Saturday, 27 July 2013

Prolog: 30 Hari Untuk Melupakan Cinta



 

Dah nak masuk tiga tahun saya meroyan. Ini bukan meroyan yang biasa. Bukan juga meroyan yang luar biasa. Ada lagi ramai orang yang meroyan yang lagi lama daripada saya. Saya tak gila. Saya bukan perempuan pun. Tapi saya sedang meroyan. Ini bukan meroyan yang biasa (atau luar biasa). Ini bukan meroyan selepas bersalin. Saya dah cakap saya bukan perempuan, kut. Ini meroyan spesis lain. Dalam erti kata yang sebenar, saya dah putus cinta dan saya sedang dan masih mengalami kesan sampingan akibatnya. Lagi senang cakap macam tu, kan? Tapi kurang impak. Untuk beri efek lebih dramatik, perkataan ‘meroyan’ tu juga yang lebih sesuai. Saya boleh terangkan pada awak tapi saya tak boleh fahamkannya untuk awak. Saya meroyan, senang cakap. Yang payah ialah untuk melupakan. Sangat-sangat payah.
Awak faham, kan?
Tiga tahun bercinta, putus dan tiga tahun lagi meroyan... dan mungkin bertahun-tahun lagi. Tapi sampai bila lagi?
Saya pun tak tahu. Saya nak cuba. Bukannya saya tak pernah cuba. Sungguh, saya dah cuba untuk melupakan cinta itu. Tapi saya belum juga mampu untuk melepaskan dia. Saya tak mahu. Dan saya terus meroyan. Semuanya sebab dia.
Dia... Manis.
Manis yang manis. Manis yang saya cinta. Manis yang pernah saya cinta. Tak! Manis yang masih dan akan tetap saya cinta sampai bila-bila pun lah!
Izinkan saya untuk terus meroyan. Terima kasih.

Sunday, 14 July 2013

Klise Cinta

Cinta untuk diharapkan
Cinta untuk diucapkan
Cinta untuk dimengertikan
Cinta untuk ditunjukkan
Cinta untuk kau
Cinta untuk ku
Bahagia dongengan
Dapatkah?

Cinta nan satu
Nan paling utama
Cinta untuk Dia
Cinta di sini
Cinta sampai ke sana
Syurga ternyata
Dapatkah?