Kenapa lambat?

"Kenapa lambat?" Dia tanya. Dia tak pandang pun. Wajahnya ke kaca tv. Ku terus berdiri di muka pintu. Ku diam juga. Dia pun diam. Tunggu jawabku. Sudah lama benar dia tunggu. Hujan lebat yang baru mereda masih bersisa dengan hawa dinginnya. Ku sejuk dalam basah kuyup. Masih ku di pintu. Dan dia terus tengok tv. Berita tempatan. Dia tanya lagi, "Kenapa lambat?"

"Maaf..." Perlahan ku ucapkan itu.
"Dah terlambat." 
"Tapi sempat lagi untuk sekali ini saya cakap yang saya cintakan awak." Akhirnya, ku luahkan jua.

Dia berpaling. Tapi ku tiada lagi di muka pintu.

Dari tv, terdengar laporan pemberita, "...mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital..."

p.s. seremmmmmmm tak?

Comments

Naz said…
Dia menonton berita tempatan tv berapa? Tv1 atau Tv2?
Pingu Toha said…
MOTIP PERINCIAN DETAILS SANGAT???
Naz said…
haroslah kena details. barulah dapat menghayati cerita dengan lebih mendalam
Am said…
Baru sahaja membaca post ini.Sejajar dengan tajuk post.
Embun Melati said…
errrr serammm kottt..