Buntulis lagi



'30 Hari Untuk Melupakan Cinta' telah diterima oleh JS dan dipersetujui untuk diterbitkan. Alhamdulillah. Tapi novel ini hanya akan diterbitkan tahun depan bersempena pesta buku yang akan datang sebab keadaan pasaran sekarang tak mengizinkan. Tak apa. Tahun ini 'Siti, Tanjung, Perak' ada. Cukuplah satu karya untuk satu tahun, buat masa ini.

Sangat-sangat teringin nak menulis lagi. Nak sambung menulis fasal Agia. Tapi buntulis. Adoi. Dah lebih dua bulan tak menulis selepas siapkan '30 Hari Untuk Melupakan Cinta' dan 'Siti, Tanjung, Perak'. Datang semangat nak sambung 'Kiki No.5' tapi kena tunggu 'Epik Cinta dari Agia II' siap dulu. Entahlah bilanya tu.

Dalam pada tu, buku dah bertimbun-timbun tak dibaca. I tried to. Tapi susah betul nak kekalkan momentum kerajinan membelek.

Just ranting here. Trying to find my tune again. And mood. And an excuse to write something.

Buntulis, TEPILAH!!