Some updates

It has been 123 days since my last entry. I've been meaning to update this blog but was too lazy to write anything. Same goes to my current manuscripts. But I managed to catch up on a deadline and got this published:

Dua versi Kerana Dia, Ratu Sehari. Merah dadu vs Biru Firus. Bungkus cantik lain-lain, isi sama sedap.

Kerana Dia, Ratu Sehari. Antologi kedua yang menampilkan cerpen kedua ku selepas Maya Iskandar dalam Kisah Cinta Seribu Wajah. Untuk Kerana Dia, Ratu Sehari, ku tulis Diari Pengapit. Diari Pengapit adalah satu daripada 40 cerpen yang menampilkan 37 penulis baharu dan lama. Ada 37 penulis dan 40 cerpen. WAH! Tak sangka ku pun terpilih daripada lebih seratus penyertaan. Itu pun selepas saringan kedua. Alhamdulillah. Ada juga rezeki untuk hasilkan satu karya dalam tahun ini. Yang ini ku ikut pesan Kak Su; sekurang-kurangnya tulis dan terbitkan satu karya setahun supaya pembaca tak lupa kita. Maka lahirlah Diari Pengapit. Nak menunggu novel penuh, memang jawabnya baki bawa ke hadapanlah! 

Took me about two weeks to finish the first draft. I toyed with the initial idea for some weeks earlier. Another week or so for the final manuscript. So one and a half month for the whole process. And that was only for a 20-page short story! 

And I wonder if I'll ever find the will to carry on with the other manuscripts.

And now, I don't know what else to write.

Tapi lagi dua minggu, something will definitely happen. Counting down the days. Godspeed. Dan semoga dipermudahkan sebaik-baiknya. Insya-Allah.

:)

p.s.: Kerana Dia, Ratu Sehari sudah berada di pasaran mulai 11.12.13. 844 pages. RM38. Worth every sen and pages.

Bab 1: Epik Cinta dari Agïa II



 

Dari pohon tua di puncak bukit itu, semuanya jelas dalam pandangan ke ufuk barat sana. Mendung gelap pekat berarak datang ke pantai. Anginnya meribut, dari laut. Warna jingga petang yang lewat itu bakal berganti malam yang hujan. Pohon tua itu terus meliuk ikut peralihan waktu. Hidupnya sudahpun melewati satu abad. Itu Kayang Ibu, di Bukit Pandang. Musim demi musim yang bersilih dalam aturan alami, telah ia harungi. Siang dan malam berturutan pun, ia hadapi. Seribu tahun nan berlalu. Seribu tahun lagi pun ia akan terus tumbuh. Kayang Ibu itu akan terus jadi saksi kepada segala-galanya yang berlaku di Tanah Kayang.
Nun dari kaki bukit, dua kanak-kanak sedang berkejaran ke puncaknya.Ada suara tawa riang yang melatari. Yang lelaki, berbaju putih, umurnya dalam empat belas tahun. Mulanya dia memimpin dan beriring dengan budak perempuan empat tahun itu. Tiba-tiba sahaja budak perempuan berbaju merah itu menerpa terus ke hadapan.
Laju dia berlari.
“Alee!” Budak lelaki itu hanya dapat melaungkan namanya. Dia tak boleh mengejar. Di tangannya, dia mencempung sebuah ‘pasang bintang’. Kerangka ranting berbalut kertas nipis itu dibawa dengan berhati-hati.
“Firus!” Budak perempuan itu, Alanah, memanggil dari atas puncak bukit. Tak sabar lagi dia untuk menunggu sahaja. “Cepat!”
Firus tetap mengatur langkah yang cermat. Kalau terburu-buru, mungkin dia akan terjatuh. Dia tak mahu jadi begitu. Dia takut ‘pasang bintang’ itu rosak nanti. Dia tak sanggup kalau rancangannya itu jadi sia-sia. Bersusah-payah dia menyelinap keluar tadi, daripada kononnya dia sakit perut dan mahu berehat di kamar sahaja. Sembunyi-sembunyi, dia buat ‘pasang bintang’ itu dengan Alanah.Senyap-senyap, dia dan Alanah mencari jalan ke Bukit Pandang.
Akhirnya, dia sampai juga ke puncak itu.
Alanah sedang berkejaran di bawah Kayang Ibu. Dia cuba menyambut kuntum ungu iloth yang berguguran dibawa angin. Tak satu pun dia dapat. Semua jatuh ke tanah sebelum Alanah sempat menangkapnya. Ada riak kecewa pada wajah comel itu. Tetapi dia terus mengejar juga. Firus hanya menyimpulkan senyum melihat keletah budak perempuan itu. Dia meletakkan ‘pasang bintang’ di perdu kayang. Selepas menyinsing lengan baju dan kaki seluar, dia memanjat pohon tua itu.
“Firus nak buat apa kat atas tu?” Alanah menjerit dari bawah.
“Adalah!” Jawab Firus sambil melepaskan lelah sekejap. Dia memanjat lagi.
“Nak ikut!” Alanah sudah siap-siap mengangkat kainnya.
“Jangan!” Cepat-cepat Firus menegah. Memang Alanah akan mengikutnya ke mana sahaja. Dia tahu itu. Tetapi bukan untuk sekarang. Pandangan yang tajam memaku Alanah di perdu kayang itu. “Tunggu situ. Jaga ‘pasang bintang’ kita. Nanti Firus turun.”
Alanah menurut. Dia mengendong ‘pasang bintang’ ke dalam dakapannya. Matanya tak lepas daripada Firus yang makin sayup di atas sana.
Dan Firus pun sudah sampai ke puncak Kayang Ibu. Dia menghela nafas segar untuk membuang penat. Peluh yang membutir di pelipis diseka dengan belakang tangan. Dia lalu melayangkan pandangan ke kaki langit. Pérmulya, bintang hari itu sudah hampir mencecah ke Laut Cehipa. Siang akan ikut turun ke barat dan malam akan menghantar Alan naik ke bumbung alam.
Malam nanti hujan, telah Firus. Dia lihat awan mendung berbondong-bondong dari arah laut yang terbentang di hadapannya itu. Lagak angin pun keras. Bayu laut. Dia pun ikut teroleng bersama dahan pautannya. Musim Selatan dah datang, Firus mengingatkan diri.
Bayu laut datang lagi. Langsung Firus mendepa tangan. Kakinya siap ditopang kemas pada dahan tadi. Dia memejam mata rapat-rapat. Dalam asakan angin ke tubuh, dia membayangkan bahawa dia sedang terbang membelah angkasa.
Firus memekik sehabis puas.
Dari celah-celah awan putih gebu, dia melayah ke muka laut biru. Berbekas derasnya tamparan angin ke batang tubuh. Terasa percik ombak pada kulitnya. Firus terus terbang.
Ah, semua itu cuma khayalnya.
Dan perlahan-lahan, bayu laut menyurut. Ia mengapung satu haruman yang semerbak. Firus menghirupnya ke dalam nafas. Itu bau kuntum iloth. Dia kembali terpanggil kepada niat awalnya memanjat ke puncak kayang itu tadi. Matanya mencari-cari. Firus mencapai ke hujung dahan paling atas. Dia petik satu-satunya iloth yang sedang mekar di situ. Kata orang, berbeza dengan iloth gugur yang tahan baunya hanya dua ke tiga hari, iloth yang dipetik ketika mekarnya akan terus harum sampai seratus hari.
Iloth itu untuk Alanah.
Alanah terus menunggu di bawah.
Dalam Firus mencari dahan dan mengatur langkah ke bawah, ada sesuatu yang menangkap kerlingan matanya. Dia terpaku. Nun jauh ke tengah Cehipa sana, ada satu kilau putih. Ia mengerdip sesaat cuma. Tanpa sempat Firus menemukan puncanya, ia hilang begitu sahaja. Dia menekur pandangan ke laut untuk beberapa ketika lagi. Ah, tiada apa-apa pun di situ. Khayalnya semata, mantik akal memutuskan.
Firus menjejakkan kaki ke tanah semula. Bunga iloth sudah disimpan dalam saku bajunya tadi. Dia mendapatkan Alanah. “Tutup mata,” pintanya.
Alanah menurut sahaja. Sebelah tangan memeluk ‘pasang bintang’ dan sebelah lagi langsung menekup separuh wajahnya. Ada senyum lebar di situ. Firus mengeluarkan iloth dari dalam sakunya. Dia selitkan bunga ungu itu ke telinga Alanah. Cepat-cepat Alee membuka mata dan mencapai ke sisi. Dia menjerit suka.
“Terima kasih, Firus!” ucap Alanah. Dia mencium bunga itu berkali-kali sebelum menyelitkan ia kembali ke telinga.
“Mari, Alee. Kita main ‘pasang bintang’.”
Firus memimpin tangan Alanah ke tanah lapang tak jauh dari Kayang Ibu. Dia mencari tempat yang rata. Di situ, Alanahmeletakkan ‘pasang bintang’ mereka. Firus mengumpul rumput kering dan ranting kayu dan melonggokkannya bersama. Dia mencangkung. Dari saku seluar, dia keluarkan dua ketul kecil kristal amra.
Kristal-kristal amra itu gunanya untuk menghidupkan lampu-lampu di waktu malam. Ia juga dipakai orang untuk membuat api. Batu berwarna kuning jernih itu sudah dijemur siang tadi. Kalau dijemur seharian, cahayanya cukup untuk semalaman. Kristal kecil milik Firus itu sekadar untuk menyalakan api.Firus melagakan kristal-kristal itu. Satu. Dua. Tiga. Dan terperciklah api ke atas longgokan rumput dan ranting tadi. Ia mula membara.Alanah yang tadi duduk melutut di sisi ‘pasang bintang’ memanjangkan tubuh ke arah api itu. Perlahan-lahan, dia meniup. Asapnya sudah menebal. Baranya kian marak. Firus menambah lagi ranting dan rumput.
“Alee, jangan dekat sangat,” pesan Firus.
Alanah terus juga meniup. Degil! Dan tiba-tiba angin kuat menghembus. Asap tertolak ke arah Alanah. Budak perempuan itu menjerit terkejut. Nyaris kainnya disambar api. Langsung dia memeluk Firus dan membenamkan mukanya.
“Kan dah kena!” Firus sendiri terduduk dari cangkungnya.
“Pedih....” Alanah mengadu. Tangannya mula mengenyeh mata.
“Jangan gosok....” Terus Firus menahan. Budak perempuan itu ditarik rapat. “Mari, Firus tengokkan.” Lalu perlahan-lahan, Firus meniup ke dalam mata Alanah. Beberapa kali dia mengerdip tanda rengsa. Berair matanya. Sekali lagi dia mengerdipkan matanya. Selepas beberapa ketika, Firus bertanya, “Dah baik, kan?”
Alanah hanya mengangguk. Tetapi kemudian, dia tersenyum semula.
Angin bertiup lagi. Bersamanya datang mendung juga. Firus mendongak ke langit. Hari semakin gelap. Dia dan Alanah tak sepatutnya berlama-lama di luar. “Lepas main ‘pasang bintang’, kita cepat-cepat balik.” Firus beritahu Alanah.
Alanah akur. Dia betulkan letak ‘pasang bintang’ di atas tanah rata tadi. Dengan hati-hati, Firus pula mengambil sebatang ranting yang sedang terbakar. Dia melindung nyala api di hujung ranting itu daripada tiupan angin dengan telapak tangannya. Dia cucuhkan api ke dalam ‘pasang bintang’. Di tengah-tengahnya, dipasangkan seketul getah pokok mur yang menjadi penyambung rangka. Sumbunya mula membakar. Firus memegang satu sisi ‘pasang bintang’ itu. Dia gamit Alanah untuk sama-sama menampung sisi yang satu lagi. Berdua, mereka mengangkat ‘pasang bintang’ itu dari tanah. Udara di dalam ‘pasang bintang’ itu sudah cukup panas untuk mengapungkannya. Semakin lama ia jadi semakin ringan.
“Sedia?”
Tanya Firus itu berbalas angguk sahaja. Seluruh perhatian Alanah pada ‘pasang bintang’ yang sedang ditatangnya.
“Alee, lepas....”
Firus menampung ‘pasang bintang’ di hujung jari. Dia berdiri tegak semula. Dia angkat tangan tinggi-tinggi. Dia menunggu sedikit masa lagi. Dalam angin yang bertiup tenang, Firus membiarkan. Dan perlahan-lahan, ‘pasang bintang’ itu terapung ke udara. Kedua-dua pasang mata dipaksi padanya.
Tinggi. Dan tinggi lagi.
Firus tersenyum puas. Alanah bertepuk gembira.
Jauh. Dan semakin menjauh.
Alanah mengejar. Firus pun. Berdua, mereka beriring dengan ketawa. Firus dan Alanah langsung berkejaran sampai ke tebing bukit. ‘Pasang bintang’ sudah terbang tinggi.Angin petang meniupnya pergi ke jauh lagi. Firus mengangkat Alanah ke dalam kendongan. Biar Alanah dapat lihat sepuas-puasnya.  Dari tebing itu, Alanah melambai-lambai kepada ‘pasang bintang’.
“Terbang tinggi lagi sampai jadi bintang betul!” Alanah melaungkan itu.
Angin menderu keras. Mendung pula makin pekat. Tiba-tiba perasaan Firus dirusuh bimbang. Sepertinya ada sesuatu yang tak kena dengan perubahan alami itu. Tanpa berkira-kira lagi, dia berpaling dan membuka langkah untuk meninggalkan tebing itu. Alanah dirangkul kemas dalam dakapan. Dia mempercepatkan gerak kaki. Mereka harus meninggalkan Bukit Pandang sesegera mungkin.
Belum sempat pun Firus sampai ke Kayang Ibu, tiba-tiba cahaya putih yang menyilaukan membungkus suasana. Naluri Firus hanya untuk melindungi Alanah. Dia jatuh melutut dan memeluk budak perempuan itu di bawah tubuhnya. Alanah menjerit. Firus memejam mata rapat-rapat. Dentuman yang memekakkan menyusul.
Senyap.
Untuk beberapa lama, hanya ada kesunyian yang berdengung. Perlahan-lahan, Firus membuka mata. Belakang tubuhnya terasa pijar. Alanah masih dalam dakapannya. Dia tak sedarkan diri. Dengan payah, Firus bangkit semula. Seluruh anggota badannya terasa berat. Dia gagahkan juga kudrat. Setapak demi setapak, dia melangkah lagi. Belakang tubuhnya terus meradang dengan rasa pijar. Keringat melencun turun. Langkah demi langkah, dia berjalan pulang. Alanah tetap dikendong.
Sampailah Firus ke gerbang istana kota.
Sisa tenaganya tinggal yang penghabisan. Firus langsung tersungkur ke tanah. Antara sedar dengan tidak, dia mendengar orang memanggil namanya. Alanah terlepas daripada pelukannya, diambil orang. “Alee....” Nama itu tersekat di rongkongan. Nafas Firus turun dan naik tanpa aturan. Badannya semakin lemah. Rasa pijar itu kian membekas. Seluruh belakang tubuhya bagaikan terbakar. Dia menjerit dengan kesakitan yang terlalu.
Jeritan itu bersambut raungan bergema.
Kemudian, segala-galanya jadi gelap.

Klise Cinta

Cinta untuk diharapkan
Cinta untuk diucapkan
Cinta untuk dimengertikan
Cinta untuk ditunjukkan
Cinta untuk kau
Cinta untuk ku
Bahagia dongengan
Dapatkah?

Cinta nan satu
Nan paling utama
Cinta untuk Dia
Cinta di sini
Cinta sampai ke sana
Syurga ternyata
Dapatkah?

Tumpang tanya, boleh saya tanya?


Tumpang tanya. Boleh tolong saya tak? Saya sedang berjinak2 menulis Tuah|Teja, my 6th upcoming book, my 4th full-length novel. Masalahnya, saya tak cukup satu watak penting ntuk satu babak penting dalam satu bab ntuk satu bahagian cerita tu. Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Okokok. Kalau saya cakap ingris....

The thing is, I need you to be that character. Yes, Y.O.U. If I need you, would you help me?

Bagaimana?

Senang je. Awak perlu berlakon dengan watak utama Tuah|Teja. Kejadah caranya nak berlakon dengan watak dalam buku (yang tak siap pun lagi)?

Pun senang juga. Watak (kita namakan Bukan Nama Sebenar) saya akan tanya beberapa soalan dan awak, ya, A.W.A.K., hanya perlu jawab! Senang kan?

AND ACTION!!

 ***

Scene 143. EXT. Bus stop - siang. 

Awak, ya, A.W.A.K., Y.O.U., sedang menunggu bus. Kelihatan BUKAN NAMA SEBENAR melangkah ke bus stop dan duduk tidak jauh di sebelah awak.

Efek bunyi cengkerik.

Tiba-tiba...

BUKAN NAMA SEBENAR: Tumpang tanya, boleh saya tanya?

AWAK: (Sentap) Er... er... er... tapi...

BUKAN NAMA SEBENAR: Cinta tu apa?

AWAK: _____________________________________________

BUKAN NAMA SEBENAR: Jodoh tu apa?

AWAK: _____________________________________________

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak tahu itu cinta ke jodoh?

AWAK: _____________________________________________

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak cari jodoh?

AWAK: _____________________________________________

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak dapat cinta?

AWAK: _____________________________________________

BUKAN NAMA SEBENAR: Awak pilih yang mana satu? Cinta DAN jodoh? Atau cinta semata-mata? Atau jodoh sebenar-benarnya?

AWAK: _____________________________________________

BUKAN NAMA SEBENAR: Do you want to get married first, or fall in love first? *ttibe cakap ingris*
 
AWAK: _____________________________________________
 
BUKAN NAMA SEBENAR: Kthnxbai.

BUKAN NAMA SEBENAR tiba-tiba terbang melayang-layang meninggalkan awak.

Seremmmmmmmmmmmmmmmmmmmm tak? Kiki.

***

Ekceli ni sebenarnya pertandingan. Siapa2 yang sudi tolong saya jawab soalan2 tersebut di atas dan jawapannya memang best dan unik dan mampu membuatkan saya terkesima dan bersifat eye-opener dan boleh membantu saya menggerakkan penceritaan, akan menjadi watak cameo (keluar sekali tu je) dengan jawapan2 tesebut di atas sebagai dialog dalam Tuah|Teja. Ok tak? Tambahan pula, awak akan dapat signed copy of the book! Ok tak?

Nak tak jadi watak dalam novel?

Nak tak hadiah buku?

Comey tak Kak Ton?

Maka tolonglah saya jawab persoalan2 tersebut di atas dan e-mel ke l_u_ve@yahoo.com pada atau sebelum 30 Jun 2013. 

Pemenang hanya akan tahu dia menang bila buku tu siap. Kiki.

Terms & conditions apply.

Terbaharu

 
Mula2 taip tajuk post dalam capslock dengan tanda seruan tapi macam TERBAHARU! tu ala2 ada buku baharu which is, of course, non-existent at the time being. Maka taip "Terbaharu" je. Nothing much to tell actually. Nothing much happened. Tapi my 6-month hiatus dah tamat mid April lepas. I should have started writing dan sambung tulis segala macam yang tertangguh sebelum ni. But things came up. Meroyan. Tukar posting baharu. Pesta buku. Pindah rumah sewa lain. And here I am. 

A new posting. A new place. A new chapter.

And I am going to write again.

And I should start it off by telling you this; my latest endeavor (ekceli dah ada 94 pages kot!) is entitled Tuah|Teja.

WISH ME LUCK!!

Keputusan Yang Putus


Kau kata kau benci ku
Dan ku tak boleh mencintaimu lagi
Kau kata kau terluka
Tapi hati ku yang hancur lebur itu bagaimana pula?

EPIK CINTA DARI AGÏA: A Review

Ini cerita basi tapi it's a review from a friend yang memang quite hard to please in term of whot a good storytelling (or book) is. Dia dah baca my novel (I don't know if ada lagi orang lain yang baca) and wrote a review about it.

Click the picture (also dia yang tangkap) below to read his review.


Thank you Yuda Kaizar!!

29

Red velvet cuppies for my 29th bestday. Thanks guys you know who you are!

One day

Ya Allah, I implore you. Please give me the sign. Please guide me to make the right decision. Please, show me who she is. Ya Allah, kepada-Mu ku serahkan.

Two days

I'm just gonna write whotever's coming to my mind right now.
I'm hungry.
Tari Tualang Tiga.
Samsung.
Nak pikir pasaipa lagi ha?
Boh enter sat ntuk semua.
Angkat meja ramai2.
Ada ke orang nak baca mende ngarot camni.
I should be writing something siyes, like siyesly right now.
Facebook.
NAK KAPKEK!!
GAMBAQ KUCIN!! DONLODDDDDDDDDDDDDDDDDD
Fries.
Nak kawen.
Lutfi Amri. *ttibe*
Shuttlecock.
Samudera.
H.
Gimme 10 more mins.
Tuah.
Teja.
Epik.
Ribbon merah.
I should be doing something more productive.
Istikarah.
Psycho.
Helen Mirren.
Susun kerusi.
Ok. That's it. I'm helping my friends setting up the dewan like, NOW!

Ok. After I updated my Facebook japgi.

Three days

Oopsie! I skipped Day 4 of the countdown, did I? Been busy with the preparation of two big events today. I performed with my fellow Soutul Amir (nasyid beb!) as the opening gig for Citra Seni Al-Farabi and I am to lead the opening performance of Gleeman for our Malam Terukir di Bintang later tonight. Sekarang ni tengah curi2 masa menulis entri ni sementara tunggu masa ntuk final pektis lepas Asar nanti. Neves kot. Singing has been my passion since forever but only within these past few months that I managed to muster the courage to sing live in front of an audience, I mean like, really performing. Thanks to Soutul Amir for firstly giving me the opportunity. Dari nyanyi back-up dapat jugak lead 2-3 baris. Dah tiga kali perform dengan Soutul Amir. But siyesly, the main vocals memang power. Sedap dan menusuk kalbu je dengar depa nyanyi. Tadi pun baru lepas perform 'Mari Berhibur' dan 'Kau Satu-satunya' for the event. Berlatih pun since semalam malam baru kot. Memang cari nahas! But it went quite well, alhamdulillah. Malam ni bakal perform 'Terukir di Bintang' dan 'Rumour Has It/Someone Like You' in Glee-style. Hoping for the best. InsyaALLAH.

Five days

I guess I'm not celebrating my birthday yet again. I'll still be 29, so whot? I might go on being 30 next year. I might die.

But I guess I have to finish writing those books first.

Abaikan.

Six days

Six more days before my 29th birthday. So, I should start this entry with a list of things I would love to have for my birthday as a present la kot? Here it goes:

1. Wrist watch, preferably yang tali besi or tahan lasak;
2. Parfum, though siyesly I can't smell it;
3. A good book, maybe Syonagar (dah lama out of print, memang susah nak cari and mine dah hilang lama dah) or any sci-fi/fantasy or any fiction la!
4. A nice tie, or two, or three?
5. A pink shirt? Size M, slim fit.
6. A swanky leather belt, or two. And no visible brand stamp please!
7. UH, A BIG FLUFFY SQUISHY TEDDY BEAR!!

8. Or, just surprise me!

Tu pun if I remembered to celebrate. This coming week ni memang super busy giler. Tengah prep ntuk glee performance on the 4th then ada big event on the 7th and classes and presentations and assignment submission in between.

Six more days and I'm going to be 29.

Seven days

I looked into the mirror this morning and thought to myself, 'Today's the 28th of February, the end of the month... and soon it's going to be my birthday. I'm going to be 29. Soon. Seven more days.' 

And so I decided to do some sort of a countdown to my 29th birthday... like whot I did 30 days before my 28th birthday last year. But this year, it's only going to be for 7 days. Dah baru tadi pun sedar seminggu lagi nak tua lagi kot. Busy sangat kununnya.

This is my first entry for the next seven days and hopefully I can maintain the enthusiasm.

Oh, this is actually the first entry for 2013! I've been meaning to write and update this blog of mine dah berapa ratus kali dah. Hari ni la baru punggung ni lekat sikit nak duduk menaip. (Ekceli tengah baring kot!)

Ok, dah hampir2 enam bulan tak update sebab kekangan keadaan dalam kusus ni. So many things happened. So many things to tell. But I just don't know how to begin. Anyways, this entry will be a starting point for me to... well, start writing again. After Epik Cinta, I haven't been writing anything solid at all. I tried. Most of the time, I would just stare blankly at the screen, read and re-read my draft pastu bukak Facebook. Pft. 

But this will change! I will finish two more books this year! I promise myself. I promise you. InsyaALLAH. The ideas are already churning up in my brain. Another masterpiece! NO! TWO masterpieces! 

Dalam kejadian yang berasingan, I think I should really start writing. 

Er...