Siti, Tanjung, Perak

  


Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat sebab cerpen "Siti, Tanjung, Perak' terpilih untuk Antologi Cerpen Adiwarna Ke-6: Kelip-kelip Kusangkan Api. Tak sangka juga ada rezeki melalui cerpen kali ini sebab sebenarnya agak tak puas hati dengan mutu penulisan yang dihambat kekangan masa. Tapi mungkin sebab "Siti, Tanjung, Perak" cukup syarat dan kena rasanya seperti yang dikehendaki oleh pihak panel penilai. Yang pasti, ada 39 cerpen lagi yang lebih hebat dan menarik, yang terpilih daripada 135 penyertaan keseluruhan. Apabila "Siti, Tanjung, Perak" terpilih, jadi semakin semangat untuk terus menulis lagi. 

Masih menunggu kata putus JS untuk "30 Hari Untuk Melupakan Cinta". Mungkin dalam seminggu dua yang akan datang, dapatlah tahu. Harap-harap ada rezeki juga. Insya-Allah. 

Dalam masa yang sama, masih terus berusaha untuk menyudahkan "Epik Cinta Dari Agia II" yang sudah terlalu lama ditinggalkan. Takkan mudah untuk kembali ke dunia jauh itu. Perjalanannya masih jauh. I am rebuilding it chapter by chapter. I am reconnecting with them, one character at a time. And I will finish it. Insya-Allah. Doakan, ya?

1 comment:

sofie adie said...

setia menanti tulisan baru dari pingu toha. semoga semuanya berjalan dengan lancar. happy writing!