? Terpaksa ku menggagahkan diri mencari jalan menelusuri UM, Bangsar sanpai lah ke Lebuhraya Mahameru. Akhirnya, ku temui jalan yang lurus di sepanjang Jalan Duta sanpai lah ke Penchala Link. Ku sanpai ke rumah hampir ke jam 12. SANGAT LAH KEJADAHNYA! Paduhal satelah gugel, rupa2nya ku sudah pusing-patah balik-pusing-patah balik satu Wilayah Persekutuan kot!

Menurot sumber gugel juga, sepatutnya ku boleh sanpai jam 10.45 lagi dah kalau tak sesat dalam cahaya tersebut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, ku telah menggagahkan diri demi janji ntuk support sa-orang teman penulis dan pergi ke Annexe Gallery di Central Market. Janji jam 4. Ku bertolak jam 3.15 dengan harapan ntuk sanpai ngam2 demi mengelak keadaan awkward terpaksa mingle dengan orang2 lebih femes di tempat kejadian. Ku telah gugel jalan ke tempat kejadian dan mendapati jalannya amat mengelirukan. Ku lalu mengambil keputosan ntuk mencoba kekdah ikut jalan potong sana sini saperti yang selalu ku praktikkan apabila berulang-alik dari opis ke cawangan KL yang kebetulan hampir sangat dengan tempat kejadian. Ttibe, ku dengan yakinnya membelok masuk ke jalan lain. Ternyata percatoran tersebut mengakibatkan ku kerugian banyak masa kerna tersangkut di dalam kesesakan maha dasat di tengah2 KL. Demi janji ku, ku gagahi jua dan ku temui semula jalan yang lurus. Ku telah hampir sangat ke tempat kejadian apabila ku menyedari ku tak tahu di mana kah tempat ntuk parkir. Maka ku terpaksa pusing2 sehingga lah ku temui ruang parkir berbayar. Ku tempuh jalan2 kota dengan langkah kaki. Dan ku sanpai jua ke tempat kejadian sekitar jam 5.

Usai event, ku jejaki semula jalan ke tempat parkir tersebut. Ttibe je ku rasa ku terlupa di mana kah ku parkir kereta ku. OMAIGOTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Walau bagaimanapun, atas inisiatif pakai redah je, maka ku temui semula tempat parkir tersebut setelah hampir 45 menit pusing2 sekitar Jalan Petaling, Jalan Tun. H. S. Lee, Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Lekir, jalan sana, jalan sini dan jalan manentah. Hanpir2 ku sesat dalam cahaya senja tersebut.

Balik pun dah nyaris nak sesat dah tadi. pft.

Begitu lah pengalaman ku sesat dalam cahaya. Kesian, harap maklum. 

3 comments:

Am said...

Blog I dah menjawab persoalan blog u nih :P

Naz said...

Kann?

airayaya said...

jika destinasi anda itu dalam kawasan tren, lebih baik guna kemudahan itu daripada anda melancong satu bandar. sekian.